JellyPages.com

Saturday, June 29, 2013

The Hard Things For Me..

     Assalamualaikum w.b.t korang. Today is one of special day in my life coz i'm succeed in job interview. Which is mean i got it. Yeah!! The powerpuff girl. hehehe. Takdalah. Aku rasa better aku explain start from the beginning. Well, senanya semalam & hari ne aku join satu program under tempat aku practical before ne. Aku xlayak pown join program tu, tapi atas kuasa veto bos aku, maka aku pown join la. It was aAzam Kerja program. 

     Theres a few employer which is come to make an interview based on their vacancy offer. So, aku apalagi, sibuklah nak try jugak kan. We stayed at Shervinton Hotel Tawau, d mana program was held ( we = include geng2 tegar aku kat office d mana aku satu-satunya practical student ). Sebelum aku creta dengan lebih lanjut lagi, aku nak komen sikit dulu pasal hotel ne. hehe. It was a nice place to stay coz you'll feel comfortable plus it has a completed services, from A to Z. And aku ada amik beberapa pic masa kat hotel. 





This is the room. We've got room wif two single bed.





You can check either theres a traffic jam or not. hehe




View from the restaurant.



     Korang kena g sendiri then baru u can judge okay. Shervinton ne 3 star hotel jak so xdalah perfect sangat, but at least it can make u satisfy, somehow. I stayed at 5th floor. And mereka-mereka inilah yang bersama-sama saya join program. Diorang jadi urusetia, guwa jadik peserta.




Kak ija, me, kak yus, kak er & yana.



     Tujuan program ne diadakan adalah tuk membantu sebahagian dari masyarat yg takda peluang tuk dapatkan kerja yg baik tuk sara hidup diorang (maka ayat skema). Theres fiftheen different company which is come and do offer a vacancy. Aku excited gak pada mulanya bila tau ada banyak kekosongan. Memandangkan aku da abes practical, apa salahnya if aku cuba. Dengan semangat kental, aku sit for an interview under one of syarikat perhotelan terbesar d Sabah. The risk that i have to bear is, i dont have any work experience. This is heavy okay. I just have my certificates with me & to be honest, i'm less confident. Totally fresh graduate. huhu. But the best thing ever happen is, i pass the first stage. Now waiting for the next call. hehe. Wish me luck okay.


     Then, pastu aku pown g lah jumpa fasi aku tuk btaw yg aku dah try sekali, aku rasa cukuplah, if try bebanyak pastu dapat, apa aku nak buat kang nyusahkan orang lak ( makaii..yakinnya ble dapat banyak .haha ). Maka abg Razif suh jugak aku pegi try yg laen. Tak cukup katanya if satu jek. Aku pegilah pilih lagi satu. Aku tertarik sikit dengan satu kolej perubatan. Aku serah resume then start membebel sorang-sorang. Bila habis jek aku cakap, dea minta aku bagi expected income, so aku pown letak RM1000++, tunjuk baek lerww kekononnya. Orang tu pown trus cakap kat aku yg aku diterima, suh lapor diri next week kat Kota Kinabalu. Terkejut beruk aku jadinya. 


      First time aku dapat keja weyh. Terharunya lahai....sobss.. Tak sangka ada orang nak hire aku. hikhik. Happy gilos derr.. Before ne aku memang da banyak kali g interview tapi itu just tuk program internship, bukan tuk keja betul-betul. Im so excited. Tapi.. Masalah yang timbul.. d Kota Kinabalu. Aku rasa if aku nak keja jejauh, better aku balek semenanjung terus. Kat sana takda masalah transport. Ada banyak transport awam. KTM aku, LRT aku, Monorel aku..yang bakal-bakal wujud, MRT aku. If kat KK, aku kena bawak keta aku g sana. Mana nak cari umah lagi, aku tak berapa besa dengan jalan kat sana. Ada jek family, tapi xnakla aku buat semak kat umah diorang. 


     Seyes bingung aku jadinya. So aku nak fikir masak-masak dulu, aku da janji nak bagi confirmation selewat-lewatnya ari Isnin ne. Gaji yang ditawarkan memang lumayan walaupun aku just perlu jadi Kaunselor Pendidikan sambil2 jadi pensyarah part time bagi subjek-subjek yang aku boleh bawa. Masalahnya sekarang ne, memang gigih aku nak drive dari Tawau g sana sensorang, 8 jam duk atas jalan raya. Adess. If g dengan flight, maka sampai sana takda transportla aku jadinya. Dahla guwa xbesa dengan KK. huhu. This is so hard. Dont know what to do. Pray for me please.. 

     



Friday, June 21, 2013

Produk Terlaris Pure Marine Collagen.

    Assalamualaikum w.b.t... Hai korang. Entry kali ne aku nak creta pasal produk terbaru diperbuat dari Pure Marine Collagen. Sebelum ne aku ada update salah satu kaedah yg boleh diguna pakai tuk membolehkan orang macam aku telan rumpai laut tuk bagi mendapatkan khasiatnya melalui dalaman. So, kali ne kaedah tuk diguna pakai d bahagian luaran plak. 


   Dalam masa seminggu dua ne ramai kenkawan tanya aku apsal muka aku da makin flawless, adakah disebabkan aku balek umah ke tempat asal (cuaca yg elok kat sini mempengaruhi keadaan kulit aku) bagai sirih pulang ke gagang atau adakah sebab aku ada secret method yang boleh buat muka aku flawless yang teramat. Kawan-kawan facebook asyik kata aku edit pic via lightroom bagai supaya nampak cantik & sebagainya. No..no..no.. Aku tak edit gambar sampai tahap macam tu sekali bro, aku just buang noise yg agak mengganggu, tu pown guna PHOTOSCAPE..PHOTOSCAPE okay..yang paling cikai, apalah sangat PHOTOSCAPE boley buat..


    Actually, almost sebulan dah aku guna satu set krim seaweed. Adek aku yg cadang supaya aku cuba, sebab dea dah cuba dulu. Before ne kulit adik aku sensitif sangat & senang jek nak timbul jerawat. Tapi sekarang tak lagi sebab dea dah guna krim seaweed tu (dah lebih dari tiga bulan). Aku tak sangka perubahannya sampai ke tahap begitu sekali. Baru-baru ne, produk losyen pown dah dikuarkan. So sesapa berminat nak mencerahkan diri bolehlah pm aku via fb ( Amyna Hasan) atau twitter (amynahasan). 






Losyen (RM15) + satu set krim seaweed (RM45)




The latest me. ^^




My younger sister.




     Antara fungsi satu set krim Pure Marine Collagen ialah menghilangkan jerawat, parut jerawat, eyebag, calar, mana-mana parut yang ada pada bahagian muka & the most important thing is, make your face smooth & flawless. Senanya aku tak berniat pun nak jual benda ne, tapi memandangkan this is something fun, suma pempuan suka, apa salahnya if aku share kan. hikhik. So pasne, xyah susah payah edit gambar tuk nampak cantik, flawless is nothing with this product. :p 

Wednesday, June 19, 2013

Jimba - jimba..

     Assalamualaikum w.b.t... Hai korang. Secara tak rasminya, guwa da abes practical. But still rajinkan diri datang office. haha. Kidding. Jangan harap aku nak datang if pektikel da abes. Tinggal seminggu jek lagi, sikit jek lagi. Pastu aku dah bebas. Ehm..ehm.. Mentang-mentanglah da dekat nak abes, aku makin nakal gak. Tak sampai dua jam kat office awal-awal pagi, aku dah kuar g jenjalan. Atas alasan nak g breakfast la, ada urusanlah, ada hal laa, nak jumpa member laa, padahal orang tak tanya pown aku nak g mana. 


    Semalam adalah hari yg agak fun walaupun tanpa dirancang. Aku, kak Yus, yana & kak Ija g merayau sekitar office & we found something cute. Accessory phone. Takdalah happening sangat, besa jek pown. Tapi memandangkan this is one of our last moment before im totally out from there, so kira happening sakla.. Maka aku pown decide beli benda alah tu bagi sorang satu. Padahal sebenarnya, pasne ble jek klu aku nak g office jumpa diorang. haha



    

comel kan. haha. perasan




mine is the yellow one..




tiga daripada lima geng tegar aku kat office



      Sepanjang aku practical, takda apa yang tak best berlaku. Alhamdulillah aku ngam dengan suma orang & boleh jadi practical student yg berguna walaupun aku takda pengalaman kerja. Berat hati aku nak tinggalkan office ne sebab diorang da jadi sebahagian dari life aku kat sini. Especially my beloved boss merangkap sv company tuk aku. 
      
      We're really close sampai tahap dea boleh serah kunci dokumen sulit kat aku sedangkan aku ne outsider. Plus dea slalu bawak aku g buat aktiviti penguatkuasaan, g pameran kerjaya kot-kot aku boleh dapat kerja pas da abes practical. So kind. hehe. Padahal aku tak amik kisah pon tuk suma tu. Kekonon mau pikir pas practical da settle. 

      Beside him, aku rapat gak dengan beberapa orang yang laen macam Kak Dian & Kak Nana. Diorang selalu suh aku bawak keta diorang g basuh, beli makanan or g beli barang. And kadang-kadang,if ada masa lapang sikit, kitaorang akan kuar g jenjalan lepak and merayau-rayau. Aku sayang gilos kat diorang walaupun diorang selalu suh aku buat keja diorang. haha


      Pak cik Ghani pown macam tu gak, selalu suh aku bawak keta dea g jenjalan or beli makanan. Aku jek yg tak berani sebab keta pacik besaq sangat. Kang aku langgar keta laen or tembok, abeslah aku. Selain tu, pacik selalu gak belikan aku makanan tuk buat breakfast. So sweet. Aku ne pemalas tahap dewa, tak selalu aku drive sendiri g office, aku lagi suka kalau bapak aku yg hantar & amik. Tak yah aku fikir mana nak parking, mana nak lalu if traffic jam sana-sini. Kalau nak kuar tengahari tuk g cari makanan lak, aku ble guna keta diorang, da ada lot parking khas. Xyah banyak fikir.


      Dengan Ncik Kam & abg Razif pown aku rapat gak. Diorang asal semenanjung tapi keja kat sini. Masa member aku sorang lagi practical student masih ada, kitaorang selalu kuar berempat makan sesama. Skang ne kuar gak, tapi jarang skitla sebab aku jek sorang pempuan. Diorang berdua ne gakla selalu kongsi makanan ngan aku coz aku selalu bawa kek, buah mangga, roti, aiskrim & so on. Aku selesa kawan ngan diorang sebab diorang baek & memang nak berkawan betul-betul. Ncik Kam pown ska bagi aku duwit suru g basuh keta dea kat mana2 car wash + beli apa2 yg aku nak. 


      Lupa lak, sorang lagi, bos pempuan aku. hehe. Ne pown baek gak, selalu sangat belanja aku. Yang bestnya g memana memang berdua, tak pernah lagi suh aku bawak keta dea. Dea yg drive. Office dea jadi bilik tidur aku. Takda orang berani nak kacau if aku tidur kat situ. Tidur is my kewajipan bila berada d mana-mana tempat selain ruma & bilik tidur aku sendiri. Ntahla dari zaman skola lagi, aku asyik mengantuk bila bosan dan sebagainya. Okay, fine. Actually aku nak taip final report, tapi aku g taip new entry lak. haha. Jap..jap, satu perenggan jak lagi.
      

      So, before aku abeskan practical secara rasmi, aku g beli Zip Cadbury bebanyak & bagi suma orang kat office. Sebab diorang suma sweet macam cekelat. hehe. Thanks for everything. Almost everyday ada orang belanja aku, laen lagi yg belikan makanan xkira pagi or petang, segan aku jadiknya. Really appreciate it.






cekelat..nyumnyum..



     


     


Saturday, June 15, 2013

When We Are Together.. Ecehh..

     Assalamualaikum..w.b.t.. Hye korang. hehe. Since semalam sampailah hari ne, cuaca d bumi Tawau tercinta okay sak. Walaupun semalam hujan lebat, bagiku cuaca memang baek punya sebab aku boleh tidur sepuas-puasnya dengan nyenyak. hehe. Actually, aku penat sangat sebab dua tiga hari ne busy memanjang. Aku pon senanya tak pasti apa yg aku busykan, tapi pokoknya guwa memang busy laa. hahaha. Maklumlah, adek guwa da balek umah, so i've got new official driver. Yeah!


     Starting from pagi sampailah Maghrib aku kuar dengan mak & adek aku. Memang betul-betul takda kerja. Kekononnya Sabtu ne nak duk umah jek sebab da penat seminggu lima hari g ofis. Hari ne mood aku tak berapa baik. Aku asyik fikir sal Mornmorn, arnab aku lg sekor yg selamat dari serangan anjing arituh. Badan dea panas, pastu mogok taknak makan. Aku tak tau napa. Mybe dea rindu kat Normnorm tak. Bila aku datang g tengok dea, dea pandang aku dari jauh, tak datang langsung macam biasa. Sedeh siot. 



     


Mornmorn yg tengah bersedih.



    So, esok hari, aku decide nak g cari arnab laen tuk Mornmorn. Kesian dea, tak sanggup dah aku tengok dea sedih engat Normnorm tiap hari. Paling sadis aku rasa, bila dea tolak mangkuk makanan dekat dengan pintu sangkar lepas adek aku letak dekat tempat dea bersantai. Gaya macam merajuk tapi ntahla.. Xpa Morn..sok aku carikan ko membe baru ep. Blela ko bermain-main mcm sebelum ne.


    Haa..baru aku engat balek peristiwa pelik yg berlaku awal pagi semalam. hehe. Aku rasa memang terbaiklah. Masa tu aku otw nak g breakfast dengan kawan-kawan aku before masuk office, sampai jek d satu jalan, ada lak aku tengok orang tolak bas. Yang paling dahsyat, budak-budak lak tu yg g tolak. Aku rasa bas tu dah rosak. Memang lawak gilos. Naseb baek aku sempat snap pic, dapatlah korang tengok kan. haha.





Human VS Bus. The winner is human. Yeah !



     Okay, sambung balek kejadian ari ne. Benda paling best berlaku ari ne is bila aku sampai ruma jek, ada laici segar dari China dalam peti ais. OMG.. Ne yg buat aku sayang gilos kat bapak aku. Maybe dea da penat+bosan bebel sebab aku asyik makan laici dalam tin yg tak berapa nak sihat, so dea bawakkan tuk aku laici yg d bawa dari China trus. Yeay!! Happynya guwe.. Coz i really love laici. Aku jek sorang yg makan buah tu kat umah. Kebetulan adek aku ada beli aiskrim semalam, so aku pown bantai jelah, campur trus maka dengan itu jadilah icecream laici..yeeeeeeeeeeee...... hehehehe. Segala mood yg tak brapa okay tuh hilang sekelip mata. Puas hati aku..







Laici ne dah ranum walaupon kulit dea xbrapa nak merah.




Aiskrim + Laici




Segar dari ladang. haha




Taraa!! Laici berendam dalam aiskrim cair da siap. 
Nyummm...




     

Wednesday, June 12, 2013

Makanan. . . Makanan. . .

      Assalamualaikum w.b.t... Hai korang. Minggu ne macam rajin lak aku update belog kan. haha. Well, senanya ari ne aku puasa, dah dua ari. And sekarang aku tengah online fB sambil hadap gamba makanan. Masa macam ne memang terbaek kalau aku hadap gamba makanan yg sedap-sedap. Perut makin galak berkeroncong, padahal aku bangun sahur before subuh tadi. Dasar perut kuat makan. 


    Dah alang-alang aku nak ceta sal makanan, aku nak bagitau sal satu blog ne. Aku jumpa dah lama dulu & tak sangka ownernya orang Tawau. Satu kampung dengan aku der. So aku decide nak cari rumah dea ujung minggu ne. Bolehla aku g buat tempahan. Haha. Malas derr nak buat sendiri. Aku nak suh adek iparku kang mak aku bebel sebab nyusahkan orang. Better aku g beli, so mak aku mampu diam jek nanti. Aku ne agak pemalas okay, kalau boleh suma benda aku nak siap terus. Kalau rajin aku datang, means adalah tu ribut taufan yg datang tanpa d undang. Hehehe. Kidding.


     Sebelum aku terlebih taip, meh cni aku tayang skit pic makanan yg aku selalu hadap dalam belog yg aku ceta tu. Kak Rahel, pinjam jap pic hasil 'karya' akak ep. Nak paste kat belog saya. hehehe... 






Ne icecream cake..




Melty Hershey's




Vanilla Icecream




Snowcheesecake + Londonalmond + Pineappletart




Chocolate Flavour Melty Hersheys



     To be honest, aku sangatlah tergoda dengan suma dessert yang ada ne. Kalau korang nak tengok, ada banyak lagi gamba laen. Sila klik link ne tuk meninguk.. Nyummy..Nyummy.. kahkahkahkah... Semoga anda-anda yg try klik rasa apa yg guwa rasa. hikhikhikhik.. Naseb baek aku ada kawan yg posa sekali dengan aku so xdalah aku menahan iman sensorang dalam office ne. 


     Memandangkan tinggal esok jek aku posa dalam minggu ne, so Jumaat nanti bolehla aku g Korean Restaurant tuk lepas rindu dengan daebukki ( kuih beras pedas ). Maklumlah Seoul Garden xda kat Tawau. sobss.. Terpaksa cari korean cuisine yg laen. Lama gilos aku tak makan. Rindu banget. Auntie Anne's aku dah pesan kat adek aku. J'co jek lagi aku xda kesempatan. Ne laa dugaan yg berlaku kalau da abes study & balek umah. Semoga aku xkempunan. Aaminn. hehe.

P/S : - Starting from 10/06 until 23/06/13, RM70 for two pair of shoes (Plethora design only) at VINCCI. Come on girls ! 
        - Starting from 7th - 30th June 2013, theres promotion at Bonita Storewide. You can get bag + watches with only RM79. Hurry up girls !


Tuesday, June 11, 2013

Diari Bulan Ini : Part 2

      Assalamualaikum w.b.t.. Okay, sambung entry petang tadi. haha. Actually aku ada amik gambar ngan macik dua orang tu masa berkursus tapi aku lupa lak gigi birukan ke phone aku. Masa tuh gigih sangat aku bawakan Hazar payung yg sedondon dengan baju kurung yg dea guna. Kekonon supaya pic nampak vogue. hehe. Memang vogue la sebab serba pink. 


      Sepanjang kursus berlangsung, memang banyak benda baru yg aku pelajari. Minda ne terbuka jugakla sikit banding sebelum ne. Ada gak bagusnya aku join awal-awal so aku paham jugakla, lagi-lagi bab agama. Kebanyakannya yg bagi ceramah sepanjang kursus ialah Tok Kadi, d samping menyampaikan ilmu, ada gak diorang cerita pasal pengalaman yg diorang lalui sepanjang berkhidmat sebagai jurunikah di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Tawau. Part paling best, selesai jek kursus, aku trus dapat sijilnya. hewhew. Tok Kadi kata, masa da nikah nanti, Jabatan Agama cop sekali, so if kahwin beberapa kali, maka dengan itu penuhla cop d sijil kursus. 


      Hari pertama kursus seriously best gilos sebab suma penceramahnya lawak tahap mahadewa. Lagi-lagi imam daerah, Ustaz Abdurrahman. Mesej yg disampaikannya memang melekat dalam kepala hotak kami tp xsampai dua minit, dah terbang ntah kemana sebab gelak xengat dunia. Pada pendapat aku, if korang nak jumpa segenap lapisan masyarakat yg datang dari pelbagai latar belakang, korang pegilah kursus kahwin. Macam-macam gelagat aku tinguk. Ada yg menghairankan, ada gak yg tak dijangka langsung. Lawak giloss pown ada jugak. Apapun, kesimpulan yg aku dapat buat is pergi kursus kahwin memang best. 


     The most important part is, berkahwin adalah sesuatu perkara yg sangat berat. Tanggungjawab, amanah, kesabaran dan banyak lagi, memang diuji or d perlukan masa tuh. Masuk ke alam perkahwinan jek, sudah semestinya kita kena lepaskan kebebasan yg kita ada selama ne. We have to take care of our partner as well. Try to learn many different things. Accept each other. Dalam erti kata lain, risiko. Seriously risiko. To be honest aku tak bersedia langsung, komitmen kena 100%, then u'll be succeed. 


     Aku belum sanggup & bersedia lagi tuk lepaskan apa yg aku ada sekarang demi sebuah perkahwinan. Memang betul sekarang ne almost all partner yg ada got married atas dasar cinta, tapi kadang-kadang cinta tuh tak boleh pakai tuk pertahankan sesuatu perhubungan. Theres more 1001 problem will come over u. So, kesimpulannya memang payahlah. Sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin, kena fikir masak-masak, pastikan yg ko memang da sedia dari segi fizikal + mental. Ada banyak possibility masa dah berkahwin tu we are craving for privacy or something. Akulah bha tu. haha.


     Bulan June ne memang musim orang mendirikan rumah tangga, kepada pasangan yg baru saja berkahwin & xlupa jugak tuk pasangan yg baru bertunang, semoga ikatan korang berkekalan sampai bila-bila. Aaminn.. Sepatutnya korang berbangga sebab dapat memberi komitmen yg tinggi & mengambil keputusan yg paling mencabar dalam hidup. Adeh, ne xdalah diari sangat. Aku senanya malas nak taip panjang-panjang, jap lagi drama philipin hero kesayangan aku on air, so aku kena stop dulu. hikhik. Owhh Jericho Rosales..






Buku yg d sertakan sekali masa kursus.
Aku tak baca lagi buku ne. Baru selak-selak.
Insya Allah bila dah sampai seru nanti ak bacala ep. haha





Diari Bulan Ini : Part 1..

     Assalamualaikum w.b.t.. Kali terakhir aku update blog adalah dua bulan lepas. Mak aii..busynya aku. Haha. Takda masa sangat nampaknya nak update (padahal xda idea). Today is 11th June 2013, but i want to write about my diary a week ago. So. kejadiannya xsemestinya bermula pada ari Isnin lepas. If aku starting from Isnin thats mean aku ne skema. Bukan lagi update belog namanya tuh, tapi tulis karangan catatan harian. Alasan semata-semata. Aku xengat apa yang berlaku sebenarnya secara overall sepanjang minggu lepas. 


     First thing first, arnab aku mati Jumaat lalu. So sad. Sekor jek mati, sekor lagi selamat. Aku masih engat masa tuh kul2.30 pagi, aku terbangun dari tidur bila terdengar bunyi anjing menyalak. Dekat sangat anjing-anjing tu memekak. Pelik jek rasa. Aku engatkan anjing tu nampak hantu ka apa sebab menyalak macam xengat dunia. Bila aku bukak tingkap, mak aii.. Kandang c Normnorm & Mornmorn dah terbalik. Aku pon apalagi, pegila kejutkan suma orang.Naseb baek jiran sebelah ruma aku takda tgh bercuti, kalau tak, diorang pown aku kejutkan suh bangun sekali. haha.


     Adek aku sorang tu bangun sambil pegang kayu softball, sorang lagi bawak ntah apa. Something yg buat aku tak puas hati, walaupun adek2 & bapak aku sergah anjing 3 ekor tu dengan sungguh-sungguh, tetap gak 'diorang' payah nak blah. Degil banget. Part paling sedih nak mampus bila Normnorm da terbaring kaku, xgerak langsung, memang da xsempat nak selamatkan arnab sekor tu. Telinga dea putus kena gigit. Mornmorn lak aku tengok masa tu gigih cuba bangunkan Normnorm, nampak sangat ketakutan. Mana taknya kalau anjing liar besar gedabak g serang diorang. Aku susah nak terima Normnorm da xda. Sobs..





Telinga sebelah kiri Normnorm xda. Dah putus.


     Pas kejadian tu, bapak aku belikan sangkar arnab yang baru, tinggi & berat skit banding yg sebelum ne. So anjing tu da xmampu nak capai or robohkan lagi. Kalau ikutkan hati, masa aku gerak g kerja awal2 pagi, rasa nak langgar jek anjing-anjing liar tu. Tapi xjadilah, kang nanti bumper keta aku yg hancur, tulang anjing kan keras mengalahkan besi. Insya Allah minggu ne aku ngan family aku g beli arnab baru, so xdalah Mornmorn sunyi sorang2. Nak bawak tidur skali..seratus kali aku fikir, abeslah bilik aku nanti. Better aku belikan Mornmorn kawan baru. Normnorm lak adek aku tanam kat belakang umah. Engat nak buat batu nisan tp bapak aku marah kat aku ngan adek2 aku. Ngengada katanya. Amboi, macamlah aku tak tau dea pown sedeh masa Normnorm mati. 


     Actually, aku tak jaga sangat pown arnab-arnab aku ne. Aku jek yg sibuk nak beli. Tapi yg jaga 24 hours is my father, and my two little brother. Diorang la yg bagi makan tiap hari, bersihkan kandangnya, mandikan & bawak arnab dua ekor ne memain. Aku buat masa ujung minggu jek. Tu pown cuma bagi makan & cuci kandangnya dari jauh guna hos. Kalau harapkan aku, memang mati kebulur arnab dua ekor ne. So, masa kejadian tu, diorang bertigalah yg sedih tahap cipan, aku sedih gak tp xdalah sedih sangat. huhu.


     Selain tu, ujung minggu lalu aku join kursus kawin. Aku g dengan Azie & Hazar. Owh lupa lak, ngan bf Azie sekali. Suma orang engat aku dah nak kawin bila tau yg aku g kursus. Oh tolonglah, typical thinking.. Aku g kursus kawin sebab nak buat persediaan awal, d samping utk elakkan kenaikan yuran kursus + ada ura-ura mengatakan kursus kawin up jadi seminggu pasne. Agaklah aku nak dengar ceramah sal kawin dalam masa seminggu. Dua hari pown cukup seksa. Okaylah, senanya aku tengah update masa kat office. Petang-petang camne aku takda keja so aku g la gatal tangan update status. Banyak senanya aku nak ceta sal kursus tu tapi nanti jelah dulu, tunggu part 2. Sebab jap lagi da nak kul5..hehe...yeay. Balek..balek..