Assalamualaikum..
Hari ne aku update blog lagi memandangkan ada masa free skit. Entahlah raya tahun ne macam2 kejadian yg
berlaku. Salah satu darinya, duit raya yg aku ada dapat. Aku dah besar panjang
dude.. memanglah aku masih student tapi yg ne memang xboleh blah. Baru-baru ne
aku pegi satu open house, member kepada kazen aku. Dah xda keja,aku joinlah dea
ngan kenkawannya pegi beraya. Dah puas makan suma, kitaorg pon besiap2 nak
balek umah. Almaklumlah, perut dah kenyang. Pastu, tetiba masa tuan umah d
bagitau yg kitaorg ne dah nak balek, mokcik tu pon hulur la tangan. Nak ktaorg
salam & cium lettew..hikhik..
Aku pon dengan
sopan santunnya berbaris macam yg laen tunggu giliran nak salam dea. Tak sabar
nak balek ne. Aku dah rimas kepanasan dengan baju kurung yg memang mengurung.
Tak sabar-sabar nak balek rumah. Aku tak sangka mokcik tuh bagi duit raya kat
aku mcm bebudak yg laen. Aku ne senanya g beraya dengan bebudak form 3 yang
umurnya 15 tahun. Aku sorang 22 tahun. Jauh lahh bezanya!!
Mokcik tuh bagi
bebudak tu RM3.. Setahu aku, kalau aku beraya, memang xdanya mokcik2 nak bagi
duit, sebab dah tua. Tapi mokcik ne laen, dea bagi gak aku RM3.. Terharu weyh..
Rasa nak nanges jak..haha... Maybe mokcik tuh engatkan aku sebaya dengan
diorang, tak pun tua setahun dua dari diorang. Awet muda lahh
katakan.hahaha.. Aku terharu sampai ke
rumah. Rasanya macam semua aku nak bagitahu aku dapat duit raya RM3. Korang
paham tak maksud aku kat situ, means muka aku memang muka bebudak.haha.. Puas
hati weyh.. Maintain muda..muda..muda..hahahahaha..
Disebabkan aku
excited sangat dengan duit sebanyak RM3 tu, esoknya aku ikut lagi diorang g
beraya. Kalau bapak aku tau, mesti dea pengsan. Anak dea yg paling tua g beraya
dengan bebudak kecik. Pastu bukan setakat RM3 aku dapat, RM2 pun ada.hahaha..
Excited gila. Aku kembali ke zaman kanak2. Puas hati aku. Entah brapa banyak
rumah aku pegi satu pun xsyak yg aku ne dah lebih had umur. Tak patut betul ko ne
Myn. Puih..puih..
Dah tak larat nak
join diorang pegi beraya, aku balek dulu memandangkan umah dah dekat. Penat nak
mampus ikut diorg ne pegi beraya. Before aku balek, kenkawan adik sepupu aku
pun tanya umur aku berapa, sebab diorang tak tahu. Aku bagitau lah 22 tahun,
sekolah kat UKM. Wakakaka.. Terkejut beruk bebudak tuh. Diorang engatkan aku
form 5, aik, melampau ne.hehe.. Sebab dah 22 tahun la aku cepat penat wahai
bebudak. Aku dah pencen dah g beraya jauh2 sampai 10 buah ruma and plus plus
dengan bejalan kaki ne. Akak balek dululah ea.. Hasil mahsul duit raya yg akak dapat
tu nak masukkan dalam tabung. Untuk jaminan masa depan lahh katakan. Wakaka..
Me & ma kazen. Amy, 15 tahun, still single.
Sapa2 nak kenal ngan dea sila pM i ok.hewhew
No comments:
Post a Comment