JellyPages.com

Saturday, December 22, 2012

Kenapa Harus Memilih...

     Assalamualaikum w.b.t..Hai semorang. Harap kamu suma sihat-sihat belaka. Entry yg aku nak bualkan ari ne adalah tentang pilihan yg terlalu banyak. Aku yakin benda ne mesti pernah menimpa & terjadi pada semua orang kan, termasuklah korang yg selalu baca entry aku.haha. Persoalannya di sini, adakah jugak orang yg berminat tuk baca blogku ne?haha..


      Seperti yg kita sedia maklum, Allah s.w.t akan menguji setiap makhluknya dengan pelbagai cara. Termasuklah, dengan cara pada satu tahap tu, dimana kita harus membuat pilihan. Allah memberi kita peluang untuk membuat keputusan yg sewajarnya kita ambil. Tak kira sama ada demi masa depan yg cerah ataupun malap. Sama ada tepat ataupun tidak. Apa yg ingin aku tekankan ialah, apa yg sedang aku hadapi kali ne sememangnya adalah terlalu berat.



     Sampaikan pada satu masa tu, aku rasa macam dah nak berputus asa. Aku dah tak boleh berfikir dah sebab tak tahu nak buat apa. Kalau aku buat pilihan, adakah keputusan yg aku buat tu baek utk masa depanku, atau mungkin pilihan yg aku buat tu adalah salah dan akan menyebabkan aku merana suatu hari nanti. Ataupun pilihan yg aku buat tu, aku akan kesali sampai bila-bila. Inilah ujian terberat yg pernah aku rasa. Apa2pun tekanan yg aku terima selama ne, aku dapat lalui & atasi secara rasional. Tapi yg ne, ntahlah. Rasa nak tidur jak, pastu xyah bangun-bangun dah. 


     Semua orang inginkan yg terbaek dalam hidup mereka. Termasuklah aku. Sapa xmau yg terbaek derr. Cuma kadang-kadang, kita tak tahu sapa yg terbaek utk kita, apa yg terbaek utk kita, dan keputusan apa yg terbaek tuk kita buat. Sumpah aku confuse. Aku tak pernah confuse sampai tahap macam ne. Ntahlah.huhuhu. Stress tau. Apa aku nak buat ne. Takda sapa boleh tolong aku melainkan diri sendiri. Bila hati cekal tetapkan satu pendirian & keputusan, masa tuhla datang ujian bertimpa-timpa. Ya Allah, janganlah uji aku sampai tahap macam ne. Aku tak rasa aku mampu.


     It seems like dalam satu keadaan, di mana bila hati sudah tetap pada yang satu, kemudian tiba-tiba datang bermacam pilihan. Ada yang sangat memahami, ada yg sanggup tuk lakukan apa saja, ada jugak yg tahu apa aku perlukan, ada yg sama level dengan apa yg aku nak  & ada yg sedia utk apa-apa keadaan. Ohmai..Ohmai..what should i do. Aku kena balik ke pokok pangkalnya. I need my home right now. Nak tenangkan hati & perasaan. Makin hari, dugaan ne semakin berat. Sekuat mana pun aku, aku tetap seorang perempuan yg berhati lembut. 


     Lemas bila hidup dalam keadaan macam ne. Sakit kepala asyik berfikir tentang benda yg sama tapi takda penghujungnya. Hari-hari kejadian yg sama berulang. Keliru..keliru..dan keliru... Aku rasa semua pilihan yg ada adalah yg terbaek. Tak lebih, tak kurang. Cuma aku yg rapuh, mudah tergugat benteng pendirian aku bina sejak beberapa bulan yg lepas. Bantulah hamba-Mu ini ya Allah. Aku penat, tersangatlah letih dengan semua ne.huhuhuhu...


     Tunjukkan aku jalan yg lurus. Bimbinglah aku. Berikan aku hidayah & kekuatan utk hadapi ujian-Mu ne ya Allah. Subhanallah. Aku cuma insan biasa yg ada banyak kekurangan & kelemahan. Tak lebih dari itu. Cubalah faham akan situasiku wahai orang-orang di sekelilingku. Berhentilah buat aku rimas & keliru. Jangan berikan aku apa-apa yg aku xperlukan dalam hidup ne. Aku sudah cukup bahagia dengan apa yg aku miliki sekarang. Jangan bagi aku pilihan yg bukan milikku..huhu..







       

Tuesday, December 18, 2012

Presentation Terakhir...

     Assalamualaikum w.b.t semua.. Semoga sihat walafiat sentiasa. Hari ne aku nak update entry pasal pembentangan akhirku sepanjang bergelar pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia.hehe. Habis dah, in shaa Allah, kalau takda halangan pasne takda dah. Last subject yg kena buat presentation ialah Pendidikan & Masyarakat, iaitu subjek pilihan bebas (PB). Sedih jugak senanya. Aku dah nak habis dah. Sobss.. Tinggal final exam & thesis jak lagi.

     For the very first time, aku bersungguh-sungguh buat assignment. And yg peliknya, untuk subjek PB. Tuk subjek major atau fakulti aku tak berapa nak sungguh-sungguh pulak.haha. Bukan apa, lecturer and prof2 kat FEP tak heran dengan gambar2, video atau slide yg canggih-canggih. Dea tak pandang semua tuh. Buat penat jak buat, buang masa, isi kandungan jugak yg jadi keutamaan. So, bila lecturer subjek PB suh buat assigment sal ICT yg kena ada video bagai. Semangatlah aku.hehe.

     Kira-kira dua bulan lepas, lecturer agihkan tajuk tuk suma orang dalam kelas. Yang dahsyatnya esainmen kali ne, kena buat tinjauan di seluruh Mesia. Aku dah nervous gila dah dengan geng2 aku. Takut dapat negeri yang susah nak pergi. Alih-alih, aku dan team aku dapat negeri Perlis.huhu. Habislah, mana aku nak cari link kat Perlis. Takda saudara kat sana, kawan-kawan rapat pon takda, kawan besa ramailah. Seriously stress fikir cemana nak buat. Finally, aku dapat idea tuk tukar tajuk dengan kumpulan laen. 

     Dengan semangat berkobar-kobar, aku tulis sepucuk nota..sepucuk?haha. Pehliss la Myn. Aku tulis nota kaki, bajet2 ushar sorang tuh. Takdalah, aku tanya diorang, diorang nak tukar tajuk or tak dengan aku. Aku nak buat kajian lapangan di Sabah, my hometown, tak nak buat kat Perlis sebab aku tak tau celah mana aku nak kaji.huhu. And the best part is diorang setuju nak tukar tajuk dengan aku. Aku & geng kemain lagi happynya. Alhamdulillah. Senang der aku nak buat. Ada ramai link. Adakah istilah ramai link myn?haha.

     Dengan ini, rasmilah bahawasanya kena buat kajian lapangan di Sabah. Kena cari responden, kena decide kawasan pedalaman mana nak buat kajian. Kan Sabah tu luas, ada banyak tempat. Tinggal pilih jak. Memandangkan tajuk esainmen tajuk berkaitan ICT, aku pon semangat buat video teaser sal org pedalaman yg baru nak jumpa tnet. Dalam masa yg sama masukkan sekali gambar-gambar di kawasan pedalaman Sabah. Excited.

     And finally, sampai masa tuk present, kitaorg dah ready walaupun sepanjang proses membuat esainmen ne ada macam-macam dugaan & cabaran. Honestly, takdalah vogue sangat tapi bolehla. Ne presentation terakhir aku di semester akhir der, kenalah semangat sikit..hehe. 






ne pic team PB aku




dari kiri, Nani, Sheren, aku & Dhiah.. klu berminat kt
diorg oppss..diorg dah ada yg punya.hehe




biru uollss..




Sheren, her bf study d Aussie




Nani, her bf was my junior d sekolah.hehe
xsangka gak senanya..org selangor dengan sabahan




Dhiah..her bf was my friend, 
after she introduce him to me lahh.hehe


     Aku?hehe. Takda bf, tapi in shaa Allah, i'll have a future husband. MFH, MrFutureHusband.. I'll waiting for him. So, pray for me uollss..need to improve myself first then i can be the best for him. Aamiinn. ^^





ulat bukulah kekononnya..hahaha








Friday, December 14, 2012

Hidup Tak Selalu Indah..

     Assalamualaikum w.b.t.. Hai semorang, dah seminggu lebih aku tak update blog kan. Semoga semua sihat walafiat hendaknya. Aaminn.. Malam ne aku nak cakap pasal hidup kita yg sememangnya tak selalu indah. Subtopik tuk tajuk hari ne ialah konsep memberi & menerima dalam sesuatu perhubungan. Ceh, ayat thesis.hahaha. Hubungan tu tak kiralah sama ada di antara kita dengan keluarga, dengan kawan-kawan, ataupun dengan orang teristimewa dalam hidup kita. 

    Tapi sebenarnya, aku nak tekankan konsep ne lebih kepada dalam hubungan persahabatan. Sejujurnya, aku memang sangat sayangkan kawan-kawan aku. Sebab dioranglah satu-satunya dikira yg paling dekat, lagi-lagi sepanjang aku study d uKm berbanding family yg jauh. I've try my best to be a very good friend to others. Tak kiralah sapa, as long as diorang masih perlukan aku, and dalam masa yg sama, aku juga perlukan diorang.

     Seperti yg semua orang tahu, peribadi kita d cerminkan oleh kawan-kawan d sekeliling. Tak kiralah sama ada kawan-kawan kita tuh terlebih baik, sederhana baik, ataupun kurang baik. Macamana diorang, macam tu la kita. Persahabatan tu yg mencorakkan personaliti seseorang individu. Mesti semua tertanya-tanya, apa kaitan benda yg aku bebel ne dengan hidup tak selalu indah kan.. Meh sini aku jelaskan dengan lebih lanjut lagi. 

     Honestly, aku rasa tahun 2012 ne la tahun paling mencabar setakat ne dalam hidupku. Aku kehilangan banyak benda dan dalam masa yg sama juga, aku dapat tahu kebenaran yg sangat menyakitkan. Kali ne aku betul-betul rasa macamana keadaannya bila apa yg kita beri selama ne tak pernah dihargai walau seinci pun. Orang selalu cakap, perkara paling menyakitkan yg biasa terjadi ialah bila kita kehilangan orang yg kita sayang. Yes, yg tu aku akui. Tapi lagi menyakitkan bila kita kehilangan orang yg kita sayangi sebab kita sendiri yg buang orang tu dari hidup kita. Bukan atas sebab lain.Kita buat kerana terpaksa, sebab tak mahu d kecewakan lagi.

     Bunyi macam kejam jak Myn. Maybe bagi sesetengah orang, apa yg aku buat ne sangat kejam & tak berhati perut, tapi aku buat macam ne ada sebabnya. Apa yg aku rasa baru-baru ne, sangatlah menyakitkan. Selama ne, aku rasa hidupku sudah cukup bahagia sebab d kelilingi oleh kawan yg sangat aku percayai & menganggap diorang semua paham plus terima aku seadanya sepertimana aku terima diorang. Aku rasa, apapun rintangan & cabaran sepanjang menuntut ilmu d perantauan mampu aku hadapi dengan adanya diorang.

     Bila kita terlalu yakin & terlalu sayang, inilah jadinya. Walaupun hal yg berlaku adalah sekecil kuman atau bakteria (pada anggapan orang lain), ia boleh memberi kesan yg sangat mendalam. Tak, actually bagi aku hal ne cukup besar. Orang lain takkan paham perasaanku sebab aku yg laluinya. Punca aku jadi down sebegini cuma satu sebabnya, iaitu, persahabatan yg aku jalinkan selama ini adalah atas dasar keikhlasan. Aku dah cuba memberi semampu yg mungkin walaupun aku tahu yg aku takkan terima sama banyak macam yg aku berikan. 

     Ini bukan soal terlalu baek, tapi disebabkan kasih sayang terhadap kawan-kawan yg memang tak berbelah bagi. Bila berkawan, aku memang akan berusaha utk melakukan yg terbaik supaya kawan-kawan d sekeliling gembira & berasa d hargai. Bila tengok diorg gembira, itu sudah cukup utk memuaskan hati sendiri. Akhirnya, sakit yg aku dapat. Its really hurt when someone which is you love and take care the most betrayed you by do something which is too ridiculous. Di mana aku tak terfikir langsung yg dea akan cakap & buat begitu pada aku yg d anggapnya sebagai sahabat. Aku tak tahu apa maksud 'sahabat' pada dea. At least please ask me & dont make ur own assumption. 

    Seseorang yg cukup aku percayai, sangat aku fahami, yg sentiasa buat aku risau dengan keadaannya setiap hari & buat aku gigih berfikir tentang cara utk buat dea happy selalu telah buat aku terluka. Its not about forgive, but its about forget. Alangkah bestnya if aku tak tahu kebenaran. Biarlah orang cakap or anggap aku d perbodohkan semata-mata, as long as aku tak sakit bila tahu kebenarannya. 

    Aku bukanlah seorang yang sempurna. Aku tak nafikan aku juga banyak buat kesilapan & banyak kelemahan. Tapi, tak bermaksud aku boleh d perlakukan sewenang-wenangnya. Terus terang aku cakap, aku tak tahu d mana silapku sampai hal begini boleh terjadi. I cant think. Down & sangat sedih. Now im realized theres so much i dont know bout them. First thing first, when they say something which is cant be accepted. Second, when they forget what they've done before & third, when theres no seriousness in apologizing. 

    Kini, barulah aku sedar akan kebenaran d sebalik penyataan "give & take should be balance, otherwise u'll be suffer". Thats the point actually. Aku bagi peluang pada orang lain utk perlekehkan diriku, biar diorang pijak kepala hingga respect tu dah hampir tak ada, privacyku d perkotak-katikkan. And now barulah aku sedar, bila keadaan sudah terlambat, bila nasi sudah menjadi bubur. However, aku tak menyesal pon sebab aku boleh jadikan ini sebagai pengajaran d masa depan agar tak silap memilih kawan. Dalam masa yg sama, takkan pernah buat expectation yg terlalu tinggi lagi sampaikan aku yg terluka sendiri.

    Sedihnya bukan kepalang. Hilang selera makan berhari-hari. Nasiblah perut pandai lapar, if rasa lapar tu tak wujud, aku rasa mungkin aku dah off sebab tak makan. Its really disappointed you know. Im really upset. And now, theres no turn back, i'll keep it as a memory. Sustained the sweetness and throw away the bitter. I'll live happily ever after, I can do it. Aaminn..












     

    

Wednesday, December 5, 2012

Hobi Prof FEP

     Assalamualaikum wbt...Hai semorang. Once again..update entry..hehe. Well, hari ne sepatutnya jadi hari yg agak busy untuk aku, tapi memandangkan aku tak pegi kelas ganti pepagi buta tadi plus kelas kul 11 plak tetiba cancel, maka aku jadi xbusy mana pon.hehe. So, hari ne jadi hari berthesis.

     Okayy, sepanjang pukul 2.30 sampailah pukul 5 petang tadi aku duk di Pusat Sumber FEP semata-mata untuk finish-up bab 2 tesis. And my job was done. Yeee.. Then aku pon rajinkan diri pegi bilik Prof. Madya Ahmad Yusof, nak tanya dea bila free sebab aku 'xsabar' nak buat spesifikasi model. Ohmaii. Part yg paling susah..ever...dalam proses membuat thesis. Masa aku terjah dea tu, dea tengah syok hadap youtube, dengar ceramah agama. haha. Mula-mula, aku syak dea hadap ceramah UAI, tapi bukan. Tak tahu ustaz apa. Aku tak kenal. 

     Aku pon tanyalah, kalau nak buat kajian lepas tuh, aku kena cari jurnal rujukan yg buat kajian atas pembolehubah yg sama macam aku buat jugak ka ataupon xyah. Then Prof cakap tak semestinya, kalau laen lagi bagus. Aku pon tersenyum bangga kejap tapi aku baru tersedar, if aku orang pertama yg buat, maknanya sejuta kali lebih susah ! huwarrrggggggghhhhh.. Prof kata xpa, dea kan ada. Yes Prof, anda ada bersama saya, akan tetapi saya yg akan membuat analisis data semua tuh, bukan anda, anda cuma akan menilai. huhu.

     
     Think positive Myn, thesis kau boleh siap sem ne jugak. Trust yourself. Yeah ! I can do it babe ! Then pastu, aku pon tanya dea lagi, bila agknya dea free tuk buat spesifikasi model tu. Dea tak jawab langsung soalan aku . Dea cuma cakap nak buat sekarang pon boleh. Masa tuh dah pukul 5 lebih, ohmaii. Dasyatnya Prof ne. Aku xready apa2 lagi ne haa. Jadual pon aku tak buat lagi, yes data suma dah ada tapi aku tak kuarkan lagi. Aku betul-betul terkejut. Agaknya hobi Prof is buat spesifikasi model. Dea plak yg excited nak buat. Aku pon bagi alasan ada lagi data yg tertinggal, esok-esok saya datang lagi ya Prof.hehe. Saya balek dulu.


     Sebelum aku lupa, aku nak ceta gak. Masa otw g kelas kul 11 yg lecturer tetiba cancel tu, aku hampir-hampir di langgar oleh sebuah motor 500cc. Hisy, aku geram betul. Masa tuh aku tengah berjalan depan fak. And tiba-tiba motor tuh kuar dari kawasan park keta lecturer FEP. Honestly aku terkejut giloss and engatkan akulah yg salah, tapi bila aku tersedar, aku berdiri atas petak kuning, which is petak park keta di kawasan tu. Menyirap darah aku rasanya. Hello, motor jak pon, bukannya keta kebal, apsal lahh ko guna space luas sangat sampai masuk ke area parking keta. 


     Kalau kau langgar aku macamana?  Aku tak grad lagi ne, tak balas jasa mak bapak aku lagi, xyah jauh-jauh dulu Myn, thesis aku tak siap lagi, tempat praktikal aku tak dapat lagi, pas dah grad aku tak fikir lagi kat mana aku nak keja. Geram tau. Mentang-mentanglah motor besar gedabak, sukati jak ikut laluan mana. Yang paling tak boleh blah, senyum kat aku. Tak mintak maaf pon. Geramnya lahh!! Disebabkan perasaan terkejut yg membuak-buak, aku tak sempat pon tengok no.flat motor tuh. Takpa, next week aku g cari kau di hari & waktu yg sama. Nak sangat tau sapa orangnya yg berani betul mengancam keselamatan pelajar macam aku ne. Sekali tengok hensem. kahkahkahkah..tak jadi plak aku nak marah nanti, paling2 malu sendiri pastu blah. Xpalah derr. Aku xdendam. Aku halalkan jelah. =.=


     Sebelum menamatkan catatanku pada kali ini.hehe. Aku nak share something. Actually, before ne aku xminat pon dengan jaket macam ne. Tapi bila aku try kat Romp arituh, masa aku g Midvalley dengan Coursemate aku, saja-saja nak trylahh kononnya, aku pon terjatuh hati dengan jaket ne. Free size & sangat padan dengan aku sebab saiznya yg agak kecil. Sayangnya aku tak beli sebab aku dah plan perbelanjaan tuk bulan tu..dan..jaket ne memang kompemlah takda dalam list. Pastu, bila aku g usha balek, dah xda. sob..sob.. Bagi aku jaket ne cantek. Dont know why, padahal besa-besa jak pong. Kaler pon hijau rumput semacam. Nasib baek sempat snap pic, so, dapatlah aku abadikan sebagai kenang-kenangan. T_T





ROMP

Saturday, December 1, 2012

Fear Factor

      Assalamualaikum wbt.. Hai semorang. Semoga sihat-sihat sahaja hendaknya. Jom kita posa sunat minggu depan.hehe. As usual, posa sunat pada ari Isnin & Khamis. Kalau korang rasa larat, posa seminggu terus. Bak kata someone kat aku. Ehm2.. Senanya aku update entry sebab nak story sal presentation semalam tuk subjek Ekonomi Buruh. Subjek ne one of my major subject. 


    Mesti korang pelik kan, apa kaitan tajuk fear factor dengan presentation. Actually, presentation tuk eko buruh adalah yg paling menakutkan sekali sepanjang pengajianku di uKm tercinta. Why Myn ? Why ? Sebab utamanya ialah Prof aku, Prof Zul, di mana wajahnya seiras tapi tak serupa dengan Nasir Bilal Khan tu, adalah seorang pensyarah yg sangat menakutkan. Dea menakutkan bukan sebab dea garang atau panas baran. Tapi banyak soal. And  hampir semua soalan yg selalu dea tanya masa kuliah, aku dengan semua classmateku tak dapat jawab. 


     Aku risau kalau-kalau dea banyak tanya semasa aku, Lizza & Florand membentang. Macam yg kami jangka, dea memang tanya pon. And tak tahu nak jawab apa sebab dah terlalu risau plus memang kami takda jawapan untuk soalannya tuh. Prof..Prof..orangnya serius lawak sebab selalu menyindir via contoh yg dea kaitkan masa belajar. Especially bila kami dah hilang tumpuan dalam kelas. Dea memang one of the best lecturer i ever had.


    Honestly aku memang ada request ngan Ernie & Teha tuk support kami masa presentation tu. Siap komen kat fB kekonon aku nak diorang bawak banner atau sepanduk. Tapi..itu cuma sekadar memain. Bukan betul-betul. Yg sadisnya, diorang buat betul-betul. And itu sangat mengganggu tau.haha. Tengah syok membentang, dua-dua sekali angkat kertas tuh dengan senyuman sinis lebar sampai ke telinga. Aku pantang bila diorang dah start buat keja-keja gini. Memang tak menahan, situ jugak aku dgn Lizza gelak. 


     Taulah yg Prof hadap kami kat depan. Kemain lagi korang dua orang buat onar kat belakang Prof. Walaupon macam tuh, serius aku terharu.hehe. Ada jugak kenangan. Siaplah korang, aku buat lagi special & mantap bila sampai giliran kamu nanti.hehehe. Masa present tuh aku tak dapat snap pic diorang berdua tgh gigih mengangkat sepanduk. Bila kuliah dah abes, pas aku & Lizza paksa barulah diorang mengalah.





omey kan ? haha..memang takda apalagi yg aku
nak dalam hidup ne selain dari kawan macam ne. They completed my life.