Assalamualaikum w.b.t.. Hai semorang, dah seminggu lebih aku tak update blog kan. Semoga semua sihat walafiat hendaknya. Aaminn.. Malam ne aku nak cakap pasal hidup kita yg sememangnya tak selalu indah. Subtopik tuk tajuk hari ne ialah konsep memberi & menerima dalam sesuatu perhubungan. Ceh, ayat thesis.hahaha. Hubungan tu tak kiralah sama ada di antara kita dengan keluarga, dengan kawan-kawan, ataupun dengan orang teristimewa dalam hidup kita.
Tapi sebenarnya, aku nak tekankan konsep ne lebih kepada dalam hubungan persahabatan. Sejujurnya, aku memang sangat sayangkan kawan-kawan aku. Sebab dioranglah satu-satunya dikira yg paling dekat, lagi-lagi sepanjang aku study d uKm berbanding family yg jauh. I've try my best to be a very good friend to others. Tak kiralah sapa, as long as diorang masih perlukan aku, and dalam masa yg sama, aku juga perlukan diorang.
Seperti yg semua orang tahu, peribadi kita d cerminkan oleh kawan-kawan d sekeliling. Tak kiralah sama ada kawan-kawan kita tuh terlebih baik, sederhana baik, ataupun kurang baik. Macamana diorang, macam tu la kita. Persahabatan tu yg mencorakkan personaliti seseorang individu. Mesti semua tertanya-tanya, apa kaitan benda yg aku bebel ne dengan hidup tak selalu indah kan.. Meh sini aku jelaskan dengan lebih lanjut lagi.
Honestly, aku rasa tahun 2012 ne la tahun paling mencabar setakat ne dalam hidupku. Aku kehilangan banyak benda dan dalam masa yg sama juga, aku dapat tahu kebenaran yg sangat menyakitkan. Kali ne aku betul-betul rasa macamana keadaannya bila apa yg kita beri selama ne tak pernah dihargai walau seinci pun. Orang selalu cakap, perkara paling menyakitkan yg biasa terjadi ialah bila kita kehilangan orang yg kita sayang. Yes, yg tu aku akui. Tapi lagi menyakitkan bila kita kehilangan orang yg kita sayangi sebab kita sendiri yg buang orang tu dari hidup kita. Bukan atas sebab lain.Kita buat kerana terpaksa, sebab tak mahu d kecewakan lagi.
Bunyi macam kejam jak Myn. Maybe bagi sesetengah orang, apa yg aku buat ne sangat kejam & tak berhati perut, tapi aku buat macam ne ada sebabnya. Apa yg aku rasa baru-baru ne, sangatlah menyakitkan. Selama ne, aku rasa hidupku sudah cukup bahagia sebab d kelilingi oleh kawan yg sangat aku percayai & menganggap diorang semua paham plus terima aku seadanya sepertimana aku terima diorang. Aku rasa, apapun rintangan & cabaran sepanjang menuntut ilmu d perantauan mampu aku hadapi dengan adanya diorang.
Bila kita terlalu yakin & terlalu sayang, inilah jadinya. Walaupun hal yg berlaku adalah sekecil kuman atau bakteria (pada anggapan orang lain), ia boleh memberi kesan yg sangat mendalam. Tak, actually bagi aku hal ne cukup besar. Orang lain takkan paham perasaanku sebab aku yg laluinya. Punca aku jadi down sebegini cuma satu sebabnya, iaitu, persahabatan yg aku jalinkan selama ini adalah atas dasar keikhlasan. Aku dah cuba memberi semampu yg mungkin walaupun aku tahu yg aku takkan terima sama banyak macam yg aku berikan.
Ini bukan soal terlalu baek, tapi disebabkan kasih sayang terhadap kawan-kawan yg memang tak berbelah bagi. Bila berkawan, aku memang akan berusaha utk melakukan yg terbaik supaya kawan-kawan d sekeliling gembira & berasa d hargai. Bila tengok diorg gembira, itu sudah cukup utk memuaskan hati sendiri. Akhirnya, sakit yg aku dapat. Its really hurt when someone which is you love and take care the most betrayed you by do something which is too ridiculous. Di mana aku tak terfikir langsung yg dea akan cakap & buat begitu pada aku yg d anggapnya sebagai sahabat. Aku tak tahu apa maksud 'sahabat' pada dea. At least please ask me & dont make ur own assumption.
Seseorang yg cukup aku percayai, sangat aku fahami, yg sentiasa buat aku risau dengan keadaannya setiap hari & buat aku gigih berfikir tentang cara utk buat dea happy selalu telah buat aku terluka. Its not about forgive, but its about forget. Alangkah bestnya if aku tak tahu kebenaran. Biarlah orang cakap or anggap aku d perbodohkan semata-mata, as long as aku tak sakit bila tahu kebenarannya.
Aku bukanlah seorang yang sempurna. Aku tak nafikan aku juga banyak buat kesilapan & banyak kelemahan. Tapi, tak bermaksud aku boleh d perlakukan sewenang-wenangnya. Terus terang aku cakap, aku tak tahu d mana silapku sampai hal begini boleh terjadi. I cant think. Down & sangat sedih. Now im realized theres so much i dont know bout them. First thing first, when they say something which is cant be accepted. Second, when they forget what they've done before & third, when theres no seriousness in apologizing.
Kini, barulah aku sedar akan kebenaran d sebalik penyataan "give & take should be balance, otherwise u'll be suffer". Thats the point actually. Aku bagi peluang pada orang lain utk perlekehkan diriku, biar diorang pijak kepala hingga respect tu dah hampir tak ada, privacyku d perkotak-katikkan. And now barulah aku sedar, bila keadaan sudah terlambat, bila nasi sudah menjadi bubur. However, aku tak menyesal pon sebab aku boleh jadikan ini sebagai pengajaran d masa depan agar tak silap memilih kawan. Dalam masa yg sama, takkan pernah buat expectation yg terlalu tinggi lagi sampaikan aku yg terluka sendiri.
Sedihnya bukan kepalang. Hilang selera makan berhari-hari. Nasiblah perut pandai lapar, if rasa lapar tu tak wujud, aku rasa mungkin aku dah off sebab tak makan. Its really disappointed you know. Im really upset. And now, theres no turn back, i'll keep it as a memory. Sustained the sweetness and throw away the bitter. I'll live happily ever after, I can do it. Aaminn..
No comments:
Post a Comment