JellyPages.com

Saturday, March 31, 2012

kegigihan menyiapkan esainmen..

Hai kawan-kawan...update kali ne aku nak gosip sikit pasal kegigihan kami, bebudak yang amik subjek Kaedah Penyelidikan dengan sorang Prof yang kami suma sayang ketat-ketat..huhu..student telah diberikan masa selama seminggu untuk siapkan proposal awal projek yang bernilai 20 markah. Dalam masa seminggu ne kami kena cari tajuk, buat pengenalan, permasalahan kajian and objektif kajian, termasuklah data yang berkaitan dengan tajuk yang dipilih. If Prof reject, means kena cari tajuk baru and so on. Masa mula-mula tu tajuk aku dea tak reject tapi takda data, aku terpaksalah tukar tajuk. Naseb baek ada backup. Kalau tak memang merana lahh jawabnya.




Then pastu, bila tajuk dah approve, bermulalah ekspedisi membuat model untuk projek yang dipilih. Masa ne memang sandi ehh.. Dengan takda basic sal SPSS, dengan equation ekonometrik bagai, totally down jadinya. But thank God, Ejan c Putera Katak(nama pesbuk) ada. Dea lahh yang susah payah ajar yatt, bed dan aku sekali amacam nak guna program SPSS tuh. Bila dea dah ajar tu, bolehlah di katakan experts sikit..kekeke..Model dah siap, aku pegilah tunjuk kat Prof dengan semangat yang kental dan berkobar-kobar. last-last( kerosakan bahasa ) dea suru tambah and plot graf laen pulak,tambah satu-satu. Nak nangis pun ada, dua model ja pun da banyak page, apalagi kalau pecahkan satu-satu..T_T. tak apalah, demi markah yang banyak tu, aku tambah jelahh.Bila model dah okey, mulalah keja menganalisis, menilai and so on. Nasib baik ada thesis-thesis lepas yang boleh di buat jadi bahan rujukan, kalau tak aku tak tahu macamana nak hurai. Lagi-lagi nak guna BM tahap A solid, memang taklahh. BM aku teruk, even dapat A1 masa SPM dulu, it doesnt mean yang aku expert. Makin teruk lagi sejak kebelakangan ne adalah.




Hari Isnin lepas aku g jumpa prof lagi untuk yang entah keberapa kali. Agaknya dea dah bosan asyik di tanya oleh aku ngan yang lain-lain so dea pun postpone due date g ari Jumaat, tak jadi ari Rabu..hehe..dea cakap tuh sambil senyum-senyum..ketara sangat perli kami suma. Tak sia-sia aku g jumpa Prof pagi tu dengan Nani ( classmate aku,even majoring laen-laen ). Kan dea dah bagi masa tambahan.hehe. Mekasih Prof. So, ada masa lagi nak buat esainmen paling mencabar tahap cipan ne. Konon-konon ari Khamis nak stay up lahh siapkan keja. Petang tu pas isyak aku g tidur. Masa tu memang huru hara coz Yatt tuit kat Tweeter mintak no.fon jiran-jiran yang boleh kejutkan aku sebab dah banyak kali diorang call aku tak sedar-sedar jugak. Aku dah set alarm gak, tapi seriously aku tak dengar. Ejan ntah berapa kali misscall, Mimie pon sama. Naseb baek ada Dhiah yang tak pandai giveup g ketuk pintu bilik. Masa tu barulah aku terbangun. Pukul 1 lebih baru aku gerak g PTSL nak sambung buat KP. Kacau gak sebenarnya sebab aku tengah mimpi Prof suh aku takyah hantar esainmen tu, dea tetap bagi fullmark masa tidur tu. Best gilaa kalau betul-betul..hehe..Kali ne aku memang tak ngantuk langsung ( memanglah sebab dah tidur). Yatt yang asyik ngadu ngantuk bagai. Bed ngan Leyli takda time ne. Agaknya diorang dah tidur. Ejan pulak dekat pukul 2 baru sampai. Ntah dari mana ntah. Gigih gila kitaorang buat esainmen (sambil tuit + pesbuk )sampailah pukul4.30 pagi. Then tiba-tiba pacek sorang ne stop buat keja and pegi tidur. Yatt pun amiklah pic snap-snap sikit..









hoi..bangun..bangun..ne kawasan larangan tuk tido.







yatt dengan muka stress..







nampak tak kegigihanku di situ..hehe..



Bila keja dah siap, boleh terus hantar ngan Prof. Pastu boleh terus celebrate sebab saat-saat merana dah abes..hehe..soal markah tu ketepikan dulu.. Jangan rosakkan mood.^^




S E K I A N. . .









  

No comments: