JellyPages.com

Thursday, April 25, 2013

One of the best part in my life. . . bestla sangat. . .

Assalamualaikum w.b.t.. Hai semorang. Kemarin & semalam pegawai kat office aku ada job luar & dengan semangat juang yang tinggi lagi kental, aku ngan sorang lagi member yang practical sesama aku pun mengekor bos ( mengikut ) untuk terlibat sama dengan operasi tu. hehe. Well, kan kunun mau join jugak walaupun melibatkan aktiviti luar office. Mau jadi budak practical cemerlang sedunia kekononnya.


Okay, honestly, keja d luar ne memang agak payah lagi-lagi tuk kekorang yg bergelar pempuan. Cuaca yg panas terik, tak pown ribut taufan, premis-premis perniagaan yg tersorok, rupa owner atau majikan yg macam singa + garang macam harimau & macam-macam lagilah. Malangnya, aku tak berapa nak hadapi semua tuh, lain plak dugaan yg aku dapat. 


Time dah happy sangat buat keja walaupun cuaca tak berapa nak menolong, matahari terik ganas membakar sampailah muka aku ngan yang laen macam rupa udang dipanggang hidup2. Merah gitu. Tengah khusyuk belek2 borang yg aku nak agih, tetiba aku rasa lain macam. Macam ada something yg memerhati. Okay, fine, tak jauh dari tempat bos aku park keta, ada sekor anjing yg tak berapa nak comel, sedang perhati aku. Mak aii..abeslah aku, dahla aku pakai blouse wana merah masa tuh. huhu. Takut siot. Plus aku tengah fobia dengan binatang yang bernama anjing, anjing tu tenung aku semacam pulak. Anjing tak suka wana merah ka apa ? Omaigod. Aku pown berjalan perlahan-lahan sambil mengekor bos aku dari belakang. And you know what, anjing tu datang dekat dengan aku. Aku masih boleh relaks lagi sebab bos aku ada. Takpa, bila da jauh sikit, anjing tu dah stop datang kat aku. Lega sikit. Then, aku pown sambung keja aku.


Bila dah settle serah borang kat owner premis-premis perniagaan area situ, aku, Ci & Kak Dian pown patah balek ke tempat bos park keta. Aku berjalan kat belakang diorang sebab dah khusyuk semak borang-borang yg aku agih, manalah tau ada yg tertinggal. Once again, anjing tuh pandang aku. Apa salah aku wahai anjing ? Apsal ko pandang aku macam tu ? Omjayy.. Badan aku dah start menggigil. Apsal anjing ne takmau blah pulak ne. Takutlah. Tak nakla anjing tu kejar aku kat situ, jatuh standard kot. Ramai plak orang tengah perhati aku yang berjalan sambil pegang borang yg banyak. Jangkaanku tepat, anjing tu cuba datang dekat dengan aku, aku tak lari tapi aku cuba terus berjalan, then bila aku dah berjalan dengan laju, anjing tu pown mula kejar aku. Rasa nak nanges kuat-kuat kat situ. Takut!


Apa salah aku wahai anjing ? huhu. Aku datang bukan nak rampas tempat tinggal atau makanan ko, aku ada tugas penting. Bos aku bukannya nak tolong, dea gelakkan aku dari jauh. Kuanghajaq gilos. Aku pown berlari selaju yang mampu sambil pegang borang-borang aku dengan erat. Kalau ikutkan hati rasa macam nak campak jek borang tuh kat anjing tu, tapi nanti jadi keja plak nak g pungut semula. Aiyo..kejam gilaa, orang-orang kat situ lagi-lagi pekerja lelaki dah syok sangat gelakkan aku. Bukannya nak tolong. Setahu aku, lembu jek yg benci wana merah, takkanlah anjing pown benci gak. 1st time anjing kejar aku sebab wana baju if macam tuh. Nasib agak menyebelahi aku, aku sempat g keta bos and terus masuk dalam keta. Aku dah janji dengan diri sendiri aku takkan pegi kat situ lagi, never ever! Aku takkan lupa rupa anjing tu, wana hitam + coklat, telinga senget sebelah. huhu. Semput aku berlari selamatkan diri.


Dah aku penat macam tuh barulah orang kat situ bitaw bos aku anjing tuh kejar bukan sebab marah, tapi sebab nak bermain dengan aku. Sebab tuh jugak anjing tu tak menyalak masa datang kat aku. Gila apa aku nak main dengan anjing, kang tak pasal-pasal aku terpaksa samak satu badan. Hisy.
Tak sangka anjing pown ada hati nak bermain dengan aku, dah miang ka apa. Tapi tak apalah, makhluk Tuhan gak. Aku halalkan jelah tenaga aku yg terbuang masa selamatkan diri tu. Aku dah serik, taknak dah buat keja kat luar office. huhuhu. Tuh naseb baek gak anjing yg kejar, if orang yg kejar sambil bawak kayu, tak ka naya jadinya. Tak pasal-pasal aku masuk wad. 
Pengalaman ne aku takkan lupa sampai bila-bila. Sweet memory ever. haha.






gambar hiasan



Wednesday, April 3, 2013

bila rindu...

Assalamualaikum w.b.t.. Hai there. Hari ne hari yang sangat penat sebab aku dah settlekan 100 fail lesen kat pejabat. Serius penat. Aku nak siapkan hari ne jugak sebab taknak tangguh-tangguh. Aku taknak esok-esok kerja makin berlambak. Okay, sekarang barulah aku paham, kerja tiap hari memang memenatkan & masa pon takda. Kejap jek pagi ke petang, then petang ke pagi esoknya. Macam takda life. Bila hujung minggu plak stay kat umah jek sebab malas nak buat apa-apa, takda life langsung. Korean drama yang aku hadap pon dah tertangguh, takda masa dah nak hadap. huhu. May i study till die? haha. 


Kadang-kadang best jugak if pegi kerja, aku lupa masalah yang ada. Tak engat langsung, pastu yang bestnya hampir tiap hari ada orang belanja makan & ajak makan kat luar. haha. Rezeki..rezeki.. Aku rasa aku ada potensi tuk jadik workaholic, so aku decide nak join private sector masa akan datang. Harap-harap application aku berjaya. Aaminn. Rasa puas hati gegilos kalau keja da siap. Just rasa penat tuh yang kadang-kadang tak tertanggung. Sakit hati jugak bila kerja yang dibuat tuh semakin banyak, tak berkurang langsung. haha. Emo aku d buatnya. Dah siap keja buat fail, aku d suru hancurkan kertas lak guna mesin penyiat kertas. Suka gilos aku men mesin tuh. haha. Kekunun kena hapuskan dokumen sulit. Naseb bek aku ne bukan busy body kalau tak, aku baca satu-satu dokumen tu pastu baru aku hapuskan. 


To be honest, aku rindu kL & kawan-kawan aku kat sana. Cepatlah masa berlalu, i want to go back. It is not i doesnt love my hometown but half of my life was there. huhu. Half of my life atau ko mau jalan-jalan Myn? haha. Almost dua bulan aku jadi budak baek kat umah. Mana tak bosan. Kalau kat sana, bila rasa bosan jek, aku terus angkat kaki g KTM uKm, pastu beli tiket g kL sentral. da sampai kL sentral baru aku decide nak merayap kat mana. Kali terakhir aku g Timesquare before balek hometown aku pegi dengan baju kolej jek. Suma orang pandang aku laen macam kat sana. Selekeh baek untuk diri sendiri, so kita takkan jadi perhatian & no body interested to rompak anda. Ohmaigod. Miss all the moment. #sambil rendam kepala dalam lumpur.






my hobi is merayap..hehe