JellyPages.com

Sunday, March 31, 2013

Im not a shopaholic..noo..

Assalamualaikum w.b.t.. Hai semorang. Sekarang ne aku betul-betul bad mood. Sebab aku dah belanja RM121.50 dalam masa sejam setengah. What a bad attitude i have. Its not about being kedekut, its just aku dah insaf lama dulu, aku dah tak nak buat lagi perangai lama tapi apa yang aku buat petang tadi memang tak boleh dimaafkan. Aku betul-betul yakin yang aku dah berubah sebab sebelum ne, to be honest aku memang pantang g memana, or masuk kedai memana, mesti mata & tangan aku bekerjasama dengan jayanya tuk beli apa-apa yang aku rasa nak beli. I'll find a 1001 reason to buy & thought it's as an investment. -_-.. Thats me before. And now, its come back.


Its been a year i've act wisely. tapi entah kenapa since balek umah, perangai lama aku macam datang balek. To be honest, its not just for today, but it happens since two weeks before. Masuk memana kedai pon mesti rasa nak beli sesuatu walaupun benda yang aku rasa nak beli tuh tak penting langsung. Bila aku pegi kitchen ware store tadi, laen-laen jek yang aku angkut masuk dalam bakul. Aku rasa, mulai minggu hadapan, aku kena duduk diam dalam rumah, betul-betul..untuk setiap hujung minggu. Baek aku fokus untuk read all the books & pretend such i dont need anything. Kan. hehe. Its such a brilliant idea Myn. Bravo. ahakss. And last but not least, budak ne macam dah terjangkit dengan wabak penyakit shopa yang tak berapa nak berjangkit. #sigh





My younger sister, Nina.



Sunday, March 24, 2013

Aku yang bosan..

      Assalamualaikum w.b.t.. Hai semua. Hope semorang include aku berada dalam keadaan sihat walafiat sentiasa. hehe. Senanya aku dah xda keja sangat sampaikan hampir setiap hujung minggu since aku balek umah, aku g pasar tani cari arnab, termasukla ari ne. Tu jelah keja aku. Bosan weyh sebab kengkawan aku xda. Diorang masih gigih menimba ilmu d 'sekolah' masing-masing aku plak dah terperuk kat sini. Haiz.. Menyesal jugak sebab tak teruskan buat practical di Damansara, sebok jugak nak balek umah. Ne laa jadinya. Bosan. huhuhu.. 


     Baek aku duk kL. At least hujung minggu macam ne bolehla aku buat aktiviti mingguan macam pegi duduk d kL Sentral tengok gelagat orang sambil baca buku, takpon g timesquare duk depan Summit fikir seratus kali nak beli kasut or tak, atau g superbowl kat Midvalley tengok orang men bowling pastu buat analisis teknik-teknik permainan yang berkesan, atau g sungei wang pusing-pusing sampai pavi. Argghhh.. bosan gilos + rindu kengkawan aku kat uKm. Nampak sangat yang aku ne tak ready tuk habiskan study lagi sebenarnya.

        
       Bosan jugak lima hari dalam seminggu ulangalik pegi ofis buat keja yang makin banyak setiap hari. Padahal baru nak masuk sebulan aku g practical.  Dah bosan macam ne. Sabtu & ahad plak buat keja suri rumah pastu tunggu adik aku & wife dea datang bawakan aku kuih-muih yang aku suka makan tapi malas nak buat + malas nak belajar bagi yang aku tak reti buat lagi. Aku rasa macam nak benam kepala aku dalam lumpur. Hisy. Bosannya lahai. Sekarang ne senanya aku dalam proses nak siapkan artikel berkaitan Isu Lahad Datu tuk majalah uKm ke 36, tapi aku xyakin nak buat sebab takut terbawa-bawa dengan emosi. Maklumlah, aku kan tergolong dalam kalangan orang Sabah yang agak marah dengan pengganas Sulu & suku sakatnya. Takut artikel yang aku buat tuh tak menepati etika penulisan langsung. Kang jadik wartawan tak bertamadun plops.

       Emosi aku bertambah-tambah down bila aku taip entry ne sambil dengar lagu When I Was Your Man by Bruno Mars. Kejadahnya lagu ne ada dalam laptop aku, ne mesti keja adek aku. Sedih gilos lagu ne. huhuhu. Menyampah aku dengar. Online facebook sambil buatkan esainmen kawan aku yang aku xsure boleh siap or tak malam ne. hehe. Maklumlah aku ne jenis yang tak boleh buat keja last minit sebab aku suka buat keja lambat-lambat & perlahan. Ikut mood senanya tuh. Responden-responden aku pon tak bagi lagi 'catatan' pendapat diorang. Tak tau macamana lah artikel ne, ntah jadi ntah tidak. Sakit kepala aku fikir.


        Aku rindu kat geng blok aku macam wawa, dhiah, hani, teha, zaty, dila, wan, chewan and mimie. Rindu gak dengan geng PB aku macam akak, aina, zue, yam, jannah & liena. Miss them so much. Ernie & Ijan xyah cakaplah. Pelik jek rasanya diorang xda berhampiran dengan aku. Fakulti tercinta lagilah. Owh FEP...do you miss me too?hehe. Xda dah amynahasan yang selalu men lif kau. Tak apalah, just bersabar untuk beberapa minggu sahaja lagi. Nanti geng tegar aku kat sini balek jugak. Lala & Nyna. Diorang jelah harapan aku. huhu. Aku tak rasa Ernie & yang laen balik bila cuti midsem nanti. Sobss. Aku g dedating dengan diorang jelah nanti. 

        
        Dahla, malas aku nak emo-emo. Okay, arnab aku ada dua ekor sekarang ne. Yang 1st tuh nama dea Smoothie Normnorm, 2nd is Smoothie Mornmorn. Aku terbalikkan jek. Malas nak fikir. haha. Sorang kaler beige, sorang lagi grey. Mornmorn ne nakal sikit, asyik buli si Normnorm. Si Normnorm plak pandai mengadu. Bila si Mornmorn amik tempat tidur dea, dea g ngadu kat bapak aku yang sebok siram 'rumput' yang dea pelihara dekat dengan kandang diorang. Kesian gak aku tengok bila dea asyik kena buli, sikit-sikit kepalanya d pijak, jap lagi kena sepak. Ganas gilos ko Mornmorn. 





mornmorn yang dah tak sabar nak keluar dari kotak




aku letak mornmorn & normnorm dalam bakul
sementara kandang diorang d basuh


      Honestly, aku beli arnab sebab aku bosan tahap mahadewa cipan. Xda keja aku nak buat masa weekend so aku pon pegilah cari keja. Aku suka baca buku tapi tak sepenuh masa, ikut mood jugak. Thats why sometimes aku g lepak kat library semata-mata tuk baca buku. Hari Jumaat adalah hari yang sesuai sebab bukak sampai pukul 9 malam. Bolehlah aku tunggang terbalik baca buku kat situ. Okay fine, actually i miss PTSL uKm a lot. hukhukhuk.. Sekarang ne aku ralit gak hadap mas.com. Kekonon nak balek kL bulan 7 nanti pas abes practical atas alasan nak beli barang raya. hehe. Macam jek kat sini xda. Ohoi myn oiii....




ne jelah koleksi buku aku yg agak terbaru, klu da abes baca,
apa aku nak buat..sobss.. #ngengada




shopaholic was awesome



       Aku tak tahu apa nak buat lagi pasne. Aku rasa aku boleh cair and masak macam agar-agar pada satu tahap nanti kat ofis. Aigoo. Ada banyak lagi aku kena belajar sebenarnya. Amik degree dua setengah tahun belum cukup tuk mengajar aku. So, aku decide nak sambung study. Tapi bukan dalam masa terdekat ne, nanti, lepas dah ada pengalaman keja betul-betul. hehe. Aku nak amik course laen pulak. Taknak amik ekonomi dah, sakit kepala aku. Dua gambar kat atas tu jelah buku-buku aku yang agak terbaru. Kalau dah habis baca, memang agak payahla. Bertambah bosanlah aku rasa sementara tunggu new stock sampai. Aku kena cari hobi baru pasne so takdalah aku bosan sangat kan. Nantilah aku fikir apa nak buat pulak beside baca buku & jaga arnab dua ekor tuh. -_-

       

Sunday, March 10, 2013

Milkshake Pure Marine Collagen..

      Assalamualaikum w.b.t. Agak lama jugak aku xupdate entry baru. Hari ne semangat nak update sebab aku berjaya cipta satu resepi baru. Iaitu, MILKSHAKE PURE MARINE COLLAGEN. Kununlah.. Sebenarnya aku belajar dari mak aku & kak Maznah cara-cara nak masak & tambah perisanya. So, aku combine sekali kaedah-kaedah yang diorang ajar aku. Honestly seaweed ne langsung xsedap.huhu. Rasa dan baunya sangatlah hanyir. Memang tak boleh d terima langsung oleh anak tekak. Aku rasa takyahla aku cerita khasiat kolagen asli ne, korang mesti dah tau kan. PURE MARINE COLLAGEN ne terbahagi kepada tiga gred, iaitu :

AAA = hijau kebiru-biruan
AA   = ungu / violet
A     = putih / kuning

    


yang ne just gred AAA & A, purple violet xda. hehe


     So, cemana nak buat supaya benda ne jadi sedap tapi masih berkhasiat? Mula-mula sekali, amik seaweed ( pure marine collagen ) ikut seberapa banyak yang korang nak, then, rendam semalaman sehinggalah rupa bentuknya kembali menjadi rumpai laut. Selepas tuh, basuh sehingga cukup bersih, bukan setakat cukup, tetapi betul-betul bersih. Kemudian, rebus hingga masak atau sehingga seaweed tersebut cair bersama gula batu (sedikit sahaja agar tidak terlalu manis) dan daun pandan, untuk hilangkan bau hanyir & rasa air laut yang melekat. 

     Setelah masak, masukkan ke dalam pinggan kaca yang agak dalam, atau apa jua bentuk acuan, biarkan ia menjadi sejuk dan keras seperti agar-agar. Masukkan ke dalam peti sejuk setelah suam-suam kuku. 





seaweed (pure marine collagen) yg dah beku macam agar-agar




potong sehingga hancur agar mudah untuk dikisar



      Selepas ia sejuk dan keras seperti agar-agar, potong dadu atau sehingga hancur bagi memudahkan untuk dikisar. Sebelum dikisar, masukkan seaweed, susu pekat manis dan perasa oren Sunquick (ikut citarasa masing-masing) ke dalamnya. Family aku suka sangat dengan squash orange sunquick, thats why aku tambahkan perisa orange tu so suma boleh minum benda berkhasiat ne. Ada orang yang buat dengan perisa strawberry, campur buah mangga, buah avokado dan sebagainya, ikut kreativiti masing-masinglah. Buah pisang pon boleh. 




seaweed d campur bersama dua sudu besar susu pekat manis




susu pekat manis cap cawan jenama Marigold




perisa oren jenama Sunquick d campur setelah seaweed d gaul dengan 
susu pekat manis.





susu isian sejat juga d campur untuk menambah rasa





masukkan perisa orange secukup rasa. xbyk pon xpa.





inilah rupa bentuk seaweed yg dah d campur




boleh d makan terus dengan air batu. hehe 



     Seaweed yang dah siap d campur segala macam bahan seperti di atas boleh terus d makan begitu sahaja seperti puding atau jeli susu. Tapi bagi aku, dalam bentuk macam ne masih susah tuk aku telan, sebab tuh aku decide blend dulu barulah aku telan sekaligus. hehe. Manatau pas da makan benda ne boleh jadi cantek macam Miss World. wakaka. Kiddin. So, lets shakey shakey.. First of all, masukkan campuran bahan tadi ke dalam mesin pengisar bersama-sama air batu. hikhik. Kemudian, kisar sampai lumat. Xyah campur banyak sangat gula atau susu pekat manis, kang jadi manis sangat dah kurang sihat namanya. ;)




gunakan mesin pengisar yang bersaiz besar so boleh 
blend sekali harung.




air batu letak bebanyak supaya hasilnya cukup sejuk. hehe




lets shake...hehe..




taraa!!...inilah jadinya.




tuang dalam cawan or gelas




milkshake pure marine collagen.


       Sesiapa pun mahu jadi sihat & kelihatan lebih cantik, especially pempuan. hehe. So, cara semulajadi yang paling mudah & xda kesan sampingan adalah dengan mengamalkan pure marine collagen. Buatlah apapun janji boleh masuk dalam tekak korang, insya Allah badan jadi sihat & cantik secara semulajadi. Cehh, dah jadi macam jurucakap produk pun ada gak. Aku senanya xdalah minat sangat nak makan benda ne, tapi mak aku paksa + bapak aku kata kalau mak aku jek yg makan, kang nanti aku nampak lebih tua dari mak aku. Jadi, dengan semangat kental berjiwa kebal, aku pon gigihkan diri tuk makan benda ne tiap hari. hehe. Selamat mencuba. ;)