JellyPages.com

Wednesday, October 31, 2012

Majalah Dah Siap Cetak ??

     Assalamualaikum w.b.t..hai, pagi ne aku excited sangat nak post new entry sebab Majalah Aspirasi UKM dah siap print. Aku dah tengok and tak sabar tuk edarkan dengan suma warga UKM. Phew.. Lega bila tengok artikel yang aku buat menjadi dengan jayanya. Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada semua responden yang sudi mengisi ruang-ruang kosong tuk edisi refleksi aku.hikhik.. 
    
    Aku jadi wartawan untuk slot refleksi untuk MAUKM ke-35, manakala untuk MAUKM ke-34 pulak, aku jadi wartawan slot rencana. Agak bosan sedikit so bila dapat jadi wartawan tuk refleksi ne, tak adalah aku rasa berat sangat. Aku tak nak taip banyak so jum tengok beberapa keping pic part dalam majalah yang sempat aku snap. Masa ne tak edar lagi tau. Anggap jelah sebagai teaser. hehe






This is for cover. ma = Majalah Aspirasi..^^




and of course, pic for sidang redaksi..
mestilah aku spot muka aku kann.hahaha




first article, aktiviti hujung minggu pelajar.




2nd is makanan & minuman segera..




















last but nOt least..resipi mudah..


Kepada semua warga UKM yang berkaitan, jangan lupa dapatkan Majalah Aspirasi UKM sebaik sahaja ia diedarkan. Ada banyak info menarik + pengetahuan am yang kami ingin kongsi bersama anda. Semoga hasil kerja sidang kali ini mampu membuat anda tersenyum. ^^








  

Wednesday, October 24, 2012

Pesta Konvo 2 ?

     Assalamualaikum.. Hai kawang-kawang. Di petang yang hening ne tetiba aku rasa nak taip entry panjang-panjang. Nampak sangat aku takda keja kan. Padahal, assignment berlambak plus tesis yang idea berkaitan dengannya tak kunjung tiba. Yes, minggu ne sangat awesome sebab banyak habiskan masa untuk raikan senior-senior yang sudah grad, di samping melakukan amal jariah yang sangat menggembirakan iaitu membuat sumbangan dalam bentuk wang tunai kepada peniaga-peniaga barang di pesta konvo. Grrrrrrr... Dah terbeli beberapa jenis barang baru kau nak menyesal, tak guna girls..tak guna..


     Tak adalah menyesal. Happy jugak sebenarnya. Act, empat kali aku pegi ke pesta konvo. 1st day dengan Mimie. Masa tuh jejak kaki kejap jak & cuma sempat beli Uncle Bob. Motif aku pegi kesana for the very 1st time is sebab nak jumpa Bell, dea & budak medic laen terlibat dengan health screening di Dewan Gemilang. Aku tak sempat pun nak buat sebab rush nak balek, ada hal yg tak dapat dielakkan. So aku jumpa dea kejap jelah. sob..so..


     2nd day dengan Yatt, Leyli & Faten. Pegi pusing-pusing, tengok barang, beli kasut yang harganya Rm15..hikhik..then beli Uncle Bob + Ice cream. Haiz, engkau ne Myn macam takda benda lain nak beli. Asyik-asyik Uncle Bob. Bukan aku yang nak makan, diorang yang minat sangat ayam gunting pacek Bob tuh. Tak lupa gak Leyli belanja aku eskelim vanila + rOti. Nyummy.







besar gak rotinya. payah den nak abeskan..


     Kali ketiga pulak aku pegi pesta konvo ne berdua dengan Dhiah. Gigih berjalan kaki dari Amin ke DECTAR tuk tengok senior2 yang da selesai majlis konvonya. Pastu dari DECTAR ke Dataran Dewan Gemilang. Aku nak pegi sangat sebab nak jumpa adik aku yg datang dari UIAM. Entah dari ceruk mana tetiba dea pown jual barang kat situ. Memula tuh aku rasa tak boleh pegi dah sebab petang tuh asyik hujan & fobia gak nak kuar sebab sejak kebelakangan ne hujan selalu turun dengan pakej lengkap bersama kilat petir yang sabung menyabung. Takot i. Bila dah reda, barulah kami menggagahkan diri. Masa ne lah aku sebok cari tudung + cotton gown Dhiah sekali. hikhik. Aidijuma kan ada. Dah alang-alang aku kat sini, bek kami snap2 kejap dengan beliau.

     
     Pastu, kali keempat, dengan Dhiah & Ijan. Mula-mula kekononnya nak pegi PTSL, sebab coursemate aku tengah tunggu kat sana. Tetiba masa tengah khusyuk online hadap muka buku, c Ijan send text tanya masa tuh aku ada kelas lagi or tak, boleh tak teman dea pegi pesta konvo, nak beli tudung katanya. Aku dengan kadar kelajuan maksimum 100 huruf per minit..wakaka.. over sangat Myn..mereply text tersebut dengan senang hati bahawasanya aku boleh aja.. Habis kelaut jap plan tuk study tengahari tuh. Laju plak tuh aku besiap.haha.. Aku dah addicted dengan pesta konvo. Maklumlah, barang kegemaran ada kat sana,pastu d jual dengan harga yang murah pulaknya, boleh cuci mata walaupun tak beli. Mana aku tak excited. Dhiah beli kasut and gown untuk sekali lagi. Ijan lakk beli tujuh helai tudung lain-lain warna. Nampak tak pengaruh aku kat situ. 

    
     Yang bestnya lagi, makan Char Kuew Tiow yang sedap bersama ABC rock yang awesome ditambah dengan Cheesecake yang heaven dengan Iceblend yang sangat menyegarkan. Abes senak perut aku derr.. Sampai nak termuntah pon ada gak. Puas hati. Sumanya di beli dengan harga yang berpatutan. Sangat-sangat berbaloi. Bila misi dah selesai, kami pun gerak pulang. Nak ke library ne. Ada buku nak pinjam + coursemate aku dah basi menunggu aku kat situ. Via text memang dea kata tak kisah, tapi sapa tau dalam hatinya kan. Sorrylah bro buat ko menunggu sejam dua. hewhew.. Pesta Konvo dah nak abes dah. Thats why kena pegi cepat. :p





muka hepy sebab dah borong barang..hehe





sempat lagi..





blueberry & chocolate cheese cake..yumyum..





myn..dhiah..ijan..ernie ? sibuk agaknya..




      

     

Monday, October 22, 2012

Pesta Konvo uKm

     Assalamualaikum kawang-kawang..hari ne kira salah satu hari yang paling best sem ne. Sebab tu aku hupdate blog.hehe.ehm2..aku excited sangat sebab dapat pegi ke pesta konvo utk dua hari berturut-turut. Yes,xda apa senanya di pesta konvo ne melainkan pertandingan-pertandingan yang berasaskan hiburan beserta gerai-gerai makanan yang agak menggemukkan serta concept store ala2 pasar malam yang menjual segala macam barang perempuan, kebanyakannya lahh.

     Hari ne aku tetiba rasa nak pegi pesta konvo sebab adik aku datang dari UIAM utk menjual segala macam beg tangan pempuan. Apa yang menariknya ialah aku dapat beli tudung bawal yang dah lama aku nak sangat, tetapi tak berkesempatan utk mencarinya iaitu aj bawal. Honestly aku sangat fanatik dengan bawal, lagi-lagi yang plain. Walaupun agak fanatik, but doesnt mean aku pegi beli semua jenis atau angkat semua kaler yang ada. Aku masih tau memilih. Yang penting bawal yang aku nak beli tuh sesuai utk aku gunakan & kena dengan segala macam baju yg aku ada.

     Junior aku kat kolej yang bagitahu Datin Norjuma ada bukak concept store kat pesta konvo kali ne. Dan kebetulan malam ne she will be there sebab nak bagi tutorial kat adek2 manis yg datang ke concept store aj bawal utk membeli tudung. Yes, aku, adeq aku & Dhiah ada datang beli tudung tapi kami tak tunggu pun tutorial tuh. Pas amik gambar besama datin, kami terus blah. Sebab kami sedar yang kami tak berapa nak manis. Maka dengan itu kami pun segeralah berangkat pulang. Tak adalah, aku dengan Dhiah nak balik cepat sebab keesokan harinya aku ada kelas awal-awal pagi.

     Dhiah nak cari cotton gown, aku plak nak cari tudung bawal so memang ngamlah kami pegi berdua ke sana. Sebelum tu, kami singgah DECTAR uKm dulu tuk jumpa senior-senior yang dah konvo. Alhamdulillah. Happy tengok diorang semua berkonvo. Aku pun ikut excited & sempat gak pinjam jubah orang tuk amik gambar sekali. 






hehe.ne jubah konvo utk Fakulti Sains & Teknologi. 
jubah sebenar fak aku is light blue. 


     Excited sangat pakai jubah ne, apalagi kalau betul-betul pakai jubah FEP nanti.hehe. Awesome! Rasa berkobar-kobar nak study hard datang terus, sebab nak konvo dengan kadar segera. Aamiinn.. Mudah-mudahan Kau permudahkan segalanya utk kami Ya Allah. :')

     Sesudah selesai segala agenda di DECTAR & Masjid uKm, aku & Dhiah pon gerak ke Dewan Gemilang. Tempat dimana berlangsungnya pesta konvo. Dgn semangat jiwa yg kental, kami pon gerak kesana. Jalan kaki ne.. Nampak tak kegigihan kami di situ. 1st of all bila dah sampai, mestilah aku pegi cari adeq aku dulu kan. Bila sampai jak, kami tengok dea tengah bz layan cust.





fyza : semua beg ne the latest fashion tau..hikhik


     Memandangkan dea tengah bz layan cust, aku & Dhiah pon blahla pegi mencari cotton gown yg Dhiah nak sangat tu. Rata-rata orang jual rm35 paling murah, so kami terus mencari manatau lah ada yg jual rm30. Akhirnya kami jumpa jugak. Akak tuh bagi harga rm30 sebab bukan selalu konvo katanya. Aku & Dhiah asyik nak tergelak sebab akak tuh dah salah paham. Kak, saya dengan kawan saya ne tak konvo lagi. Insya Allah, kalau Allah bagi, tahun depan baru kami konvo.hehe. Tapi aku cakap dalam hati jelah. Kalau aku bagitau kang nanti tak jadik dea jual dengan harga rm30. Mekasih kak.





wah..kemain lagi bahagianya dea.




aj bawal kaler biru




bawal plain ne rm7 jak..




model sangat..


     The best part is, begambar dengan tuan empunya concept store. Walaupun tak sempat nak ikuti tutorialnya, aku dah sangat-sangat berpuas hati.




adek aku excited sangat.dea yg mntak nak begambar dlu dgn datin





she's too friendly




auwwhh...do create new design for me.over lakk.


Bila dah penat berjalan-jalan dan terus berjalan, maka dengan itu kami pun singgah makan.




muka ceria + kelaparan




laksa, nasik ayam madu, blueberry cheese cake & chocolate cheese cake
yummy..alhamdulillah..kenyang jugak akhirnya.






  

     

Thursday, October 11, 2012

Long Journey

     Assalamualaikum w.b.t..hari yang sangat memenatkan dan stress selepas sahaja taklimat berkaitan dengan latihan industri atau nama glamournya, practical berlangsung. Dahla tertekan dengan tesis, tak habis yang tuh, L.I pulakk. Dah nasib badan Myn, final year kann.. Sapa suh ko tak ready awal2. Baru ko tau sendiri cemana rasanya. 

     Seksa gak. huhuhu. Nak abes cepat tapi cabarannya makkaii.. Tuhan jelah yang tahu. Aku memang da decide since sem lepas lagi bahawasanya final year ne takkan ada masalah lain yang akan menyemak dalam scheduled seharianku. Fullstop. Muktamad. No compromy. Tapi lain jadinya. Kita hanya mampu merancang tetapi Tuhan yang menentukan. Umur aku baru 22 tahun, masih muda lagi. Jauh lagi perjalanan so aku rasa aku tak patut hadap masalah-masalah yang tak masuk di akal dalam jangka masa terdekat ne. Tapi itulah yang berlaku.

     Aku tak pastilah pulak if masalah yang sangat mengganggu aku sekarang ne perkara normal ataupun tidak. Honestly aku tertekan yang amat sangat. Masa nak ngadu kat mak aku, dea da tido. Asal aku call, mesti dah tdo atau tengah tdo. Hurmm..ko takyah bising2lah Myn, sapa suh ko call dea malam2 buta macam ne. pastu nak ngadu kat kawan aku tak reti sangat, mesti creta lain yang kuar. Gossiping manjang. Alahai nasib. Sedih sungguh.  

     Tahun ne memang tahun yang pelik untuk aku. Sebab dalam tahun ne jak ada tiga orang lelaki yang lamar aku tuk berkahwin. Kalaulah aku tak study kat uKm ne, rasanya since pertengahan tahun lagi aku dah jadi isteri orang. Aku tak tahu dugaan macamana yang aku dapat ne. Rasa tertekan kot. Bukannya happy. Yes i know i was in final year rite now, but it doesnt mean i want to start a marriage life after graduation ( kecuali dgn pujaan hati la..hakhak ). Sakit hati aku tau suka-suki diorang jak mau rancang masa depan aku pasne. 

     Seriously i cant take it anymore. Sebab stress aku migrain, tak pegi kelas seharian pastu otw demam sekarang ne. Tak cukup dengan tekanan yang aku dapat dari akt seharian d uKm, masalah lain pula yang datang menghimpit sama. Almost setiap hari memikirkan benda yang ne. Kalau mak bapak aku tau, nanti diorg salah faham lakk. Aku kesini tuk stadi weyh, bukan cari jodoh. If jodoh tu muncul dari sini, itu ketentuan Tuhan. Tapi seriously aku takda niat tu pun. 

     Lamar ari ne, tunang awal tahun depan, then kata kahwin lagi setahun dua,haiz..pening aku di buatnya. Please, dont you ever try to ruin ma plan. Sangat berterima kasih & menghargai kerana anda sudi menjadikan saya sebagai suri hidup anda tapi saya tak bersedia, tambahan pula, anda-anda bukan pilihan hati saya. Mohon mengerti. Ayat tak boleh blahh dari aku tapi aku serius. Kat blog ne jelah aku boleh luahkan isi hati & perasaanku. Sebab aku tak perlu cakap, taip jek. Kalau nak cakap, payah dude. Takkannya kuar dari mulutku ne.

     Doakan jelah kebaikan tuk aku ep. Terutama sekali berkaitan tesis, mid+final exam ku & practical ku sem depan. Insya Allah i'll do my best. Dah meroyan sorang-sorang ne, lapar lakk. Teringin sangat nak makan beger bakar. wuwuwuwuwu~




mana nak cari tgh2 malam buta ne.. T_T