JellyPages.com

Wednesday, September 26, 2012

Hujung Minggu yg Agak Padat..

     Hai..Rajin pulak aku update blog hari ne kan. Macam takda keja laen padahal esainmen berlambak. Laen lagi kena buat poposal baru tuk tajuk baru tesis. Hisy, malas aku nak fikir, tak nak tensikan kepala hotak aku yg sedia serabut ne. Ehm..ehm..tanak membebel panjang-panjang. Aku just nak creta sal ujung minggu yg agak menyeronokkan walaupun dibebani dengan macam-macam 'masalah'. 

     Senanya dah dua minggu berturut-turut aku balek ke ruma macik aku kat Melaka. Baru-baru ne befday anak buah kazen aku & suma orang busy nak bantu buat birthday party si budak kecik sorang ne. Termasuklah aku. Bukan selalu aku dapat join befday party bebudak kecik kan, so kali ne aku pon take part lahh. Sayangnya tak banyak sangat aku snap pic sebab sangat-sangat sibuk. Maklumlah, orang pempuan kena tolong serba banyak kat dapur, tak dapatlah aku jadi pemerhati yg boleh snap sweetoo2 moment sepanjang mejelis tuh berlangsung. 

     Yang pasti, masa ne aku jadi salah sorang pembantu ketua chef d dapur, salah sorang petugas goodies, juga salah sorang baby sitter. Haa..lupa lakk.. Waiter sepanjang party. Aku hampir lupa yg aku dah agak tua nak bersuka ria dengan bebudak suma. So, tak jadilah bersedih sebab tak dapat join sukaneka yg dibuat khas tuk bebudak 12 tahun kebawah hari tu. Bila ada befday party mestilah ada hadiah kan. Serabut gak otak fikir mau kasi apa dengan budak umur setahun ne, yg payahnya budak lelaki plak. Baju ? Seluar ? Kompom pakai kejap jek sebab bebudak kecik macam ne cepat sangat membesar, baru dua tiga bulan berlalu, dah tak muat sana sini.

     Memandangkan dea dah setahun, baek aku belikan buku mengenal huruf + perkataan sekali. Insya Allah cepatlah dea belajar bertutur & mengeja nanti. kan..kan..demi masa depan, aku pon nekadlah g beli buku spesies macam tu. Cari yg saiz agak kecil sikit so senang mak bapak dea nak bawak kemana-mana. Bolehla budak tuh hadap buku sepanjang masa. hehe..clever tak aku ? 
werkk..werkk.. Aku rasa buku tak berapa nak cukup so aku g cari gak frame gambar. Bolehla mak dea letak gambar dea genap setahun kat dalam frame tu macam mak aku buat kat aku dulu. Bila dah besar panjang macam ne boleh hadap gambar masa muda-muda tu sambil cakap dalam hati, 'alahai..comelnya aku dulu. Apsal la sekarang ne xberapa nak comel'. Hikmahnya, dah tua-tua macam ne bolehla muhasabah diri sikit.hakhakhak.

    Dah excited beli adiah, aku terlupa lakk nak beli pembalutnya. Aduiyai. Takkan ko nak bagi bulat-bulat macam tu jak Myn. Hisy, malu seyh. Dah sampai umah macik aku kat Melaka baru terengat. Bagus betul. Aku pegilah tanya macik aku kat umahnya ne ada tak stok pembalut hadiah, dea suh aku tengok kat stor. Ada beg doorgift jelah. Pembalut takda. Terpaksalah aku perah otak guna barangan terpakai. Ne suma tak tau macik aku dapat dari mejelis memana. Kalau dah doorgift, mestilah takda pic kekatun kann. Suma corak-corak bunga rampai. Belasah jelah Myn, klu tak malu kau nanti bagi adiah dgn beg plastiknya sekali.





inilah hasilnya selepas bertungkus lumus mencari beg doorgift yg sesuai.



riben ne aku rembat jak dr stor.
and..Aminah Hasan uKm is ma trademark so kazen2 xkonpius.

      Last but not least, pic adeq sepupu aku yg aku jaga kejap. If aku tak pegang dea, kompom makcik aku yg lagi sorang tak boleh makan langsung. Budak ne hyperactive tahap cipan. Kejap-kejap dah hilang, kejap lagi dah entah apa d buatnya.



adek sepupu aku yg baru setahun lebih.




haa..duk diam-diam makan eskelim ne.


Tuesday, September 25, 2012

Men Masak - Masak

     Assalamualaikum w.b.t....Ari ne aku update lagi sebab ada masa sikit memandangkan kelas abes awal.hehe. Senanya, aku ada presentation kat kelas ari ne. Xsangka Prof abeskan kelas awal pas dea dah explain serba sedikit yg dea xpuas hati masa aku ngan team aku present petang tadi. Suka sangat bila kelas abes awal. Mana taknya, dah aku sorang jek yg ada kelas petang ari ne. Kenkawan laen suma ada yg kelas d tangguh memandangkan hari ne hari uKm mengundi, and ada yg memang xda kelas langsung.

     Aku bukannya nak creta sal undi pro-Aspirasi or pro-GM kat entry ne,tapi sal kejadian hari ne. Pagi tadi, tepat kul8.15, aku ngan Dhiah dah gerak g foyer utk mengundi. Kami berdua turun awal bukan sebab semangat berkobar-kobar tuk mengundi, tapi sebab semangat nak jadi pengundi terawal. Kekononnya, sapa yg turun awal utk mengundi, kompom dapat hamper pastu dapat tuntut kad siswa gak. Bestnya, kami berdua memang dapat hamper tapi yg tak bestnya, kad siswa xda lagi. Maybe lambat sikit barulah dapat. Sedehh wOo.. Aku dah excited gila nak dapatkan kad tu, siap sedia space lagi tuk kad tuh dalam purse aku.hahaha.. And as always, begambar tuh wajib hadirin sekalian..





yeay..dapat hamper free. pic agak kabur sikit..




aku, Etty & Asmak..




once again memandangkan pic sebelumnya agak gelap.hehe




     Tapi kad siswa tak ada lagi. Sabar jelah Myn, Dhiah.. Nanti kamu dapatlah kan. Pas balek dari mengundi, aku ngan Dhiah terus balek bilik and buat preparation tuk masak. Kami dah plan awal-awal nak masak memandangkan cuti setengah hari bersempena mengundi.hewhew. As usual, mestilah aku ajak Ernie & Ijan, Mimie pon ada sekali. Senanya, sejak kebelakangan ne banyak sangat plan yg aku buat utk kenkawan. Sejak peristiwa Ijan terlibat dengan kemalangan hari tuh, aku dah semakin menghargai kawan-kawan yg ada di sekeliling. Aku takut sangat if kehilangan diorang memandangkan kawan-kawan adalah salah satu orang terpenting dalam hidup aku. Supaya tak menyesal, aku cuba habiskan masa sebanyak mungkin dengan diorang suma.

     Menu utama hari ne is ayam masak merah. Agaknya mesti diorang dah bosan dengan menu aku. Asyik-asyik ayam masak merah, ko tak bosan keeww Myn..hahaha. Dah bahan tuk menu tu jak yg ada, so, aku masak saklah yg tuh. Next tym kita buat la yg laen ep. Tomyam ka, spageti ka, tak pun masak asam pedas,haiz..macam-macam lagilah. =.=





ayam masak merah hasil air tangan aku & Dhiah




sayur ne Dhiah yg masak. yummy..



ne pun Dhiah gak.hehe..




simple tapi mengenyangkan so ari ne xyah 
g kafe beli makanan.


     Aku tak sure sama ada ok or tak, tapi diorang cakap ok, means oklah. Hari ne aku masak sambil pegang nota, maklumlah, ada presentation, tak dapat nak fokus sangat. Nasib bek Dhiah ada. Janji aku & Dhiah masak seikhlas hati tuk kenkawan makan. Bila makan sesama diorang & tengok diorang makan sampai habis, hati pun rasa senang. Aku pun ikut kenyang sekali even makan sikit jak. Bukan aku bajet diet tapi petang ari ne kan aku ada presentation, so tengahari tu aku dah mula neves sampaikan selera makan pon dah hilang. Walaupun kejap, janji dapat gathering..kan..kan.. Pasne, plan yg seterusnya pulak akan dijalankan dengan jayanya. Hopefully takda halangan.



Thursday, September 20, 2012

frEe nOtE bOok yaNg aKu dapat

     Assalamualaikum w.bt.. Hari ne aku update blog lagi. hikhik..dalam kesibukan awal-awal sem ne sempat gak aku amik sedikit masa tuk update. Jadi dak 3rd year ne payah gak rupanya. Busy memanjang starting from 1st week lagi. Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi, setelah berhempas pulas dua tahun d uKm, akhirnya aku jadi gak budak final year. Semester 1 sesi 2012/2013 ne insya Allah merupakan last sem aku d uKm.huhuhu.. Terharu banget. Cepat jak masa berlalu, aku dah jadi final year student. Sem ne buat thesis, insya Allah sem depan pegi practical. Ya Allah ya Tuhanku, permudahkanlah segalanya.. Aamiinn..

    Sebenarnya aku update blog hari ne bukan nak creta sal tahun akhir, tapi nak cerita sal kejadian hari ne. Hari ne aku sangat berbangga sebab buat julung-julung kalinya aku fokus 100% dalam kelas. Xda langsung berangan & online mcm ari2 sebelum ne. Hehe.. Menguap pon xda. Cayalah Myn.. Siap salin nota slide lec d depan lagi. Bravo..bravo..padahal aku sebok g salin sebab nota tuh xda dalam ifolio. If xda, cemana aku nak buat ulangkaji nanti. Haiz.. Tengah asyik salin nota, aku terselak bahagian depan buku nota aku tuh. And aku terbaca something yang d tulis oleh someone yang aku xdapat kenalpasti sapakah gerangannya. Betul-betul mengejutkan. huh..

    Jeng..jeng..jeng.. Sapa punya keja ne ?? Aku geram gak apsal aku boleh tak perasan ada orang yang conteng buku aku. Permanent plak tuh. Xnak aku padam guna liquid paper. Mencemar duli. hikhik. Tapi apa yang orang tuh tulis sangat berpotensi buat standard aku tergugat. Betul-betul buat aku hilang tumpuan kejap. Bunyi ayatnya, " Aminah kedekut, guna buku free!!! ".. Makaiii.. Suka hati jek cop aku kedekut. Aku bukanlah kedekut.hehe. Cuma gunakan jelah buku nota yang aku dapat free tuh kan. Daripada membazir g beli baru, bek guna yang ada. X gitu ? 

    Tak laen tak bukan aku suspek c Ernie Sulastrie Sumansor. Jaga ko yah macik, dengan ko sak tuh aku lepak minggu lalu ( dalam kelaslah ). Lagipun tulisan tuh lebih kurang tulisanmu. Haiz, ka aku patut antar buku ne p Forensik, bear dorang d sana tuh siasat sapa yang buat. =.= 






nampak tak ? sampai ati kan dea kata aku kedekut..
sob..sob..





tak jelas sangat pic ne, maklumlah, guna fon jak.





haa..inilah dea buku free yang aku dapat dari uKm CESMED tu.
nak tau apa tuh uKm CESMED ? google sendiri.




Friday, September 14, 2012

Lepaking ?

      Assalamualaikum w.b.t.. Hari ne ari Jumaat, bersamaan 14 haribulan September, means..lima ari lagi, befday someone which is important in ma life akan menyusul. Tapi, xtau nak buat apa, maybe aku wish jelah macam besa. Bila dah jumpa nanti, barulah bagi surprise + present..hehe.. Omey..omey.. 

    Senanya aku update blog ari ne bukan nak ceta sal befday someone tuh. Nak ceta sal gathering dengan kawan-kawan aku. Kekononnya yg akan datang ada lima orang termasuk aku, last2, bertiga jaklah.huhu. Hampeh betul. Yang muncul cuma aku, Dhiah ngan Ijan. Dua orang lagi ada hal. Bizi sikit. Maklumlah diorg kan 'board director of uKm'. Sebab tuh susah nak muncul. Bizi manjang.

     Ehm2, senanya pejumpaan petang ne bersempena kepulangan Cik Sarizan Sabari ke uKm setelah berehat selama satu sem. Arituh dea terlibat ngan eksiden so dea tangguh jap. Tunggu punya tunggu, Cik Ernie Sulastrie xda gak respon, Encik Dayat Rahmat plak ada keja. Haiz, tym kami xcari ada jak muncul, masa begini, xda plak kamu kann..  Xpalah..banyak lagi masa. Banyak la sangat, sem ne bizi dengan thesis..huhuhu.. Sem depan insya Allah klu xda halangan, aku g prektikel dah. Mohon minggu2 akan datang korang dah tak bizi. Aku ne, insya Allah dah xbizi sangat coz aku dah 'bersara', nak tumpu ngan final year la katakan. So harap2 dapat luangkan masa sesama lagi. Cett..ayat xbolehh blahh.

     Happy sangat coz dapat jumpa Ijan. Terjawab gak suma persoalan sebelum2 ne. Aku ngan Dhiah memang lega gilaa sebab dah nampak keadaanny yg sudah pulih tu. Sudah mampu senyum macam besa, alhamdulillah. Berkat doa semua orang akhirnya dea pulih. Katanya last operation arituh doktor masukkan tiga skru.huhu.. Seram sejuk aku dengar dea bercreta. Xpalah, janji skru tuh makesure skull ko melekat d tempat asalny ya Jann..

     Ada gak certain matter yg dea xengat, tapi xpa. Janji dea kenal aku, dea kenal gak Dhiah. hehe.. Itu yang paling penting. Lepas lepak sejam lebih d kiosk fak aku, sambil minum petang, kami pun gerak g PTSL, Ijan nak pinjam buku. Agak tercabar di situ yah, 1st week dah g lebry pinjam buku. makkaiii.. Pas da settle kat lebry, kami gerak g pusan. Kekonon nak cuci mata dengan barang2 yg banyak d jual, bila dah sampai pusan, satu apa pun xda. Agaknya kami xd benarkan 'ter' beli barang. Suma dah kemas bersih. =.= Geram jak rasa. Aku dah semangat nak tunjuk kat diorang tempat jual tudung. Ciss.. 

     Dah xda apa nak buat, kami pun baleklah. Before balek tuh aku dah mintak diorang xbizikan diri ujung minggu yg akan datang coz aku nak bawak diorang g Melaka jenjalan. Mohon masa tuh suma ada. Plan ne since 1st year lagi d bincang2, tapi sampai sekarang xd buat2.huhu. Harap2 menjadilah kali ne. Kali ne jak..pleaseee...hewhew.. Jomlah kta g Melaka cuti2 Malaysia. hikhik..






Dhiah.. xda pic penuh coz dea xska masuk pic dlm tnet




mampu ? huhu..psiko abes aku oleh c Ijan




pic lama aku, cik ernie & Ijan..masa ne aku & Ernie msh 1st year lg.
hehe..juniOr tegar..




     
     

Saturday, September 1, 2012

Aku & RM 3...


     Assalamualaikum.. Hari ne aku update blog lagi memandangkan ada masa free skit.  Entahlah raya tahun ne macam2 kejadian yg berlaku. Salah satu darinya, duit raya yg aku ada dapat. Aku dah besar panjang dude.. memanglah aku masih student tapi yg ne memang xboleh blah. Baru-baru ne aku pegi satu open house, member kepada kazen aku. Dah xda keja,aku joinlah dea ngan kenkawannya pegi beraya. Dah puas makan suma, kitaorg pon besiap2 nak balek umah. Almaklumlah, perut dah kenyang. Pastu, tetiba masa tuan umah d bagitau yg kitaorg ne dah nak balek, mokcik tu pon hulur la tangan. Nak ktaorg salam & cium lettew..hikhik..


     Aku pon dengan sopan santunnya berbaris macam yg laen tunggu giliran nak salam dea. Tak sabar nak balek ne. Aku dah rimas kepanasan dengan baju kurung yg memang mengurung. Tak sabar-sabar nak balek rumah. Aku tak sangka mokcik tuh bagi duit raya kat aku mcm bebudak yg laen. Aku ne senanya g beraya dengan bebudak form 3 yang umurnya 15 tahun. Aku sorang 22 tahun. Jauh lahh bezanya!!


     Mokcik tuh bagi bebudak tu RM3.. Setahu aku, kalau aku beraya, memang xdanya mokcik2 nak bagi duit, sebab dah tua. Tapi mokcik ne laen, dea bagi gak aku RM3.. Terharu weyh.. Rasa nak nanges jak..haha... Maybe mokcik tuh engatkan aku sebaya dengan diorang, tak pun tua setahun dua dari diorang. Awet muda lahh katakan.hahaha..  Aku terharu sampai ke rumah. Rasanya macam semua aku nak bagitahu aku dapat duit raya RM3. Korang paham tak maksud aku kat situ, means muka aku memang muka bebudak.haha.. Puas hati weyh.. Maintain muda..muda..muda..hahahahaha..


     Disebabkan aku excited sangat dengan duit sebanyak RM3 tu, esoknya aku ikut lagi diorang g beraya. Kalau bapak aku tau, mesti dea pengsan. Anak dea yg paling tua g beraya dengan bebudak kecik. Pastu bukan setakat RM3 aku dapat, RM2 pun ada.hahaha.. Excited gila. Aku kembali ke zaman kanak2. Puas hati aku. Entah brapa banyak rumah aku pegi satu pun xsyak yg aku ne dah lebih had umur. Tak patut betul ko ne Myn. Puih..puih..


     Dah tak larat nak join diorang pegi beraya, aku balek dulu memandangkan umah dah dekat. Penat nak mampus ikut diorg ne pegi beraya. Before aku balek, kenkawan adik sepupu aku pun tanya umur aku berapa, sebab diorang tak tahu. Aku bagitau lah 22 tahun, sekolah kat UKM. Wakakaka.. Terkejut beruk bebudak tuh. Diorang engatkan aku form 5, aik, melampau ne.hehe.. Sebab dah 22 tahun la aku cepat penat wahai bebudak. Aku dah pencen dah g beraya jauh2 sampai 10 buah ruma and plus plus dengan bejalan kaki ne. Akak balek dululah ea.. Hasil mahsul duit raya yg akak dapat tu nak masukkan dalam tabung. Untuk jaminan masa depan lahh katakan. Wakaka..




Me & ma kazen. Amy, 15 tahun, still single. 
Sapa2 nak kenal ngan dea sila pM i ok.hewhew