JellyPages.com

Monday, November 26, 2012

Student Life..

     Assalamualaikum w.b.t & the very good evening kawan-kawan. Masuk ne dah dua kali aku update blog untuk hari ini. haha. Bukan tak busy, sangat busy tapi tetap jugak nak update sebab stress hOii..sob..sob.. Stress gilaa hari ne. Tak tahu mana nak mula tapi tuhla, aku memang stress. hahaha.


     Aku akui, memang sem ne sangatlah berat. Empat subjek major ditambah dengan tesis. Makkaaiii.. Hari tuh aku decide xnak anggap susah, xnak stress sebab kena think positive. Akan tetapi akhirnya aku tewas jugak. Serius stress woo.. Ntah bapa banyak kali dah aku mensi pekataan stress. haha. Assignment berlambak. Pastu suma nak kena cari data and buat analisis data. Aku anti gilaa dengan analisis data bagai ne. Hisy. Apsal lahh suma prof nak aku buat analisis data. Suruhlah buat laen. Aigooo...

     
     Okayy, senanya petang tadi aku baru tahu secara official yg aku dah dilantik as Editor Pengurusan II untuk Sidang Redaksi MA'UKM ke 36. Berat derr. Aku tengok ada dah tercatat dalam surat suma tuh. Nampaknya habislah no.fon ku bersepah sana sini atas urusan rasmi. Tapi xpa, manatau no.fon ku sampai ke tangan menteri.hikhik.. Ada gak job sikit. kewkewkew..


     Petang tadi aku kena g hantar esainmen, tapi prof xda kat pejabat so aku hantar g pusat ekonomi. Tu baru satu, ada empat lagi tak settle. Part hantar memang da settle derr, tapi yg tak bestnya kena present. Slide tak buat lagi ne. Esainmen pB lagi satu hal, nak video, pic bagai. Haiz, kalau takat nak video dari youtube aku tak kisah, lebih 10 aku sorong kat lecturer. Ini, dea nak video dari skola pedalaman d Sabah. huhu.. help..help..seriously help..!


     Dah puas membebel sal esainmen. Aku nak cakap sal Redaksi lak. Aku puas hati sebab tugasan pertama dari big boss berjaya aku buat. hehe. Banyak lagi aku kena belajar, macamana dengan flow dan sebagainya. Rabu ne 1st meeting, aku dah tempah tempat and dinner. Esok lusa aku tak tau apa pulak yang aku kena tempah. Apa-apa hal, aku akan usahakan yg terbaik. Bak kata Mr Boss baru, kena pandai bezakan antara peribadi dan keja. No prob dude. I know what to do.hehe. Pastu aku kena make list dengan sapa aku kena keja, dengan sapa aku kena deal. Aku bukan jenis yg serius time keja senanya, tapi sorang yg sangat suka main. Sumpah orang len akan fedup bila keja dengan aku. Tapi jangan risau, sebab keja aku siap. hehe


     Fuh, lega jugak sikit pas membebel serba sedikit d blog ne. Sebelum tu, aku nak tunjuk pic biskut dari Sri Lanka. Ni kira ole-ole kedua dari Sri Lanka. Biskut cokolett ala-ala Chipsmore, jangan salah paham, as usual, Chipsmore lagi sedap. Biskut ne halal. Jangan risau okey. ^^







Bila Rajinku Ada..

     Assalamualaikum w.b.t & selamat pagi uolls. Syukur alhamdulillah sebab pagi Isnin kali ne cuaca sangatlah awesome, cerah & sangatlah menenangkan. Kalau basuh baju, kompom kain kering sebab cuaca elok. Mesti tengahari nanti panas terik. haha. Takda aktiviti laen ka Myn ko nak cadangkan selain daripada basuh baju pagi-pagi ne. Okayy..okayy..kalau pegi joging dalam pukul 7 macam tu, mesti best. Semua peluh kuar. =.=


     Dulu, masa aku kecik-kecik, mak aku selalu bebel, selalu bagi nasihat & ajar aku dengan adik beradik yang lain tuk bangun awal pagi. Katanya, kalau kita rajin bangun awal pagi, insya Allah rezeki akan dipermudahkan. Mudah-mudahanlah kan. Lagi-lagi tuk pempuan macam aku, sepatutnya bangun awal-awal pagi, bukannya matahari dah tegak baru nak bangun. Kena tolong buat keja kemas ruma bagai, macam tuh la lebih kurang mak aku bebelkan. 


     Honestly, dulu aku rasa annoying gilaa bila mak aku bebel. And tipulah kalau masa tu tak susah nak bangun pagi. Liat oOo.. Tapi lama-lama, bila dah biasa, takda masalah dah. Jadi habit sampai sekarang. Even tidur lewat sekalipun, tetap gak bangun awal pagi. Pastu nanti dalam pukul 10 pagi macam tu aku mengantuk, lagi-lagi bila dalam kelas. Sabar jelah cikgu-cikgu masa zaman skola dulu hadap aku yg selalu tersengguk-sengguk. Dahlah duduk depan sekali, tak malu plak tidur kat situ jugak. Sekarang pon macam tu, bila dah pukul10.30 ke atas, mulalah aku hilang fokus and cari port tuk tidur dalam bilik kuliah. Sebab tuh kita selalu di nasihatkan tidur awal. Sekurang-kurangnya 6 jam..


     Tapi tak semestinya guwa bangun awal tiap hari derr. Ada jugak terlajak sampai ke pukul 9 and pukul 10 macam tu. Ne berlaku dalam minggu-minggu exam & minggu hantar esainmen. Tidur pukul 3 atau 4 pagi, memang gagahla derr kalau aku bangun awal. Kekonon gigih setadi atau beresainmen lah kan tidur lewat macam tu, padahal tweeting & facebooking memanjang jak kejaku. 


     Senanya, aku update entry awal-awal pagi ne bukan nak cerita sal bangun awal pagi. Dah lari topik ne. hehe. Aku nak share menu breakfastku & kawan-kawan d blok kesayangan kami ne. Konsep blok ne senanya macam rumah, ada bilik, ruang menonton tv, ruang dapur dimana ada pantri & peti sejuk plus mesin basuh yg kami beli sendiri. Mesin basuh tu kami beli by sharing is caring. Kat blok ne ada 16 orang semuanya. Memandangkan kami semua stay sini almost two years, maka dengan itu hubungan kami sangatlah akrab. Cehh..sweet gitu. 


     Apa-apa yang ada, semua kami share. So, bila rajinku datang, maka dengan itu, awal-awal pagi lagi aku dah sedia breakfast. Ikutlah apa yg ada. Macam hari ne, ada nasi lebih dari semalam, ada mini pau kat dalam peti sejuk plus, roti gardenia pon ada. Aku pon rajinkan dirilah g buat roti bakar, goreng nasik & kukus pau. Aku bukan apa, kesian kat kawan-kawan seblok yang ada exam sepanjang minggu ne. Awal pagi plak tu, mestilah kena take breakfast kan. Rajin sangat kau Myn, padahal esainmen belom siap. Anggap jelah aku tengah warm up sebelum mula mencari idea-idea bernas bagi menyiapkan esainmenku. 


     Sambil buat tu, mestilah aku sambil ngap kan. hahaha. Lapar derr awal-awal pagi ne. Lagi-lagi pas gigih perah otak semalam. Pastu demi esainmen tercinta, aku sanggup deactivate facebook tuk seminggu tau. Bukan apa, honestly, aku memang kaki online. Aku tak suka chat atau ym, tapi aku mesti online jugak. Bukak fB, bukak yahoo.. Hadap berita semasa ( coz nak tau update sal hutang negara ), hadap Beautifulnara gak.haha. Sebab kat BN ada banyak creta-creta sal artis. Picture diorang yg cantik-cantik belaka tu pon banyak. Aku kan suka tengok pempuan cantik. hehe.


     Once again, topik lari jauh menyimpang. Sebelum korang termuntah dengan karangan esei berjela-jela. Jom tengok pic menu sarapan pagi yg kami pernah usahakan selama ne. hakhak. Ayat DBP derr. Dewan Bahasa dan Pustaka sangat.




mini pau, isi dea yam. sedap oOo.. jenama First Choice. 
banyak d Giant.haha




roti bakar & mini pau tuk pagi ari ne. pic nasik goreng aku 
xsempat amik derr. simple jak kan. student life gitu.




mini pau kacang merah




nata de coco perisa mangga. bagus tuk usus derr. 





yang ne chipsmore..kejap ada kejap xda.haha

Sunday, November 25, 2012

Outing Geng Development..

     Assalamualaikum wbt.. Hai semorang. Once again, aku update entry. hehe. Semangat nak update setelah bertungkus lumus mengumpul gambar outing semalam yg bertempat di KFC Metropoint Kajang, Alamanda Putrajaya and Perantau Hill sebelum balik uKm.


   Okayy, sebenarnya ini outing budak major aku for the very first time. Ada ramai lagi tapi tak semua dapat join. So sad, tapi xpa. Bak kata Lizza, even tak sampai lima orang, kena pegi jugak. Kita dah final sem ok! Sem depan tak jumpa dah. Mari kita enjoy! 


    Actually, kak Mira yg cadangkan kuar ramai2 ne, sebaik sahaja kuliah subjek Ekonomi bandar & Wilayah habis hari tu. Masa tu kami makan d kiosk FEP ramai-ramai. Bersesak d bawah pondok yg sangat sempit. Akan tetapi, tidak mengapa, demi mengeratkan lagi silaturrahim antara kami, kami gagahi jugak.hehe. Ayat skema! Agak-agak DBP nak tak amik aku keja dengan diorang.. =_=


    Pada hari Jumaat, bersamaan 23 haribulan November 2012, pukul 2.30 petang, kami berkumpul di bus stop Amin depan FEP. Strategik kan bustop tu, terletak betul-betul di tengah2 antara fakultiku dan juga kolejku. hehe. Ehm2, aku lewat tiba d tempat yg dijanjikan sebab aku ada urusan d JPPel uKm + pejabat pos petang tu jugak. Aku kena tempah bilik HEP tuk meeting kali pertama Sidang Redaksi ke-36. Aik Myn, bukankah kau dah bersara. Kata Sidang ke-35 arituh last. No derr.. Aku join semula, terpaksa lupakan hasrat tersebut. Hal ini kerana aku kena join jugak.sob..sob.. Tak boleh nak kata apa dah.


    Setelah selesai berurusan, maka aku pun gerak ke sana. Kebetulan jumpa Daus yg tengah park keta d depan PTSL ( laluan wajibku ), aku pon naik ke keretanya selepas dea pelawa. Malu derr klu aku men naik jek tapi dea xpelawa. Kami pon g amik gadis2 ayu yg sedang menunggu d bus stop. Bila Din sudah sampai dengan ketanya, kami pon gerak ke Metropoint Kajang. Act, plan awal, kami suma nak men bowling di Metropoint, tapi plan lari sikit bila semua decide nak g tgk wayang sekali d Alamanda. Karoks wajiblah kenn..





happy..


    Aku dah text Ryan, suh dea g Metropoint dulu then kami pon gerak kesana. Sampai sana suma setuju nak makan kepsi. Aku memang xmakanlah sbb aku dah lunch. Senak perut derr. Maka dengan itu, aku beli cheezywedges dgn coleslaw sahaja. Tu pon payah aku nak habiskan. Selesai makan & snap-snap.. Lets GONE..hahaha..




Semua orang ada kecuali aku..









topik apa ntah..



    Sampai Alamanda, aku & Lizza pegi beli tiket muvie sementara yg laen pegi menunaikan kewajipan masing-masing. Pastu, kami g survey pulak Ampang Superbowl. Hari ne ari Jumaat tapi, penuh macam weekend. Cemana nak maen. Ceh.. Bila suma dah berkumpul, kami pon decide tuk berpecah sebelum g tengok wayang. Aku, Lizza, Teha, Kak Mira & Aida g karoks, Ernie, Ryan, Daus & Din g men bowling. Sebab klu buat sekali harung takut xsempat derr.










    Karoks sejam ? Huh. Kalau diikutkan memang tak cukup, tapi nak buat macamana kan. Aku xnak balek lewat. Esoknya banyak keja nak buat. By the way, its really awesome sebab dapat kuar dengan diorang. Sayang kamu semua ketat-ketat, sendat-sendat..hehe..

Saturday, November 24, 2012

L.R.H

      Assalamualaikum wbt..Hai semorang. Hope korang sihat walafiat sentiasa. Senanya malam ne aku tak free tapi still nak update entry. Pas buat 'girlstalk' dengan Lizza (my coursemate), tetiba rasa nak buat luahan rasa hati. Aku tak tahu nak cakap apa sebenarnya sebab aku bukanlah sorang yang senang nak cakap atau luahkan apa yang aku rasa dalam hati. Cet, ayat memualkanlah Myn, jiwang karatss. Tapi aku usahakan jugak tuk cakap.


     Perasaan ne satu perkara yang subjektif, payah nak di paham, payah nak dibincangkan, payah nak dispesifikasikan dan macam-macam payah lagilah. Tengok kan, laen yg aku nak sampaikan, laen pulak yg aku taip. Nampak sangat dah lari topik. Aku memang sorang yg tak pandai nak luahkan perasaan. Okayy, tarik nafas, hembus Myn. Tarik then hembus lagi. You should start with something yg boleh buat kau mula bercakap. 


    Honestly, sebagai manusia normal, lagi-lagi sebagai seorang perempuan yang berhati lembut, aku ada sayang, suka, minat dan yg sewaktu dengannya kepada someone yg bergelar lelaki. Mulanya i dont even care about him langsung. Tak pernah terlintas tuk jatuh suka, jatuh hati, atau jatuh tangga dengan dea, but who knows kan, Allah yang tentukan segalanya. He said something to me, then, it makes me opened my heart for him tanpa sedar. 


     Sekarang ne, even ada banyak dugaan, aku cuba jugak tuk tunggu dea, sebab dea dah buat aku berharap dengan dea. So...dear Mr crush, please dont hurt me. Tell me if you dont want me so i can move on. Theres too many  choices, but you're the one. Seriously. I'll wait for you. I know that am not good enough for u but i'll try to fix my self, I'll try my best...

     Ne jelah yg mampu aku luahkan.huhu. Okayy, tetiba rasa nak karoks and nyanyi lagu BCL . 






Gambar hiasan semata-mata.




  

       
    

Monday, November 12, 2012

Aku Dia Dan Tong Sampah sangat AwesOme!

  
       Assalamualaikum w.b.t.. Hye guys..i mean boys & girls.. Bukan hanya kepada kawan-kawan lelaki semata-mata. Tujuan saya up new entry pagi-pagi buta macam ne sebab nak share dengan semorang tentang telemovie aku, dia & tong sampah. Ok guys, actually aku tak pasti telemuvie ne published kat mana. Sama ada tv3, ntv7, tv9, astroria or else. Tetapi...I've found it from youtube. Sinopsisnya, serba sedikit yang aku boleh bagi...ehm2.. Mengisahkan tentang Sharnaz & Amir dimana masing-masing telah..dumped by their soulmate. hurmm.. 


     And yang menariknya, diorang terjumpa atau terserempak atau sebagainya di tong sampah yang terletak di kawasan perumahan diorang. Masa tuh masing-masing nak buang surat cinta tapi Sharnaz the only one yang masih ragu-ragu sama ada nak buang atau tak.. Baca sinopsis ne seems like stupid kan. Akan tetapi, disebabkan aku minat dengan Beto Khusyairi, maka dengan itu aku pon hadap telemovie ne sampai habis. Ehm2.. Beto so sweet okay.. Even sebenarnya ke'sweet'annya lebih menyerlah dalam movie Istanbul Im Coming..eh salah, Istanbul Aku datang ! Berbanding dalam this tele.


      Actually, cerita-cerita macam ni laa yang kita nak tengok zaman sekarang. Mengikuti arus globalisasi & trend cara hidup generasi masa kini ( perghh..ayat tak boleh blahh, skema lah! ). Tau jalan ceritanya sedikit sebanyak macam gol & gincu and Istanbul Aku Datang but tak adalah macam Cinta Vlog by Wawa Zainal & Aliff Aziz ( boleh klik if nak tengok ). Hampehh. Scene, outfit & latar dah superb cantik tapi jalan cerita..adoi..macam cerita budak-budak. 


    When we talk about Malay movie, payah sungguh nak jumpa yang betul-betul berkualiti kan. Apa yang jelas sangat sekarang ne, dah jadi trend bila cerita-cerita cinta kuar, mesti heronya sweet, romantik, jejaka idaman seantero dunia tahap gaban.. Wajib! Yes, totally memang best & sangat menghiburkan tapi itu telah menyebabkan ramai gadis-gadis di luar sana termasuklah aku, berangan untuk dapatkan soulmate sebegitu. Harapan palsu uolls... Jahat kan mereka? 


     So, berbalik kepada telemuvie aku dia & tong sampah, sangat awesome sebab cara pembawaan watak hero & heroin sangatlah berkesan. Menjadi gitu. Syok sangat menengoknya sampaikan aku rasa berat bila da nak abes. Cett. What woman want from a man actually ? And what man want from a woman ? Payah aku nak jawab sebab persoalan yang aku nak senanya is What woman want from their husband ? haha.. Barulah mengena. Dua persoalan penting tu agak terjawab jugaklah dalam telemovie ne. 


     If nak tahu jawapan yang aku maksudkan, sila klik video di bawah okayy.. We can predict the ending of this story but the best thing is about the script & their naturally in every single appearance. Selamat menonton ! XD





Aku Dia Dan Tong Sampah..

Friday, November 9, 2012

Tak Ternilai Harganya

     Assalamualaikum w.b.t.. Hai semorang. Selamat tengahari dan semoga diberkati Allah s.w.t sentiasa. Hari ni hari Jumaat bersamaan 9 haribulan November 2012. Bermulanya cuti pertengahan semester selama seminggu. Aku tak pegi mana-mana sebab nak study plus siapkan tesis selagi mampu. Tujuan aku up new entry bukan sebab nak cerita pasal cuti, tapi aku nak cerita sedikit sebanyak apa yang berlaku sepanjang minggu ni. 

     Bulan lepas, bersamaan 24 haribulan. Aku ada snap picture cover depan buku The Hobbit & jadikan gambar tu sebagai display picture di facebook. Honestly aku takda niat apapun melainkan suka-suka sebab aku ada letak caption di bawah ni. 

" sapa ada buku ne ? pinjam dlu. guwe gak mampu mau beli.hakhak.. " 

     And aku jadikan itu sebagai dp, sambil-sambil menampal trailer The Hobbit yang bakal keluar di wall laman muka bukuku. Tiba-tiba, minggu ni aku terima The Hobbit dari salah sorang coursemate di FEP. He give the malay version, atas alasan cintailah bahasa kita Myn, he give me the book. Sangat terkejut sebab tak sangka dea ambil serius dengan dp tu. Aku engatkan dea bagi pinjam, rupanya dea memang nak bagi kat aku. Thanx dude, really appreciate it at all. Dengan mata terkebil-kebil aku pulang ke kolej sambil memegang payung. Sebab masa otw balek tuh, uKm tengah hujan. Berhujan di uKm pada 5/11/12..





first book !


     Selang dua hari, someone want to give me a things. And once again tak sangka dalam beg ada The Hobbit English version with super duper gorgeous chocolate cake. It make my day. Walaupun aku terima suma tu almost malam, tapi betul-betul buat mood aku jadi lebih baik dari yang sebelumnya. hehe. Yang ni aku dapat pada 7/11/12. Means..aku dah terima dua buah buku yang sama but in different version.







kek coklat yang comel sama macam rasanya.


    
     Dua hari kemudian (9/11/12), aku gigihkan diri ke pejabat kolej tuk amik bungkusan atas nama aku via pos laju. From UTEM Melaka as writed on the paper. Okay, dua hari lepas kawan aku kat sana memang ada bagitau yang dea send barang untuk aku, dan barang tu dijangka sampai hari ni. Memandangkan aku ada banyak urusan, aku sekali harung pegi check either barang dah sampai or belum. Bila sampai kat ofis, lepas serah dokumen ke officer AMIN, aku pon check post list untuk student. Yeah! Nama aku ada. Aku suka terima barang via post ne. Tak tahu kenapa. hehe. And bila mokcik ofis tu serah kat aku, tak lain tak bukan dalam kepala hotak terus fikir, is it The Hobbit ?.. Ohmyyy....




nampak sangat buku kan ? hehe



     Thanx dude, really appreciated it. But with this, i have three story books with the same title. Untuk pastikan lagi yang ni betul-betul The Hobbit, aku pun cepat-cepat buka bungkusannya..





aku buka di depan pejabat dekan FEP sementara menunggu
untuk berurusan..




Alololo..sweet gak kawan aku ne. Teddy bear dude,
dalam hati ada taman..




dah agak dah..




ok, english version..tQ..



     Seriously i didnt expect for this. Thank you so much kepada semorang yang caring kat aku. Aku sangat gembira bila orang bagi buku, sesuai sangat sebab aku memang suka membaca. Lagi-lagi buku jenis macam ni. Sekarang, aku ada tiga buah buku yang sama. hehe. hepi..hepi..hepi..






THE HOBBIT by J.R.R TOLKIEN.
p/s : agak-agak pasne kalau aku post gambar rumah atau kereta idaman,
ada orang nak bagi tak ? hahaha..







Sunday, November 4, 2012

Cuti-cuti ke Pulau..

     Assalamualaikum w.b.t.. Hai semorang. Harap sihat walafiat lah hendaknya. Minggu depan dah masuk minggu midsem. Mesti ramai budak uKm yang ada exam termasuklah aku. Midterm aku hari Selasa depan bersamaan 6 haribulan November. Paper ada petang dan malam. Wish luck for me & please pray for me,ok. hehe. Thank you guys. Tanpa rakan-rakan semua, siapalah saya kan. hikhik..

     Rajin pulak aku menghupdate entry sepanjang minggu ne. Act, aku nak bagitau minggu hadapan, insya Allah aku akan ke Pulau Pangkor, Perak untuk bercuti atau berlibur dengan teman-teman senegeri. Excited and tak sabar ne sebab dah lama aku tak berprogram dengan meka-meka. Antara aktiviti menarik yang bakal berlangsung di sana ialah snorkeling, kayaking, banana boat ( maybe ), bbq, karaoke, game pantai & melawat sekitar Pulau Pangkor. yeah!! Yuran dah bayar ( harga sangat berpatutan ), minta izin dari parents pon dah sudah, so memang dah pasti aku akan pegi.

     Sebenarnya aku tak yakin nak buat aktiviti snorkeling & kayaking tu. Maklumlah, aku tak reti berenang. Takut gak. So, aku dah sedia plan B. Kalau buat aktiviti tu di tempat yang agak dalam, aku rasa better aku pegi kutip siput tuk sesi bbq malam kang. haha. Anyone want to join me ? =.=..haha.. Takutlah der.. Kalau aku jatuh dalam air masa kayaking tuh macamana? Adakah orang nak selamatkan aku. Pastu, kalau snorkeling tu buat kat tempat yang agak dalam macamana.. Dahla ketinggian aku tak berapa nak tinggi. Haiz..payah benau..

     Okay, tanpa membuang masa, mari kita buat list barang penting yang perlu dibawa ke sana. Antaranya ialah :

1. Sunblock. Kawasan pantai kan panas, semestinya kulit akan terbakar menjadi kemerah-merahan dan kemudiannya bertukar menjadi gelap. Sunblock dengan SPF50 adalah pilihan yg terbaik.

2. Selipar jipun. ehm2..better guna Fipper..supaya kaki nampak cantik sikit, carilah Fipper Slim ea.. RM16.90 sepasang.

3. Tudung ekspress berwarna hitam. Khusus tuk yang bertudung litup macam aku. hehe. Senang sikit nak mandi-manda di pantai tu. Sekali harung dengan tshirt kaler hitam or biru gelap. Lagi afdal....

4. Sunglases. Wajib untuk perlindungan mata secara maksimum.

5. Krim malam. As gegurls, yang ne sangatlah wajib. Kulit muka bolehla di rawat pada sebelah malam selepas penat seharian melakukan aktiviti pantai.

6. Antiseptic Shower Cream. Air laut kan totally different from air paip yang biasa kita gunakan seharian, so utk pastikan ia tak irritate our skin, sila cari Lifebuoay di pasaran sekarang. Muahaha..

7. Kain Pantai. Boleh digunakan sebagai alas duduk & dililit sebagai gaun.

8. Air mineral & buku. Sediakan air mineral sekurang-kurangnya sebotol kerana cuaca yang panas mampu buat tubuh kita kehilangan banyak air. Di samping itu, jangan lupa bawa buku seperti novel (crimescene) utk dibaca pada masa-masa senggang.hehe.

9. Kamera. Wajib! Demi mengumpul 1001 kenangan manis ketika berlibur bersama rakan-rakan.

10. Clutch. Mana nak letak semua barang-barang diatas kalau bukan dalam clutch kenn..hehe..


    Harap-harap aku tak lupa bawa semua barang diatas, kalau terlupa jugak, mesti percutian jadi tak syok. Majalah jangan lupa okayy. Bolehlah tenangkan fikiran sedikit sebanyak sepanjang percutian tu nanti. Wish my vacation goin smooth bebeyh. tQ. ^^






Antara bahan bacaan yang boleh dibawa..





Makesure semua dalam saiz travel set. Senang sikit nak bawa kesana sini.
wehee..




Pangkor !! We are coming !! hehehe


     

Saturday, November 3, 2012

List Movie tuk Hujung Tahun 2012..

     Assalamualaikum w.b.t.. Hai semorang. Tujuan update pepagi buta macam ne adalah semata-mata utk masukkan trailer movie yang aku nak tengok before the end of this semester. Kelass ko Myn..xtau nak tido ka cemana..ehm2.. Gigih sungguh aku nak update blog kan.


    Okayy, berbalik kepada isu & permasalahan di atas. Ada tiga movie yang aku nak tengok sangat kebelakangan ne. First is Twilight Breaking Dawn Part 2, 2nd is Lagenda Budak Setan 2 Katerina & 3rd is The Hobbit. Yeah bebeyh. Dis kind of movie yang betul2 kena di hatiku. Aku tak sure lahh kekorang semua macamana kan. Tapi bagi aku, dis kind of movie boleh buat mata aku tertumpu d screen sehingga tahap kalau ular lalu depan aku pun sure aku xperasan uolls..


     Why dis kind of movie, Myn ? ok..Meh kita ceta sal twilight dulu. Aku tak tahu kenapa tapi aku sangat obses dengan watak si Edward Cullen by Robert Pattinson. Watak dea makaii, karut gila. Takkannya wujud lelaki macam tu tapi itulah yang sebenarnya yang diimpikan semua orang pempuan. Protected, mystery, handsome (of course lah kann & i think if tak silap, dlm novel pun Edward was described as a handsome guy), master mind, matured, loving, and paling penting, he's so romantic.hahaha. Inilah sebab utama aku addicted to Twilight. Jalan ceritanya aku rasa tak berapa best sangat sebab plotnya kurang menarik, compared to Harry Potter & The Lord Of The Ring Trilogy, tetapi sangat bagus sebab kisah cinta yang sempoi sahaja. Ceh, lagak macam pengkritik filem. This movie will come out on Nov 16. And for the trailer, dont mind to click, Twilight Breaking Dawn Part 2..


     Second is Lagenda Budak Setan 2 : Katerina. Honestly aku tak minat pon Farid Kamil & Maya Karin, tapi disebabkan movie ne diadaptasi dari novel Ahadiat Akashah, maka dengan itu aku pon excited nak tengok macam the first one hari tu..huhu.. Coming soon in cinema on Nov 29. Jangan lupa pegi tengok, kalau korang berminatlah. Aku lambat atau cepat, kompom akan pegi.hehe.. First Lagenda Budak Setan arituh yang jadi Katerina is Fazura Sharifuddin, aku harap sangat jugak kesinambungan cerita dea gak yang bawak watak tuh sebab her character more to Katerina yang Ahadiat ceritakan dalam novel. Sedeh..sedeh.. Tak apalah, kena respect prinsip Fazura, she's more selective now to takecare her reputation.


     Third is The Hobbit. Aku tak tahu macamana nak explain sebab since kecik-kecik lagi aku dah suka tengok movie macam ne. Long journey, dwarves, challenging, war, meet the fighter yang badan ketul-ketul, makin besar saiz badan diorang makin rendah kedudukannya dalam hierarki. Tak paham kenapa. haha. Tapi aku suka. Lain lagi kena bertempur dengan natang yang tak wujud macam Orcs & Goblins. Aku budak-budak sangat ka or cemana. hehe. Terengat plak dengan mitos Boogeyman. Masa kecik-kecik dulu kekonon ada monster tinggal bawah katil, karut gilaa.. Nampak sangat aku terpengaruh dengan ceta-ceta tV. The Hobbit ada kat cinema on Dec 14. 


     Depends on citarasa masing-masing lah kan. Maybe bagi aku movie macam ne tak bosan, tapi pada orang lain bosan tahap gaban. Risau gak excited sangat nak tengok, tapi nanti bila dah tengok, hampeh sebab tak best langsung. Anyway, harap2 tak adalah macam tu. So, berbaloi jugak bayar tuk harga tiket.