JellyPages.com

Sunday, March 10, 2013

Milkshake Pure Marine Collagen..

      Assalamualaikum w.b.t. Agak lama jugak aku xupdate entry baru. Hari ne semangat nak update sebab aku berjaya cipta satu resepi baru. Iaitu, MILKSHAKE PURE MARINE COLLAGEN. Kununlah.. Sebenarnya aku belajar dari mak aku & kak Maznah cara-cara nak masak & tambah perisanya. So, aku combine sekali kaedah-kaedah yang diorang ajar aku. Honestly seaweed ne langsung xsedap.huhu. Rasa dan baunya sangatlah hanyir. Memang tak boleh d terima langsung oleh anak tekak. Aku rasa takyahla aku cerita khasiat kolagen asli ne, korang mesti dah tau kan. PURE MARINE COLLAGEN ne terbahagi kepada tiga gred, iaitu :

AAA = hijau kebiru-biruan
AA   = ungu / violet
A     = putih / kuning

    


yang ne just gred AAA & A, purple violet xda. hehe


     So, cemana nak buat supaya benda ne jadi sedap tapi masih berkhasiat? Mula-mula sekali, amik seaweed ( pure marine collagen ) ikut seberapa banyak yang korang nak, then, rendam semalaman sehinggalah rupa bentuknya kembali menjadi rumpai laut. Selepas tuh, basuh sehingga cukup bersih, bukan setakat cukup, tetapi betul-betul bersih. Kemudian, rebus hingga masak atau sehingga seaweed tersebut cair bersama gula batu (sedikit sahaja agar tidak terlalu manis) dan daun pandan, untuk hilangkan bau hanyir & rasa air laut yang melekat. 

     Setelah masak, masukkan ke dalam pinggan kaca yang agak dalam, atau apa jua bentuk acuan, biarkan ia menjadi sejuk dan keras seperti agar-agar. Masukkan ke dalam peti sejuk setelah suam-suam kuku. 





seaweed (pure marine collagen) yg dah beku macam agar-agar




potong sehingga hancur agar mudah untuk dikisar



      Selepas ia sejuk dan keras seperti agar-agar, potong dadu atau sehingga hancur bagi memudahkan untuk dikisar. Sebelum dikisar, masukkan seaweed, susu pekat manis dan perasa oren Sunquick (ikut citarasa masing-masing) ke dalamnya. Family aku suka sangat dengan squash orange sunquick, thats why aku tambahkan perisa orange tu so suma boleh minum benda berkhasiat ne. Ada orang yang buat dengan perisa strawberry, campur buah mangga, buah avokado dan sebagainya, ikut kreativiti masing-masinglah. Buah pisang pon boleh. 




seaweed d campur bersama dua sudu besar susu pekat manis




susu pekat manis cap cawan jenama Marigold




perisa oren jenama Sunquick d campur setelah seaweed d gaul dengan 
susu pekat manis.





susu isian sejat juga d campur untuk menambah rasa





masukkan perisa orange secukup rasa. xbyk pon xpa.





inilah rupa bentuk seaweed yg dah d campur




boleh d makan terus dengan air batu. hehe 



     Seaweed yang dah siap d campur segala macam bahan seperti di atas boleh terus d makan begitu sahaja seperti puding atau jeli susu. Tapi bagi aku, dalam bentuk macam ne masih susah tuk aku telan, sebab tuh aku decide blend dulu barulah aku telan sekaligus. hehe. Manatau pas da makan benda ne boleh jadi cantek macam Miss World. wakaka. Kiddin. So, lets shakey shakey.. First of all, masukkan campuran bahan tadi ke dalam mesin pengisar bersama-sama air batu. hikhik. Kemudian, kisar sampai lumat. Xyah campur banyak sangat gula atau susu pekat manis, kang jadi manis sangat dah kurang sihat namanya. ;)




gunakan mesin pengisar yang bersaiz besar so boleh 
blend sekali harung.




air batu letak bebanyak supaya hasilnya cukup sejuk. hehe




lets shake...hehe..




taraa!!...inilah jadinya.




tuang dalam cawan or gelas




milkshake pure marine collagen.


       Sesiapa pun mahu jadi sihat & kelihatan lebih cantik, especially pempuan. hehe. So, cara semulajadi yang paling mudah & xda kesan sampingan adalah dengan mengamalkan pure marine collagen. Buatlah apapun janji boleh masuk dalam tekak korang, insya Allah badan jadi sihat & cantik secara semulajadi. Cehh, dah jadi macam jurucakap produk pun ada gak. Aku senanya xdalah minat sangat nak makan benda ne, tapi mak aku paksa + bapak aku kata kalau mak aku jek yg makan, kang nanti aku nampak lebih tua dari mak aku. Jadi, dengan semangat kental berjiwa kebal, aku pon gigihkan diri tuk makan benda ne tiap hari. hehe. Selamat mencuba. ;)












No comments: