JellyPages.com

Sunday, March 24, 2013

Aku yang bosan..

      Assalamualaikum w.b.t.. Hai semua. Hope semorang include aku berada dalam keadaan sihat walafiat sentiasa. hehe. Senanya aku dah xda keja sangat sampaikan hampir setiap hujung minggu since aku balek umah, aku g pasar tani cari arnab, termasukla ari ne. Tu jelah keja aku. Bosan weyh sebab kengkawan aku xda. Diorang masih gigih menimba ilmu d 'sekolah' masing-masing aku plak dah terperuk kat sini. Haiz.. Menyesal jugak sebab tak teruskan buat practical di Damansara, sebok jugak nak balek umah. Ne laa jadinya. Bosan. huhuhu.. 


     Baek aku duk kL. At least hujung minggu macam ne bolehla aku buat aktiviti mingguan macam pegi duduk d kL Sentral tengok gelagat orang sambil baca buku, takpon g timesquare duk depan Summit fikir seratus kali nak beli kasut or tak, atau g superbowl kat Midvalley tengok orang men bowling pastu buat analisis teknik-teknik permainan yang berkesan, atau g sungei wang pusing-pusing sampai pavi. Argghhh.. bosan gilos + rindu kengkawan aku kat uKm. Nampak sangat yang aku ne tak ready tuk habiskan study lagi sebenarnya.

        
       Bosan jugak lima hari dalam seminggu ulangalik pegi ofis buat keja yang makin banyak setiap hari. Padahal baru nak masuk sebulan aku g practical.  Dah bosan macam ne. Sabtu & ahad plak buat keja suri rumah pastu tunggu adik aku & wife dea datang bawakan aku kuih-muih yang aku suka makan tapi malas nak buat + malas nak belajar bagi yang aku tak reti buat lagi. Aku rasa macam nak benam kepala aku dalam lumpur. Hisy. Bosannya lahai. Sekarang ne senanya aku dalam proses nak siapkan artikel berkaitan Isu Lahad Datu tuk majalah uKm ke 36, tapi aku xyakin nak buat sebab takut terbawa-bawa dengan emosi. Maklumlah, aku kan tergolong dalam kalangan orang Sabah yang agak marah dengan pengganas Sulu & suku sakatnya. Takut artikel yang aku buat tuh tak menepati etika penulisan langsung. Kang jadik wartawan tak bertamadun plops.

       Emosi aku bertambah-tambah down bila aku taip entry ne sambil dengar lagu When I Was Your Man by Bruno Mars. Kejadahnya lagu ne ada dalam laptop aku, ne mesti keja adek aku. Sedih gilos lagu ne. huhuhu. Menyampah aku dengar. Online facebook sambil buatkan esainmen kawan aku yang aku xsure boleh siap or tak malam ne. hehe. Maklumlah aku ne jenis yang tak boleh buat keja last minit sebab aku suka buat keja lambat-lambat & perlahan. Ikut mood senanya tuh. Responden-responden aku pon tak bagi lagi 'catatan' pendapat diorang. Tak tau macamana lah artikel ne, ntah jadi ntah tidak. Sakit kepala aku fikir.


        Aku rindu kat geng blok aku macam wawa, dhiah, hani, teha, zaty, dila, wan, chewan and mimie. Rindu gak dengan geng PB aku macam akak, aina, zue, yam, jannah & liena. Miss them so much. Ernie & Ijan xyah cakaplah. Pelik jek rasanya diorang xda berhampiran dengan aku. Fakulti tercinta lagilah. Owh FEP...do you miss me too?hehe. Xda dah amynahasan yang selalu men lif kau. Tak apalah, just bersabar untuk beberapa minggu sahaja lagi. Nanti geng tegar aku kat sini balek jugak. Lala & Nyna. Diorang jelah harapan aku. huhu. Aku tak rasa Ernie & yang laen balik bila cuti midsem nanti. Sobss. Aku g dedating dengan diorang jelah nanti. 

        
        Dahla, malas aku nak emo-emo. Okay, arnab aku ada dua ekor sekarang ne. Yang 1st tuh nama dea Smoothie Normnorm, 2nd is Smoothie Mornmorn. Aku terbalikkan jek. Malas nak fikir. haha. Sorang kaler beige, sorang lagi grey. Mornmorn ne nakal sikit, asyik buli si Normnorm. Si Normnorm plak pandai mengadu. Bila si Mornmorn amik tempat tidur dea, dea g ngadu kat bapak aku yang sebok siram 'rumput' yang dea pelihara dekat dengan kandang diorang. Kesian gak aku tengok bila dea asyik kena buli, sikit-sikit kepalanya d pijak, jap lagi kena sepak. Ganas gilos ko Mornmorn. 





mornmorn yang dah tak sabar nak keluar dari kotak




aku letak mornmorn & normnorm dalam bakul
sementara kandang diorang d basuh


      Honestly, aku beli arnab sebab aku bosan tahap mahadewa cipan. Xda keja aku nak buat masa weekend so aku pon pegilah cari keja. Aku suka baca buku tapi tak sepenuh masa, ikut mood jugak. Thats why sometimes aku g lepak kat library semata-mata tuk baca buku. Hari Jumaat adalah hari yang sesuai sebab bukak sampai pukul 9 malam. Bolehlah aku tunggang terbalik baca buku kat situ. Okay fine, actually i miss PTSL uKm a lot. hukhukhuk.. Sekarang ne aku ralit gak hadap mas.com. Kekonon nak balek kL bulan 7 nanti pas abes practical atas alasan nak beli barang raya. hehe. Macam jek kat sini xda. Ohoi myn oiii....




ne jelah koleksi buku aku yg agak terbaru, klu da abes baca,
apa aku nak buat..sobss.. #ngengada




shopaholic was awesome



       Aku tak tahu apa nak buat lagi pasne. Aku rasa aku boleh cair and masak macam agar-agar pada satu tahap nanti kat ofis. Aigoo. Ada banyak lagi aku kena belajar sebenarnya. Amik degree dua setengah tahun belum cukup tuk mengajar aku. So, aku decide nak sambung study. Tapi bukan dalam masa terdekat ne, nanti, lepas dah ada pengalaman keja betul-betul. hehe. Aku nak amik course laen pulak. Taknak amik ekonomi dah, sakit kepala aku. Dua gambar kat atas tu jelah buku-buku aku yang agak terbaru. Kalau dah habis baca, memang agak payahla. Bertambah bosanlah aku rasa sementara tunggu new stock sampai. Aku kena cari hobi baru pasne so takdalah aku bosan sangat kan. Nantilah aku fikir apa nak buat pulak beside baca buku & jaga arnab dua ekor tuh. -_-

       

No comments: