JellyPages.com

Saturday, September 1, 2012

Aku & RM 3...


     Assalamualaikum.. Hari ne aku update blog lagi memandangkan ada masa free skit.  Entahlah raya tahun ne macam2 kejadian yg berlaku. Salah satu darinya, duit raya yg aku ada dapat. Aku dah besar panjang dude.. memanglah aku masih student tapi yg ne memang xboleh blah. Baru-baru ne aku pegi satu open house, member kepada kazen aku. Dah xda keja,aku joinlah dea ngan kenkawannya pegi beraya. Dah puas makan suma, kitaorg pon besiap2 nak balek umah. Almaklumlah, perut dah kenyang. Pastu, tetiba masa tuan umah d bagitau yg kitaorg ne dah nak balek, mokcik tu pon hulur la tangan. Nak ktaorg salam & cium lettew..hikhik..


     Aku pon dengan sopan santunnya berbaris macam yg laen tunggu giliran nak salam dea. Tak sabar nak balek ne. Aku dah rimas kepanasan dengan baju kurung yg memang mengurung. Tak sabar-sabar nak balek rumah. Aku tak sangka mokcik tuh bagi duit raya kat aku mcm bebudak yg laen. Aku ne senanya g beraya dengan bebudak form 3 yang umurnya 15 tahun. Aku sorang 22 tahun. Jauh lahh bezanya!!


     Mokcik tuh bagi bebudak tu RM3.. Setahu aku, kalau aku beraya, memang xdanya mokcik2 nak bagi duit, sebab dah tua. Tapi mokcik ne laen, dea bagi gak aku RM3.. Terharu weyh.. Rasa nak nanges jak..haha... Maybe mokcik tuh engatkan aku sebaya dengan diorang, tak pun tua setahun dua dari diorang. Awet muda lahh katakan.hahaha..  Aku terharu sampai ke rumah. Rasanya macam semua aku nak bagitahu aku dapat duit raya RM3. Korang paham tak maksud aku kat situ, means muka aku memang muka bebudak.haha.. Puas hati weyh.. Maintain muda..muda..muda..hahahahaha..


     Disebabkan aku excited sangat dengan duit sebanyak RM3 tu, esoknya aku ikut lagi diorang g beraya. Kalau bapak aku tau, mesti dea pengsan. Anak dea yg paling tua g beraya dengan bebudak kecik. Pastu bukan setakat RM3 aku dapat, RM2 pun ada.hahaha.. Excited gila. Aku kembali ke zaman kanak2. Puas hati aku. Entah brapa banyak rumah aku pegi satu pun xsyak yg aku ne dah lebih had umur. Tak patut betul ko ne Myn. Puih..puih..


     Dah tak larat nak join diorang pegi beraya, aku balek dulu memandangkan umah dah dekat. Penat nak mampus ikut diorg ne pegi beraya. Before aku balek, kenkawan adik sepupu aku pun tanya umur aku berapa, sebab diorang tak tahu. Aku bagitau lah 22 tahun, sekolah kat UKM. Wakakaka.. Terkejut beruk bebudak tuh. Diorang engatkan aku form 5, aik, melampau ne.hehe.. Sebab dah 22 tahun la aku cepat penat wahai bebudak. Aku dah pencen dah g beraya jauh2 sampai 10 buah ruma and plus plus dengan bejalan kaki ne. Akak balek dululah ea.. Hasil mahsul duit raya yg akak dapat tu nak masukkan dalam tabung. Untuk jaminan masa depan lahh katakan. Wakaka..




Me & ma kazen. Amy, 15 tahun, still single. 
Sapa2 nak kenal ngan dea sila pM i ok.hewhew

No comments: