JellyPages.com

Wednesday, September 26, 2012

Hujung Minggu yg Agak Padat..

     Hai..Rajin pulak aku update blog hari ne kan. Macam takda keja laen padahal esainmen berlambak. Laen lagi kena buat poposal baru tuk tajuk baru tesis. Hisy, malas aku nak fikir, tak nak tensikan kepala hotak aku yg sedia serabut ne. Ehm..ehm..tanak membebel panjang-panjang. Aku just nak creta sal ujung minggu yg agak menyeronokkan walaupun dibebani dengan macam-macam 'masalah'. 

     Senanya dah dua minggu berturut-turut aku balek ke ruma macik aku kat Melaka. Baru-baru ne befday anak buah kazen aku & suma orang busy nak bantu buat birthday party si budak kecik sorang ne. Termasuklah aku. Bukan selalu aku dapat join befday party bebudak kecik kan, so kali ne aku pon take part lahh. Sayangnya tak banyak sangat aku snap pic sebab sangat-sangat sibuk. Maklumlah, orang pempuan kena tolong serba banyak kat dapur, tak dapatlah aku jadi pemerhati yg boleh snap sweetoo2 moment sepanjang mejelis tuh berlangsung. 

     Yang pasti, masa ne aku jadi salah sorang pembantu ketua chef d dapur, salah sorang petugas goodies, juga salah sorang baby sitter. Haa..lupa lakk.. Waiter sepanjang party. Aku hampir lupa yg aku dah agak tua nak bersuka ria dengan bebudak suma. So, tak jadilah bersedih sebab tak dapat join sukaneka yg dibuat khas tuk bebudak 12 tahun kebawah hari tu. Bila ada befday party mestilah ada hadiah kan. Serabut gak otak fikir mau kasi apa dengan budak umur setahun ne, yg payahnya budak lelaki plak. Baju ? Seluar ? Kompom pakai kejap jek sebab bebudak kecik macam ne cepat sangat membesar, baru dua tiga bulan berlalu, dah tak muat sana sini.

     Memandangkan dea dah setahun, baek aku belikan buku mengenal huruf + perkataan sekali. Insya Allah cepatlah dea belajar bertutur & mengeja nanti. kan..kan..demi masa depan, aku pon nekadlah g beli buku spesies macam tu. Cari yg saiz agak kecil sikit so senang mak bapak dea nak bawak kemana-mana. Bolehla budak tuh hadap buku sepanjang masa. hehe..clever tak aku ? 
werkk..werkk.. Aku rasa buku tak berapa nak cukup so aku g cari gak frame gambar. Bolehla mak dea letak gambar dea genap setahun kat dalam frame tu macam mak aku buat kat aku dulu. Bila dah besar panjang macam ne boleh hadap gambar masa muda-muda tu sambil cakap dalam hati, 'alahai..comelnya aku dulu. Apsal la sekarang ne xberapa nak comel'. Hikmahnya, dah tua-tua macam ne bolehla muhasabah diri sikit.hakhakhak.

    Dah excited beli adiah, aku terlupa lakk nak beli pembalutnya. Aduiyai. Takkan ko nak bagi bulat-bulat macam tu jak Myn. Hisy, malu seyh. Dah sampai umah macik aku kat Melaka baru terengat. Bagus betul. Aku pegilah tanya macik aku kat umahnya ne ada tak stok pembalut hadiah, dea suh aku tengok kat stor. Ada beg doorgift jelah. Pembalut takda. Terpaksalah aku perah otak guna barangan terpakai. Ne suma tak tau macik aku dapat dari mejelis memana. Kalau dah doorgift, mestilah takda pic kekatun kann. Suma corak-corak bunga rampai. Belasah jelah Myn, klu tak malu kau nanti bagi adiah dgn beg plastiknya sekali.





inilah hasilnya selepas bertungkus lumus mencari beg doorgift yg sesuai.



riben ne aku rembat jak dr stor.
and..Aminah Hasan uKm is ma trademark so kazen2 xkonpius.

      Last but not least, pic adeq sepupu aku yg aku jaga kejap. If aku tak pegang dea, kompom makcik aku yg lagi sorang tak boleh makan langsung. Budak ne hyperactive tahap cipan. Kejap-kejap dah hilang, kejap lagi dah entah apa d buatnya.



adek sepupu aku yg baru setahun lebih.




haa..duk diam-diam makan eskelim ne.


No comments: