JellyPages.com

Thursday, October 11, 2012

Long Journey

     Assalamualaikum w.b.t..hari yang sangat memenatkan dan stress selepas sahaja taklimat berkaitan dengan latihan industri atau nama glamournya, practical berlangsung. Dahla tertekan dengan tesis, tak habis yang tuh, L.I pulakk. Dah nasib badan Myn, final year kann.. Sapa suh ko tak ready awal2. Baru ko tau sendiri cemana rasanya. 

     Seksa gak. huhuhu. Nak abes cepat tapi cabarannya makkaii.. Tuhan jelah yang tahu. Aku memang da decide since sem lepas lagi bahawasanya final year ne takkan ada masalah lain yang akan menyemak dalam scheduled seharianku. Fullstop. Muktamad. No compromy. Tapi lain jadinya. Kita hanya mampu merancang tetapi Tuhan yang menentukan. Umur aku baru 22 tahun, masih muda lagi. Jauh lagi perjalanan so aku rasa aku tak patut hadap masalah-masalah yang tak masuk di akal dalam jangka masa terdekat ne. Tapi itulah yang berlaku.

     Aku tak pastilah pulak if masalah yang sangat mengganggu aku sekarang ne perkara normal ataupun tidak. Honestly aku tertekan yang amat sangat. Masa nak ngadu kat mak aku, dea da tido. Asal aku call, mesti dah tdo atau tengah tdo. Hurmm..ko takyah bising2lah Myn, sapa suh ko call dea malam2 buta macam ne. pastu nak ngadu kat kawan aku tak reti sangat, mesti creta lain yang kuar. Gossiping manjang. Alahai nasib. Sedih sungguh.  

     Tahun ne memang tahun yang pelik untuk aku. Sebab dalam tahun ne jak ada tiga orang lelaki yang lamar aku tuk berkahwin. Kalaulah aku tak study kat uKm ne, rasanya since pertengahan tahun lagi aku dah jadi isteri orang. Aku tak tahu dugaan macamana yang aku dapat ne. Rasa tertekan kot. Bukannya happy. Yes i know i was in final year rite now, but it doesnt mean i want to start a marriage life after graduation ( kecuali dgn pujaan hati la..hakhak ). Sakit hati aku tau suka-suki diorang jak mau rancang masa depan aku pasne. 

     Seriously i cant take it anymore. Sebab stress aku migrain, tak pegi kelas seharian pastu otw demam sekarang ne. Tak cukup dengan tekanan yang aku dapat dari akt seharian d uKm, masalah lain pula yang datang menghimpit sama. Almost setiap hari memikirkan benda yang ne. Kalau mak bapak aku tau, nanti diorg salah faham lakk. Aku kesini tuk stadi weyh, bukan cari jodoh. If jodoh tu muncul dari sini, itu ketentuan Tuhan. Tapi seriously aku takda niat tu pun. 

     Lamar ari ne, tunang awal tahun depan, then kata kahwin lagi setahun dua,haiz..pening aku di buatnya. Please, dont you ever try to ruin ma plan. Sangat berterima kasih & menghargai kerana anda sudi menjadikan saya sebagai suri hidup anda tapi saya tak bersedia, tambahan pula, anda-anda bukan pilihan hati saya. Mohon mengerti. Ayat tak boleh blahh dari aku tapi aku serius. Kat blog ne jelah aku boleh luahkan isi hati & perasaanku. Sebab aku tak perlu cakap, taip jek. Kalau nak cakap, payah dude. Takkannya kuar dari mulutku ne.

     Doakan jelah kebaikan tuk aku ep. Terutama sekali berkaitan tesis, mid+final exam ku & practical ku sem depan. Insya Allah i'll do my best. Dah meroyan sorang-sorang ne, lapar lakk. Teringin sangat nak makan beger bakar. wuwuwuwuwu~




mana nak cari tgh2 malam buta ne.. T_T

No comments: