JellyPages.com

Saturday, December 22, 2012

Kenapa Harus Memilih...

     Assalamualaikum w.b.t..Hai semorang. Harap kamu suma sihat-sihat belaka. Entry yg aku nak bualkan ari ne adalah tentang pilihan yg terlalu banyak. Aku yakin benda ne mesti pernah menimpa & terjadi pada semua orang kan, termasuklah korang yg selalu baca entry aku.haha. Persoalannya di sini, adakah jugak orang yg berminat tuk baca blogku ne?haha..


      Seperti yg kita sedia maklum, Allah s.w.t akan menguji setiap makhluknya dengan pelbagai cara. Termasuklah, dengan cara pada satu tahap tu, dimana kita harus membuat pilihan. Allah memberi kita peluang untuk membuat keputusan yg sewajarnya kita ambil. Tak kira sama ada demi masa depan yg cerah ataupun malap. Sama ada tepat ataupun tidak. Apa yg ingin aku tekankan ialah, apa yg sedang aku hadapi kali ne sememangnya adalah terlalu berat.



     Sampaikan pada satu masa tu, aku rasa macam dah nak berputus asa. Aku dah tak boleh berfikir dah sebab tak tahu nak buat apa. Kalau aku buat pilihan, adakah keputusan yg aku buat tu baek utk masa depanku, atau mungkin pilihan yg aku buat tu adalah salah dan akan menyebabkan aku merana suatu hari nanti. Ataupun pilihan yg aku buat tu, aku akan kesali sampai bila-bila. Inilah ujian terberat yg pernah aku rasa. Apa2pun tekanan yg aku terima selama ne, aku dapat lalui & atasi secara rasional. Tapi yg ne, ntahlah. Rasa nak tidur jak, pastu xyah bangun-bangun dah. 


     Semua orang inginkan yg terbaek dalam hidup mereka. Termasuklah aku. Sapa xmau yg terbaek derr. Cuma kadang-kadang, kita tak tahu sapa yg terbaek utk kita, apa yg terbaek utk kita, dan keputusan apa yg terbaek tuk kita buat. Sumpah aku confuse. Aku tak pernah confuse sampai tahap macam ne. Ntahlah.huhuhu. Stress tau. Apa aku nak buat ne. Takda sapa boleh tolong aku melainkan diri sendiri. Bila hati cekal tetapkan satu pendirian & keputusan, masa tuhla datang ujian bertimpa-timpa. Ya Allah, janganlah uji aku sampai tahap macam ne. Aku tak rasa aku mampu.


     It seems like dalam satu keadaan, di mana bila hati sudah tetap pada yang satu, kemudian tiba-tiba datang bermacam pilihan. Ada yang sangat memahami, ada yg sanggup tuk lakukan apa saja, ada jugak yg tahu apa aku perlukan, ada yg sama level dengan apa yg aku nak  & ada yg sedia utk apa-apa keadaan. Ohmai..Ohmai..what should i do. Aku kena balik ke pokok pangkalnya. I need my home right now. Nak tenangkan hati & perasaan. Makin hari, dugaan ne semakin berat. Sekuat mana pun aku, aku tetap seorang perempuan yg berhati lembut. 


     Lemas bila hidup dalam keadaan macam ne. Sakit kepala asyik berfikir tentang benda yg sama tapi takda penghujungnya. Hari-hari kejadian yg sama berulang. Keliru..keliru..dan keliru... Aku rasa semua pilihan yg ada adalah yg terbaek. Tak lebih, tak kurang. Cuma aku yg rapuh, mudah tergugat benteng pendirian aku bina sejak beberapa bulan yg lepas. Bantulah hamba-Mu ini ya Allah. Aku penat, tersangatlah letih dengan semua ne.huhuhuhu...


     Tunjukkan aku jalan yg lurus. Bimbinglah aku. Berikan aku hidayah & kekuatan utk hadapi ujian-Mu ne ya Allah. Subhanallah. Aku cuma insan biasa yg ada banyak kekurangan & kelemahan. Tak lebih dari itu. Cubalah faham akan situasiku wahai orang-orang di sekelilingku. Berhentilah buat aku rimas & keliru. Jangan berikan aku apa-apa yg aku xperlukan dalam hidup ne. Aku sudah cukup bahagia dengan apa yg aku miliki sekarang. Jangan bagi aku pilihan yg bukan milikku..huhu..







       

No comments: