JellyPages.com

Tuesday, June 11, 2013

Diari Bulan Ini : Part 2

      Assalamualaikum w.b.t.. Okay, sambung entry petang tadi. haha. Actually aku ada amik gambar ngan macik dua orang tu masa berkursus tapi aku lupa lak gigi birukan ke phone aku. Masa tuh gigih sangat aku bawakan Hazar payung yg sedondon dengan baju kurung yg dea guna. Kekonon supaya pic nampak vogue. hehe. Memang vogue la sebab serba pink. 


      Sepanjang kursus berlangsung, memang banyak benda baru yg aku pelajari. Minda ne terbuka jugakla sikit banding sebelum ne. Ada gak bagusnya aku join awal-awal so aku paham jugakla, lagi-lagi bab agama. Kebanyakannya yg bagi ceramah sepanjang kursus ialah Tok Kadi, d samping menyampaikan ilmu, ada gak diorang cerita pasal pengalaman yg diorang lalui sepanjang berkhidmat sebagai jurunikah di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Tawau. Part paling best, selesai jek kursus, aku trus dapat sijilnya. hewhew. Tok Kadi kata, masa da nikah nanti, Jabatan Agama cop sekali, so if kahwin beberapa kali, maka dengan itu penuhla cop d sijil kursus. 


      Hari pertama kursus seriously best gilos sebab suma penceramahnya lawak tahap mahadewa. Lagi-lagi imam daerah, Ustaz Abdurrahman. Mesej yg disampaikannya memang melekat dalam kepala hotak kami tp xsampai dua minit, dah terbang ntah kemana sebab gelak xengat dunia. Pada pendapat aku, if korang nak jumpa segenap lapisan masyarakat yg datang dari pelbagai latar belakang, korang pegilah kursus kahwin. Macam-macam gelagat aku tinguk. Ada yg menghairankan, ada gak yg tak dijangka langsung. Lawak giloss pown ada jugak. Apapun, kesimpulan yg aku dapat buat is pergi kursus kahwin memang best. 


     The most important part is, berkahwin adalah sesuatu perkara yg sangat berat. Tanggungjawab, amanah, kesabaran dan banyak lagi, memang diuji or d perlukan masa tuh. Masuk ke alam perkahwinan jek, sudah semestinya kita kena lepaskan kebebasan yg kita ada selama ne. We have to take care of our partner as well. Try to learn many different things. Accept each other. Dalam erti kata lain, risiko. Seriously risiko. To be honest aku tak bersedia langsung, komitmen kena 100%, then u'll be succeed. 


     Aku belum sanggup & bersedia lagi tuk lepaskan apa yg aku ada sekarang demi sebuah perkahwinan. Memang betul sekarang ne almost all partner yg ada got married atas dasar cinta, tapi kadang-kadang cinta tuh tak boleh pakai tuk pertahankan sesuatu perhubungan. Theres more 1001 problem will come over u. So, kesimpulannya memang payahlah. Sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin, kena fikir masak-masak, pastikan yg ko memang da sedia dari segi fizikal + mental. Ada banyak possibility masa dah berkahwin tu we are craving for privacy or something. Akulah bha tu. haha.


     Bulan June ne memang musim orang mendirikan rumah tangga, kepada pasangan yg baru saja berkahwin & xlupa jugak tuk pasangan yg baru bertunang, semoga ikatan korang berkekalan sampai bila-bila. Aaminn.. Sepatutnya korang berbangga sebab dapat memberi komitmen yg tinggi & mengambil keputusan yg paling mencabar dalam hidup. Adeh, ne xdalah diari sangat. Aku senanya malas nak taip panjang-panjang, jap lagi drama philipin hero kesayangan aku on air, so aku kena stop dulu. hikhik. Owhh Jericho Rosales..






Buku yg d sertakan sekali masa kursus.
Aku tak baca lagi buku ne. Baru selak-selak.
Insya Allah bila dah sampai seru nanti ak bacala ep. haha





No comments: