JellyPages.com

Wednesday, June 19, 2013

Jimba - jimba..

     Assalamualaikum w.b.t... Hai korang. Secara tak rasminya, guwa da abes practical. But still rajinkan diri datang office. haha. Kidding. Jangan harap aku nak datang if pektikel da abes. Tinggal seminggu jek lagi, sikit jek lagi. Pastu aku dah bebas. Ehm..ehm.. Mentang-mentanglah da dekat nak abes, aku makin nakal gak. Tak sampai dua jam kat office awal-awal pagi, aku dah kuar g jenjalan. Atas alasan nak g breakfast la, ada urusanlah, ada hal laa, nak jumpa member laa, padahal orang tak tanya pown aku nak g mana. 


    Semalam adalah hari yg agak fun walaupun tanpa dirancang. Aku, kak Yus, yana & kak Ija g merayau sekitar office & we found something cute. Accessory phone. Takdalah happening sangat, besa jek pown. Tapi memandangkan this is one of our last moment before im totally out from there, so kira happening sakla.. Maka aku pown decide beli benda alah tu bagi sorang satu. Padahal sebenarnya, pasne ble jek klu aku nak g office jumpa diorang. haha



    

comel kan. haha. perasan




mine is the yellow one..




tiga daripada lima geng tegar aku kat office



      Sepanjang aku practical, takda apa yang tak best berlaku. Alhamdulillah aku ngam dengan suma orang & boleh jadi practical student yg berguna walaupun aku takda pengalaman kerja. Berat hati aku nak tinggalkan office ne sebab diorang da jadi sebahagian dari life aku kat sini. Especially my beloved boss merangkap sv company tuk aku. 
      
      We're really close sampai tahap dea boleh serah kunci dokumen sulit kat aku sedangkan aku ne outsider. Plus dea slalu bawak aku g buat aktiviti penguatkuasaan, g pameran kerjaya kot-kot aku boleh dapat kerja pas da abes practical. So kind. hehe. Padahal aku tak amik kisah pon tuk suma tu. Kekonon mau pikir pas practical da settle. 

      Beside him, aku rapat gak dengan beberapa orang yang laen macam Kak Dian & Kak Nana. Diorang selalu suh aku bawak keta diorang g basuh, beli makanan or g beli barang. And kadang-kadang,if ada masa lapang sikit, kitaorang akan kuar g jenjalan lepak and merayau-rayau. Aku sayang gilos kat diorang walaupun diorang selalu suh aku buat keja diorang. haha


      Pak cik Ghani pown macam tu gak, selalu suh aku bawak keta dea g jenjalan or beli makanan. Aku jek yg tak berani sebab keta pacik besaq sangat. Kang aku langgar keta laen or tembok, abeslah aku. Selain tu, pacik selalu gak belikan aku makanan tuk buat breakfast. So sweet. Aku ne pemalas tahap dewa, tak selalu aku drive sendiri g office, aku lagi suka kalau bapak aku yg hantar & amik. Tak yah aku fikir mana nak parking, mana nak lalu if traffic jam sana-sini. Kalau nak kuar tengahari tuk g cari makanan lak, aku ble guna keta diorang, da ada lot parking khas. Xyah banyak fikir.


      Dengan Ncik Kam & abg Razif pown aku rapat gak. Diorang asal semenanjung tapi keja kat sini. Masa member aku sorang lagi practical student masih ada, kitaorang selalu kuar berempat makan sesama. Skang ne kuar gak, tapi jarang skitla sebab aku jek sorang pempuan. Diorang berdua ne gakla selalu kongsi makanan ngan aku coz aku selalu bawa kek, buah mangga, roti, aiskrim & so on. Aku selesa kawan ngan diorang sebab diorang baek & memang nak berkawan betul-betul. Ncik Kam pown ska bagi aku duwit suru g basuh keta dea kat mana2 car wash + beli apa2 yg aku nak. 


      Lupa lak, sorang lagi, bos pempuan aku. hehe. Ne pown baek gak, selalu sangat belanja aku. Yang bestnya g memana memang berdua, tak pernah lagi suh aku bawak keta dea. Dea yg drive. Office dea jadi bilik tidur aku. Takda orang berani nak kacau if aku tidur kat situ. Tidur is my kewajipan bila berada d mana-mana tempat selain ruma & bilik tidur aku sendiri. Ntahla dari zaman skola lagi, aku asyik mengantuk bila bosan dan sebagainya. Okay, fine. Actually aku nak taip final report, tapi aku g taip new entry lak. haha. Jap..jap, satu perenggan jak lagi.
      

      So, before aku abeskan practical secara rasmi, aku g beli Zip Cadbury bebanyak & bagi suma orang kat office. Sebab diorang suma sweet macam cekelat. hehe. Thanks for everything. Almost everyday ada orang belanja aku, laen lagi yg belikan makanan xkira pagi or petang, segan aku jadiknya. Really appreciate it.






cekelat..nyumnyum..



     


     


No comments: