JellyPages.com

Sunday, November 4, 2012

Cuti-cuti ke Pulau..

     Assalamualaikum w.b.t.. Hai semorang. Harap sihat walafiat lah hendaknya. Minggu depan dah masuk minggu midsem. Mesti ramai budak uKm yang ada exam termasuklah aku. Midterm aku hari Selasa depan bersamaan 6 haribulan November. Paper ada petang dan malam. Wish luck for me & please pray for me,ok. hehe. Thank you guys. Tanpa rakan-rakan semua, siapalah saya kan. hikhik..

     Rajin pulak aku menghupdate entry sepanjang minggu ne. Act, aku nak bagitau minggu hadapan, insya Allah aku akan ke Pulau Pangkor, Perak untuk bercuti atau berlibur dengan teman-teman senegeri. Excited and tak sabar ne sebab dah lama aku tak berprogram dengan meka-meka. Antara aktiviti menarik yang bakal berlangsung di sana ialah snorkeling, kayaking, banana boat ( maybe ), bbq, karaoke, game pantai & melawat sekitar Pulau Pangkor. yeah!! Yuran dah bayar ( harga sangat berpatutan ), minta izin dari parents pon dah sudah, so memang dah pasti aku akan pegi.

     Sebenarnya aku tak yakin nak buat aktiviti snorkeling & kayaking tu. Maklumlah, aku tak reti berenang. Takut gak. So, aku dah sedia plan B. Kalau buat aktiviti tu di tempat yang agak dalam, aku rasa better aku pegi kutip siput tuk sesi bbq malam kang. haha. Anyone want to join me ? =.=..haha.. Takutlah der.. Kalau aku jatuh dalam air masa kayaking tuh macamana? Adakah orang nak selamatkan aku. Pastu, kalau snorkeling tu buat kat tempat yang agak dalam macamana.. Dahla ketinggian aku tak berapa nak tinggi. Haiz..payah benau..

     Okay, tanpa membuang masa, mari kita buat list barang penting yang perlu dibawa ke sana. Antaranya ialah :

1. Sunblock. Kawasan pantai kan panas, semestinya kulit akan terbakar menjadi kemerah-merahan dan kemudiannya bertukar menjadi gelap. Sunblock dengan SPF50 adalah pilihan yg terbaik.

2. Selipar jipun. ehm2..better guna Fipper..supaya kaki nampak cantik sikit, carilah Fipper Slim ea.. RM16.90 sepasang.

3. Tudung ekspress berwarna hitam. Khusus tuk yang bertudung litup macam aku. hehe. Senang sikit nak mandi-manda di pantai tu. Sekali harung dengan tshirt kaler hitam or biru gelap. Lagi afdal....

4. Sunglases. Wajib untuk perlindungan mata secara maksimum.

5. Krim malam. As gegurls, yang ne sangatlah wajib. Kulit muka bolehla di rawat pada sebelah malam selepas penat seharian melakukan aktiviti pantai.

6. Antiseptic Shower Cream. Air laut kan totally different from air paip yang biasa kita gunakan seharian, so utk pastikan ia tak irritate our skin, sila cari Lifebuoay di pasaran sekarang. Muahaha..

7. Kain Pantai. Boleh digunakan sebagai alas duduk & dililit sebagai gaun.

8. Air mineral & buku. Sediakan air mineral sekurang-kurangnya sebotol kerana cuaca yang panas mampu buat tubuh kita kehilangan banyak air. Di samping itu, jangan lupa bawa buku seperti novel (crimescene) utk dibaca pada masa-masa senggang.hehe.

9. Kamera. Wajib! Demi mengumpul 1001 kenangan manis ketika berlibur bersama rakan-rakan.

10. Clutch. Mana nak letak semua barang-barang diatas kalau bukan dalam clutch kenn..hehe..


    Harap-harap aku tak lupa bawa semua barang diatas, kalau terlupa jugak, mesti percutian jadi tak syok. Majalah jangan lupa okayy. Bolehlah tenangkan fikiran sedikit sebanyak sepanjang percutian tu nanti. Wish my vacation goin smooth bebeyh. tQ. ^^






Antara bahan bacaan yang boleh dibawa..





Makesure semua dalam saiz travel set. Senang sikit nak bawa kesana sini.
wehee..




Pangkor !! We are coming !! hehehe


     

No comments: