JellyPages.com

Monday, November 26, 2012

Bila Rajinku Ada..

     Assalamualaikum w.b.t & selamat pagi uolls. Syukur alhamdulillah sebab pagi Isnin kali ne cuaca sangatlah awesome, cerah & sangatlah menenangkan. Kalau basuh baju, kompom kain kering sebab cuaca elok. Mesti tengahari nanti panas terik. haha. Takda aktiviti laen ka Myn ko nak cadangkan selain daripada basuh baju pagi-pagi ne. Okayy..okayy..kalau pegi joging dalam pukul 7 macam tu, mesti best. Semua peluh kuar. =.=


     Dulu, masa aku kecik-kecik, mak aku selalu bebel, selalu bagi nasihat & ajar aku dengan adik beradik yang lain tuk bangun awal pagi. Katanya, kalau kita rajin bangun awal pagi, insya Allah rezeki akan dipermudahkan. Mudah-mudahanlah kan. Lagi-lagi tuk pempuan macam aku, sepatutnya bangun awal-awal pagi, bukannya matahari dah tegak baru nak bangun. Kena tolong buat keja kemas ruma bagai, macam tuh la lebih kurang mak aku bebelkan. 


     Honestly, dulu aku rasa annoying gilaa bila mak aku bebel. And tipulah kalau masa tu tak susah nak bangun pagi. Liat oOo.. Tapi lama-lama, bila dah biasa, takda masalah dah. Jadi habit sampai sekarang. Even tidur lewat sekalipun, tetap gak bangun awal pagi. Pastu nanti dalam pukul 10 pagi macam tu aku mengantuk, lagi-lagi bila dalam kelas. Sabar jelah cikgu-cikgu masa zaman skola dulu hadap aku yg selalu tersengguk-sengguk. Dahlah duduk depan sekali, tak malu plak tidur kat situ jugak. Sekarang pon macam tu, bila dah pukul10.30 ke atas, mulalah aku hilang fokus and cari port tuk tidur dalam bilik kuliah. Sebab tuh kita selalu di nasihatkan tidur awal. Sekurang-kurangnya 6 jam..


     Tapi tak semestinya guwa bangun awal tiap hari derr. Ada jugak terlajak sampai ke pukul 9 and pukul 10 macam tu. Ne berlaku dalam minggu-minggu exam & minggu hantar esainmen. Tidur pukul 3 atau 4 pagi, memang gagahla derr kalau aku bangun awal. Kekonon gigih setadi atau beresainmen lah kan tidur lewat macam tu, padahal tweeting & facebooking memanjang jak kejaku. 


     Senanya, aku update entry awal-awal pagi ne bukan nak cerita sal bangun awal pagi. Dah lari topik ne. hehe. Aku nak share menu breakfastku & kawan-kawan d blok kesayangan kami ne. Konsep blok ne senanya macam rumah, ada bilik, ruang menonton tv, ruang dapur dimana ada pantri & peti sejuk plus mesin basuh yg kami beli sendiri. Mesin basuh tu kami beli by sharing is caring. Kat blok ne ada 16 orang semuanya. Memandangkan kami semua stay sini almost two years, maka dengan itu hubungan kami sangatlah akrab. Cehh..sweet gitu. 


     Apa-apa yang ada, semua kami share. So, bila rajinku datang, maka dengan itu, awal-awal pagi lagi aku dah sedia breakfast. Ikutlah apa yg ada. Macam hari ne, ada nasi lebih dari semalam, ada mini pau kat dalam peti sejuk plus, roti gardenia pon ada. Aku pon rajinkan dirilah g buat roti bakar, goreng nasik & kukus pau. Aku bukan apa, kesian kat kawan-kawan seblok yang ada exam sepanjang minggu ne. Awal pagi plak tu, mestilah kena take breakfast kan. Rajin sangat kau Myn, padahal esainmen belom siap. Anggap jelah aku tengah warm up sebelum mula mencari idea-idea bernas bagi menyiapkan esainmenku. 


     Sambil buat tu, mestilah aku sambil ngap kan. hahaha. Lapar derr awal-awal pagi ne. Lagi-lagi pas gigih perah otak semalam. Pastu demi esainmen tercinta, aku sanggup deactivate facebook tuk seminggu tau. Bukan apa, honestly, aku memang kaki online. Aku tak suka chat atau ym, tapi aku mesti online jugak. Bukak fB, bukak yahoo.. Hadap berita semasa ( coz nak tau update sal hutang negara ), hadap Beautifulnara gak.haha. Sebab kat BN ada banyak creta-creta sal artis. Picture diorang yg cantik-cantik belaka tu pon banyak. Aku kan suka tengok pempuan cantik. hehe.


     Once again, topik lari jauh menyimpang. Sebelum korang termuntah dengan karangan esei berjela-jela. Jom tengok pic menu sarapan pagi yg kami pernah usahakan selama ne. hakhak. Ayat DBP derr. Dewan Bahasa dan Pustaka sangat.




mini pau, isi dea yam. sedap oOo.. jenama First Choice. 
banyak d Giant.haha




roti bakar & mini pau tuk pagi ari ne. pic nasik goreng aku 
xsempat amik derr. simple jak kan. student life gitu.




mini pau kacang merah




nata de coco perisa mangga. bagus tuk usus derr. 





yang ne chipsmore..kejap ada kejap xda.haha

No comments: