JellyPages.com

Wednesday, April 3, 2013

bila rindu...

Assalamualaikum w.b.t.. Hai there. Hari ne hari yang sangat penat sebab aku dah settlekan 100 fail lesen kat pejabat. Serius penat. Aku nak siapkan hari ne jugak sebab taknak tangguh-tangguh. Aku taknak esok-esok kerja makin berlambak. Okay, sekarang barulah aku paham, kerja tiap hari memang memenatkan & masa pon takda. Kejap jek pagi ke petang, then petang ke pagi esoknya. Macam takda life. Bila hujung minggu plak stay kat umah jek sebab malas nak buat apa-apa, takda life langsung. Korean drama yang aku hadap pon dah tertangguh, takda masa dah nak hadap. huhu. May i study till die? haha. 


Kadang-kadang best jugak if pegi kerja, aku lupa masalah yang ada. Tak engat langsung, pastu yang bestnya hampir tiap hari ada orang belanja makan & ajak makan kat luar. haha. Rezeki..rezeki.. Aku rasa aku ada potensi tuk jadik workaholic, so aku decide nak join private sector masa akan datang. Harap-harap application aku berjaya. Aaminn. Rasa puas hati gegilos kalau keja da siap. Just rasa penat tuh yang kadang-kadang tak tertanggung. Sakit hati jugak bila kerja yang dibuat tuh semakin banyak, tak berkurang langsung. haha. Emo aku d buatnya. Dah siap keja buat fail, aku d suru hancurkan kertas lak guna mesin penyiat kertas. Suka gilos aku men mesin tuh. haha. Kekunun kena hapuskan dokumen sulit. Naseb bek aku ne bukan busy body kalau tak, aku baca satu-satu dokumen tu pastu baru aku hapuskan. 


To be honest, aku rindu kL & kawan-kawan aku kat sana. Cepatlah masa berlalu, i want to go back. It is not i doesnt love my hometown but half of my life was there. huhu. Half of my life atau ko mau jalan-jalan Myn? haha. Almost dua bulan aku jadi budak baek kat umah. Mana tak bosan. Kalau kat sana, bila rasa bosan jek, aku terus angkat kaki g KTM uKm, pastu beli tiket g kL sentral. da sampai kL sentral baru aku decide nak merayap kat mana. Kali terakhir aku g Timesquare before balek hometown aku pegi dengan baju kolej jek. Suma orang pandang aku laen macam kat sana. Selekeh baek untuk diri sendiri, so kita takkan jadi perhatian & no body interested to rompak anda. Ohmaigod. Miss all the moment. #sambil rendam kepala dalam lumpur.






my hobi is merayap..hehe




Sunday, March 31, 2013

Im not a shopaholic..noo..

Assalamualaikum w.b.t.. Hai semorang. Sekarang ne aku betul-betul bad mood. Sebab aku dah belanja RM121.50 dalam masa sejam setengah. What a bad attitude i have. Its not about being kedekut, its just aku dah insaf lama dulu, aku dah tak nak buat lagi perangai lama tapi apa yang aku buat petang tadi memang tak boleh dimaafkan. Aku betul-betul yakin yang aku dah berubah sebab sebelum ne, to be honest aku memang pantang g memana, or masuk kedai memana, mesti mata & tangan aku bekerjasama dengan jayanya tuk beli apa-apa yang aku rasa nak beli. I'll find a 1001 reason to buy & thought it's as an investment. -_-.. Thats me before. And now, its come back.


Its been a year i've act wisely. tapi entah kenapa since balek umah, perangai lama aku macam datang balek. To be honest, its not just for today, but it happens since two weeks before. Masuk memana kedai pon mesti rasa nak beli sesuatu walaupun benda yang aku rasa nak beli tuh tak penting langsung. Bila aku pegi kitchen ware store tadi, laen-laen jek yang aku angkut masuk dalam bakul. Aku rasa, mulai minggu hadapan, aku kena duduk diam dalam rumah, betul-betul..untuk setiap hujung minggu. Baek aku fokus untuk read all the books & pretend such i dont need anything. Kan. hehe. Its such a brilliant idea Myn. Bravo. ahakss. And last but not least, budak ne macam dah terjangkit dengan wabak penyakit shopa yang tak berapa nak berjangkit. #sigh





My younger sister, Nina.



Sunday, March 24, 2013

Aku yang bosan..

      Assalamualaikum w.b.t.. Hai semua. Hope semorang include aku berada dalam keadaan sihat walafiat sentiasa. hehe. Senanya aku dah xda keja sangat sampaikan hampir setiap hujung minggu since aku balek umah, aku g pasar tani cari arnab, termasukla ari ne. Tu jelah keja aku. Bosan weyh sebab kengkawan aku xda. Diorang masih gigih menimba ilmu d 'sekolah' masing-masing aku plak dah terperuk kat sini. Haiz.. Menyesal jugak sebab tak teruskan buat practical di Damansara, sebok jugak nak balek umah. Ne laa jadinya. Bosan. huhuhu.. 


     Baek aku duk kL. At least hujung minggu macam ne bolehla aku buat aktiviti mingguan macam pegi duduk d kL Sentral tengok gelagat orang sambil baca buku, takpon g timesquare duk depan Summit fikir seratus kali nak beli kasut or tak, atau g superbowl kat Midvalley tengok orang men bowling pastu buat analisis teknik-teknik permainan yang berkesan, atau g sungei wang pusing-pusing sampai pavi. Argghhh.. bosan gilos + rindu kengkawan aku kat uKm. Nampak sangat yang aku ne tak ready tuk habiskan study lagi sebenarnya.

        
       Bosan jugak lima hari dalam seminggu ulangalik pegi ofis buat keja yang makin banyak setiap hari. Padahal baru nak masuk sebulan aku g practical.  Dah bosan macam ne. Sabtu & ahad plak buat keja suri rumah pastu tunggu adik aku & wife dea datang bawakan aku kuih-muih yang aku suka makan tapi malas nak buat + malas nak belajar bagi yang aku tak reti buat lagi. Aku rasa macam nak benam kepala aku dalam lumpur. Hisy. Bosannya lahai. Sekarang ne senanya aku dalam proses nak siapkan artikel berkaitan Isu Lahad Datu tuk majalah uKm ke 36, tapi aku xyakin nak buat sebab takut terbawa-bawa dengan emosi. Maklumlah, aku kan tergolong dalam kalangan orang Sabah yang agak marah dengan pengganas Sulu & suku sakatnya. Takut artikel yang aku buat tuh tak menepati etika penulisan langsung. Kang jadik wartawan tak bertamadun plops.

       Emosi aku bertambah-tambah down bila aku taip entry ne sambil dengar lagu When I Was Your Man by Bruno Mars. Kejadahnya lagu ne ada dalam laptop aku, ne mesti keja adek aku. Sedih gilos lagu ne. huhuhu. Menyampah aku dengar. Online facebook sambil buatkan esainmen kawan aku yang aku xsure boleh siap or tak malam ne. hehe. Maklumlah aku ne jenis yang tak boleh buat keja last minit sebab aku suka buat keja lambat-lambat & perlahan. Ikut mood senanya tuh. Responden-responden aku pon tak bagi lagi 'catatan' pendapat diorang. Tak tau macamana lah artikel ne, ntah jadi ntah tidak. Sakit kepala aku fikir.


        Aku rindu kat geng blok aku macam wawa, dhiah, hani, teha, zaty, dila, wan, chewan and mimie. Rindu gak dengan geng PB aku macam akak, aina, zue, yam, jannah & liena. Miss them so much. Ernie & Ijan xyah cakaplah. Pelik jek rasanya diorang xda berhampiran dengan aku. Fakulti tercinta lagilah. Owh FEP...do you miss me too?hehe. Xda dah amynahasan yang selalu men lif kau. Tak apalah, just bersabar untuk beberapa minggu sahaja lagi. Nanti geng tegar aku kat sini balek jugak. Lala & Nyna. Diorang jelah harapan aku. huhu. Aku tak rasa Ernie & yang laen balik bila cuti midsem nanti. Sobss. Aku g dedating dengan diorang jelah nanti. 

        
        Dahla, malas aku nak emo-emo. Okay, arnab aku ada dua ekor sekarang ne. Yang 1st tuh nama dea Smoothie Normnorm, 2nd is Smoothie Mornmorn. Aku terbalikkan jek. Malas nak fikir. haha. Sorang kaler beige, sorang lagi grey. Mornmorn ne nakal sikit, asyik buli si Normnorm. Si Normnorm plak pandai mengadu. Bila si Mornmorn amik tempat tidur dea, dea g ngadu kat bapak aku yang sebok siram 'rumput' yang dea pelihara dekat dengan kandang diorang. Kesian gak aku tengok bila dea asyik kena buli, sikit-sikit kepalanya d pijak, jap lagi kena sepak. Ganas gilos ko Mornmorn. 





mornmorn yang dah tak sabar nak keluar dari kotak




aku letak mornmorn & normnorm dalam bakul
sementara kandang diorang d basuh


      Honestly, aku beli arnab sebab aku bosan tahap mahadewa cipan. Xda keja aku nak buat masa weekend so aku pon pegilah cari keja. Aku suka baca buku tapi tak sepenuh masa, ikut mood jugak. Thats why sometimes aku g lepak kat library semata-mata tuk baca buku. Hari Jumaat adalah hari yang sesuai sebab bukak sampai pukul 9 malam. Bolehlah aku tunggang terbalik baca buku kat situ. Okay fine, actually i miss PTSL uKm a lot. hukhukhuk.. Sekarang ne aku ralit gak hadap mas.com. Kekonon nak balek kL bulan 7 nanti pas abes practical atas alasan nak beli barang raya. hehe. Macam jek kat sini xda. Ohoi myn oiii....




ne jelah koleksi buku aku yg agak terbaru, klu da abes baca,
apa aku nak buat..sobss.. #ngengada




shopaholic was awesome



       Aku tak tahu apa nak buat lagi pasne. Aku rasa aku boleh cair and masak macam agar-agar pada satu tahap nanti kat ofis. Aigoo. Ada banyak lagi aku kena belajar sebenarnya. Amik degree dua setengah tahun belum cukup tuk mengajar aku. So, aku decide nak sambung study. Tapi bukan dalam masa terdekat ne, nanti, lepas dah ada pengalaman keja betul-betul. hehe. Aku nak amik course laen pulak. Taknak amik ekonomi dah, sakit kepala aku. Dua gambar kat atas tu jelah buku-buku aku yang agak terbaru. Kalau dah habis baca, memang agak payahla. Bertambah bosanlah aku rasa sementara tunggu new stock sampai. Aku kena cari hobi baru pasne so takdalah aku bosan sangat kan. Nantilah aku fikir apa nak buat pulak beside baca buku & jaga arnab dua ekor tuh. -_-

       

Sunday, March 10, 2013

Milkshake Pure Marine Collagen..

      Assalamualaikum w.b.t. Agak lama jugak aku xupdate entry baru. Hari ne semangat nak update sebab aku berjaya cipta satu resepi baru. Iaitu, MILKSHAKE PURE MARINE COLLAGEN. Kununlah.. Sebenarnya aku belajar dari mak aku & kak Maznah cara-cara nak masak & tambah perisanya. So, aku combine sekali kaedah-kaedah yang diorang ajar aku. Honestly seaweed ne langsung xsedap.huhu. Rasa dan baunya sangatlah hanyir. Memang tak boleh d terima langsung oleh anak tekak. Aku rasa takyahla aku cerita khasiat kolagen asli ne, korang mesti dah tau kan. PURE MARINE COLLAGEN ne terbahagi kepada tiga gred, iaitu :

AAA = hijau kebiru-biruan
AA   = ungu / violet
A     = putih / kuning

    


yang ne just gred AAA & A, purple violet xda. hehe


     So, cemana nak buat supaya benda ne jadi sedap tapi masih berkhasiat? Mula-mula sekali, amik seaweed ( pure marine collagen ) ikut seberapa banyak yang korang nak, then, rendam semalaman sehinggalah rupa bentuknya kembali menjadi rumpai laut. Selepas tuh, basuh sehingga cukup bersih, bukan setakat cukup, tetapi betul-betul bersih. Kemudian, rebus hingga masak atau sehingga seaweed tersebut cair bersama gula batu (sedikit sahaja agar tidak terlalu manis) dan daun pandan, untuk hilangkan bau hanyir & rasa air laut yang melekat. 

     Setelah masak, masukkan ke dalam pinggan kaca yang agak dalam, atau apa jua bentuk acuan, biarkan ia menjadi sejuk dan keras seperti agar-agar. Masukkan ke dalam peti sejuk setelah suam-suam kuku. 





seaweed (pure marine collagen) yg dah beku macam agar-agar




potong sehingga hancur agar mudah untuk dikisar



      Selepas ia sejuk dan keras seperti agar-agar, potong dadu atau sehingga hancur bagi memudahkan untuk dikisar. Sebelum dikisar, masukkan seaweed, susu pekat manis dan perasa oren Sunquick (ikut citarasa masing-masing) ke dalamnya. Family aku suka sangat dengan squash orange sunquick, thats why aku tambahkan perisa orange tu so suma boleh minum benda berkhasiat ne. Ada orang yang buat dengan perisa strawberry, campur buah mangga, buah avokado dan sebagainya, ikut kreativiti masing-masinglah. Buah pisang pon boleh. 




seaweed d campur bersama dua sudu besar susu pekat manis




susu pekat manis cap cawan jenama Marigold




perisa oren jenama Sunquick d campur setelah seaweed d gaul dengan 
susu pekat manis.





susu isian sejat juga d campur untuk menambah rasa





masukkan perisa orange secukup rasa. xbyk pon xpa.





inilah rupa bentuk seaweed yg dah d campur




boleh d makan terus dengan air batu. hehe 



     Seaweed yang dah siap d campur segala macam bahan seperti di atas boleh terus d makan begitu sahaja seperti puding atau jeli susu. Tapi bagi aku, dalam bentuk macam ne masih susah tuk aku telan, sebab tuh aku decide blend dulu barulah aku telan sekaligus. hehe. Manatau pas da makan benda ne boleh jadi cantek macam Miss World. wakaka. Kiddin. So, lets shakey shakey.. First of all, masukkan campuran bahan tadi ke dalam mesin pengisar bersama-sama air batu. hikhik. Kemudian, kisar sampai lumat. Xyah campur banyak sangat gula atau susu pekat manis, kang jadi manis sangat dah kurang sihat namanya. ;)




gunakan mesin pengisar yang bersaiz besar so boleh 
blend sekali harung.




air batu letak bebanyak supaya hasilnya cukup sejuk. hehe




lets shake...hehe..




taraa!!...inilah jadinya.




tuang dalam cawan or gelas




milkshake pure marine collagen.


       Sesiapa pun mahu jadi sihat & kelihatan lebih cantik, especially pempuan. hehe. So, cara semulajadi yang paling mudah & xda kesan sampingan adalah dengan mengamalkan pure marine collagen. Buatlah apapun janji boleh masuk dalam tekak korang, insya Allah badan jadi sihat & cantik secara semulajadi. Cehh, dah jadi macam jurucakap produk pun ada gak. Aku senanya xdalah minat sangat nak makan benda ne, tapi mak aku paksa + bapak aku kata kalau mak aku jek yg makan, kang nanti aku nampak lebih tua dari mak aku. Jadi, dengan semangat kental berjiwa kebal, aku pon gigihkan diri tuk makan benda ne tiap hari. hehe. Selamat mencuba. ;)












Sunday, January 20, 2013

Keheningan Di uKm..

     Assalamualaikum w.b.t.. Hai semorang. Semalam, 19 haribulan Januari 2013, bersamaan hari Sabtu adalah tarikh sepatutnya aku blah dari uKm balek ke bumi Tawau tercinta. Yang sedihnya aku gigihkan jugak kaki ke airport tuk hantar kawan aku yang balek Tawau pada hari yang sama dengan aku, yang sama kekononnya. 

     Rupanya, kawan aku dah check in kan aku. Patutlah tak dapat nak cancel penerbangan seminggu before tuh. And, this is my boarding pass. I should get it and going. I thought that i'll change my mind but unfortunately i dont have any courage to do that. Wont be able to bear it at all. 






dah jadi macam belacan basi aku rasa




this picture..saja nak nganjing aku..


       
       Owh bestnya tak dapat balek..huh.. Saya memang gembira sebab tak dapat balek. Sobss... By the way, jap lagi meeting Redaksi nak start. Tak dapat tulis banyak-banyak. Guwa blah dulu ep. daa..hehehe

Wednesday, January 16, 2013

Gadis Biasa..

     Assalamualaikum w.b.t.. Hai semorang, macam besa, semoga sihat walafiat hendaknya dan ceria selalu. Aaminn. Hari ne aku tak adalah lapang sangat tapi tetiba rasa nak update blog disebabkan oleh rasa hati yang agak lara. Esok, bersamaan 17 haribulan Januari 2013, merupakan hari exam terakhir, dimana aku akan duduki peperiksaan untuk paper terakhir di semester akhir dalam tahun akhir aku bergelar seorang pelajar Ijazah Sarjanamuda di uKm. 

     Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi, Allah s.w.t, sebab dengan izinNya lah aku dapat juga menghabiskan sesi pengajianku disini. Penat lelah selama ini bakal berakhir. Belajar tu memang agak penat, tapi sebenarnya, ia bertambah penat apabila aku terpaksa menghadapi pelbagai ujian dan dugaan sepanjang bergelar pelajar di uKm tercinta ne. Sejujurnya, aku tak bersedia lagi untuk memasuki alam pekerjaan, tapi apakan daya, masanya dah tiba. Master ? Nanti dulu.

     Berkat doa ibu bapa, aku dah sampai ke tahap ini. Walaupun perjalanan masih jauh dan belum pasti, sekurang-kurangnya aku mampu jalani perjuangan selama tiga tahun. Ada banyak kesilapan yang aku lakukan, kadang aku rasa menyesal, kadang aku redha sebab itu semua adalah sisi perjalanan yang harus aku tempuhi sebagai hambaNya. Apa yang terbaik mampu aku lakukan adalah jadikan setiap kesilapan tu sebagai pengajaran hidup.

     Berbalik kepada tujuan asalku update entry ne, tak laen tak bukan untuk luahkan rasa sedih sebab sekali lagi aku tak dapat balik. Penerbangan yang sepatutnya aku ikuti pada 19 haribulan Januari, bersamaan dengan hari Sabtu, terpaksa aku batalkan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Aku mengambil keputusan untuk buat semester 5 sesi 2012/2013 untuk siapkan sepenuhnya thesisku yang belum selesai. Sambil-sambil join perkampungan Redaksi sesi kali ini. Ya, untuk kali ketiga aku join sidang Redaksi yang produced uKm Official Student Magazine. 

     Kalau ikutkan hati yang dah homesick sangat ne, aku memang nak balik umah. Dah setahun lebih aku tak balik. Aku rasa macam nak kekemas barang, angkut suma termasuklah thesis yang tak settle lagi berambus dari uKm ne. Tapi, bila aku fikir-fikir balik, macamana aku nak hasilkan kertas ilmiah yang berkualiti kalau aku buat d rumah dan berhubung dengan Prof aku menerusi alam maya sahaja. At least kalau aku stay sini, aku boleh ulang alik dari kolej ke fakulti atau ke PTSL. I need all references. Journals, books, and hasil karya senior-senior lepas. Thats why i stay, i have to. 

     Dear father and mother, its not like i dont want to go home, the fact is i still have something to finish up, when everything was completed, i will come back to you. Coz my responsibility for the whole life still over there, as long as i am not get married yet. My family must coming first. Im doing all this coz both of you, adik-adik and others. i knew it. Unfortunately, im just a girl. Still crying over, still being so weak for sometimes and really need a strength to move on. But, at the same time, you dont have to worry coz i have so many friends over here which is give me a full support. Always do remind me when i was forget. Share everything to me till i realize how much loss i've been bear for all this while. 

     And the most important thing is, i have HIM with me, my love, my real strength, my destiny, my big supporter, my life for dunia & akhirat, my protector, my guidance, and my everything. He always there when i need HIM, always hear me, understand me, never give up to me, still waiting for me to come back to HIM until today. He is my Lord, Allah s.w.t. I just need your prays so that i'll never strayed from HIM. Its really hard to remember those things even its just simple as ease. 

     Lagi menyedihkan bila aku tak bagitahu lagi kawan-kawan laen yang aku tak balek lagi kali ne. Macam-macam plan sudah dirancang. Everything was mess now. Im sorry dear. I have to do this. Really. Thanx also for rasa cinta di hati sebab selalu buat mood aku berubah, make me feel it was always there to comfort me and prevent me from being lonely. Aku harap kali ne aku kuat, kuat sekuatnya untuk selesaikan apa yang patut. So, aku dapat berLI atau berpractical dengan hati yang tenang pada semester hadapan. Insya Allah.







selamat bercuti kepada kawan-kawan yang dah sudah habis exam..^^


     

Saturday, December 22, 2012

Kenapa Harus Memilih...

     Assalamualaikum w.b.t..Hai semorang. Harap kamu suma sihat-sihat belaka. Entry yg aku nak bualkan ari ne adalah tentang pilihan yg terlalu banyak. Aku yakin benda ne mesti pernah menimpa & terjadi pada semua orang kan, termasuklah korang yg selalu baca entry aku.haha. Persoalannya di sini, adakah jugak orang yg berminat tuk baca blogku ne?haha..


      Seperti yg kita sedia maklum, Allah s.w.t akan menguji setiap makhluknya dengan pelbagai cara. Termasuklah, dengan cara pada satu tahap tu, dimana kita harus membuat pilihan. Allah memberi kita peluang untuk membuat keputusan yg sewajarnya kita ambil. Tak kira sama ada demi masa depan yg cerah ataupun malap. Sama ada tepat ataupun tidak. Apa yg ingin aku tekankan ialah, apa yg sedang aku hadapi kali ne sememangnya adalah terlalu berat.



     Sampaikan pada satu masa tu, aku rasa macam dah nak berputus asa. Aku dah tak boleh berfikir dah sebab tak tahu nak buat apa. Kalau aku buat pilihan, adakah keputusan yg aku buat tu baek utk masa depanku, atau mungkin pilihan yg aku buat tu adalah salah dan akan menyebabkan aku merana suatu hari nanti. Ataupun pilihan yg aku buat tu, aku akan kesali sampai bila-bila. Inilah ujian terberat yg pernah aku rasa. Apa2pun tekanan yg aku terima selama ne, aku dapat lalui & atasi secara rasional. Tapi yg ne, ntahlah. Rasa nak tidur jak, pastu xyah bangun-bangun dah. 


     Semua orang inginkan yg terbaek dalam hidup mereka. Termasuklah aku. Sapa xmau yg terbaek derr. Cuma kadang-kadang, kita tak tahu sapa yg terbaek utk kita, apa yg terbaek utk kita, dan keputusan apa yg terbaek tuk kita buat. Sumpah aku confuse. Aku tak pernah confuse sampai tahap macam ne. Ntahlah.huhuhu. Stress tau. Apa aku nak buat ne. Takda sapa boleh tolong aku melainkan diri sendiri. Bila hati cekal tetapkan satu pendirian & keputusan, masa tuhla datang ujian bertimpa-timpa. Ya Allah, janganlah uji aku sampai tahap macam ne. Aku tak rasa aku mampu.


     It seems like dalam satu keadaan, di mana bila hati sudah tetap pada yang satu, kemudian tiba-tiba datang bermacam pilihan. Ada yang sangat memahami, ada yg sanggup tuk lakukan apa saja, ada jugak yg tahu apa aku perlukan, ada yg sama level dengan apa yg aku nak  & ada yg sedia utk apa-apa keadaan. Ohmai..Ohmai..what should i do. Aku kena balik ke pokok pangkalnya. I need my home right now. Nak tenangkan hati & perasaan. Makin hari, dugaan ne semakin berat. Sekuat mana pun aku, aku tetap seorang perempuan yg berhati lembut. 


     Lemas bila hidup dalam keadaan macam ne. Sakit kepala asyik berfikir tentang benda yg sama tapi takda penghujungnya. Hari-hari kejadian yg sama berulang. Keliru..keliru..dan keliru... Aku rasa semua pilihan yg ada adalah yg terbaek. Tak lebih, tak kurang. Cuma aku yg rapuh, mudah tergugat benteng pendirian aku bina sejak beberapa bulan yg lepas. Bantulah hamba-Mu ini ya Allah. Aku penat, tersangatlah letih dengan semua ne.huhuhuhu...


     Tunjukkan aku jalan yg lurus. Bimbinglah aku. Berikan aku hidayah & kekuatan utk hadapi ujian-Mu ne ya Allah. Subhanallah. Aku cuma insan biasa yg ada banyak kekurangan & kelemahan. Tak lebih dari itu. Cubalah faham akan situasiku wahai orang-orang di sekelilingku. Berhentilah buat aku rimas & keliru. Jangan berikan aku apa-apa yg aku xperlukan dalam hidup ne. Aku sudah cukup bahagia dengan apa yg aku miliki sekarang. Jangan bagi aku pilihan yg bukan milikku..huhu..







       

Tuesday, December 18, 2012

Presentation Terakhir...

     Assalamualaikum w.b.t semua.. Semoga sihat walafiat sentiasa. Hari ne aku nak update entry pasal pembentangan akhirku sepanjang bergelar pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia.hehe. Habis dah, in shaa Allah, kalau takda halangan pasne takda dah. Last subject yg kena buat presentation ialah Pendidikan & Masyarakat, iaitu subjek pilihan bebas (PB). Sedih jugak senanya. Aku dah nak habis dah. Sobss.. Tinggal final exam & thesis jak lagi.

     For the very first time, aku bersungguh-sungguh buat assignment. And yg peliknya, untuk subjek PB. Tuk subjek major atau fakulti aku tak berapa nak sungguh-sungguh pulak.haha. Bukan apa, lecturer and prof2 kat FEP tak heran dengan gambar2, video atau slide yg canggih-canggih. Dea tak pandang semua tuh. Buat penat jak buat, buang masa, isi kandungan jugak yg jadi keutamaan. So, bila lecturer subjek PB suh buat assigment sal ICT yg kena ada video bagai. Semangatlah aku.hehe.

     Kira-kira dua bulan lepas, lecturer agihkan tajuk tuk suma orang dalam kelas. Yang dahsyatnya esainmen kali ne, kena buat tinjauan di seluruh Mesia. Aku dah nervous gila dah dengan geng2 aku. Takut dapat negeri yang susah nak pergi. Alih-alih, aku dan team aku dapat negeri Perlis.huhu. Habislah, mana aku nak cari link kat Perlis. Takda saudara kat sana, kawan-kawan rapat pon takda, kawan besa ramailah. Seriously stress fikir cemana nak buat. Finally, aku dapat idea tuk tukar tajuk dengan kumpulan laen. 

     Dengan semangat berkobar-kobar, aku tulis sepucuk nota..sepucuk?haha. Pehliss la Myn. Aku tulis nota kaki, bajet2 ushar sorang tuh. Takdalah, aku tanya diorang, diorang nak tukar tajuk or tak dengan aku. Aku nak buat kajian lapangan di Sabah, my hometown, tak nak buat kat Perlis sebab aku tak tau celah mana aku nak kaji.huhu. And the best part is diorang setuju nak tukar tajuk dengan aku. Aku & geng kemain lagi happynya. Alhamdulillah. Senang der aku nak buat. Ada ramai link. Adakah istilah ramai link myn?haha.

     Dengan ini, rasmilah bahawasanya kena buat kajian lapangan di Sabah. Kena cari responden, kena decide kawasan pedalaman mana nak buat kajian. Kan Sabah tu luas, ada banyak tempat. Tinggal pilih jak. Memandangkan tajuk esainmen tajuk berkaitan ICT, aku pon semangat buat video teaser sal org pedalaman yg baru nak jumpa tnet. Dalam masa yg sama masukkan sekali gambar-gambar di kawasan pedalaman Sabah. Excited.

     And finally, sampai masa tuk present, kitaorg dah ready walaupun sepanjang proses membuat esainmen ne ada macam-macam dugaan & cabaran. Honestly, takdalah vogue sangat tapi bolehla. Ne presentation terakhir aku di semester akhir der, kenalah semangat sikit..hehe. 






ne pic team PB aku




dari kiri, Nani, Sheren, aku & Dhiah.. klu berminat kt
diorg oppss..diorg dah ada yg punya.hehe




biru uollss..




Sheren, her bf study d Aussie




Nani, her bf was my junior d sekolah.hehe
xsangka gak senanya..org selangor dengan sabahan




Dhiah..her bf was my friend, 
after she introduce him to me lahh.hehe


     Aku?hehe. Takda bf, tapi in shaa Allah, i'll have a future husband. MFH, MrFutureHusband.. I'll waiting for him. So, pray for me uollss..need to improve myself first then i can be the best for him. Aamiinn. ^^





ulat bukulah kekononnya..hahaha








Friday, December 14, 2012

Hidup Tak Selalu Indah..

     Assalamualaikum w.b.t.. Hai semorang, dah seminggu lebih aku tak update blog kan. Semoga semua sihat walafiat hendaknya. Aaminn.. Malam ne aku nak cakap pasal hidup kita yg sememangnya tak selalu indah. Subtopik tuk tajuk hari ne ialah konsep memberi & menerima dalam sesuatu perhubungan. Ceh, ayat thesis.hahaha. Hubungan tu tak kiralah sama ada di antara kita dengan keluarga, dengan kawan-kawan, ataupun dengan orang teristimewa dalam hidup kita. 

    Tapi sebenarnya, aku nak tekankan konsep ne lebih kepada dalam hubungan persahabatan. Sejujurnya, aku memang sangat sayangkan kawan-kawan aku. Sebab dioranglah satu-satunya dikira yg paling dekat, lagi-lagi sepanjang aku study d uKm berbanding family yg jauh. I've try my best to be a very good friend to others. Tak kiralah sapa, as long as diorang masih perlukan aku, and dalam masa yg sama, aku juga perlukan diorang.

     Seperti yg semua orang tahu, peribadi kita d cerminkan oleh kawan-kawan d sekeliling. Tak kiralah sama ada kawan-kawan kita tuh terlebih baik, sederhana baik, ataupun kurang baik. Macamana diorang, macam tu la kita. Persahabatan tu yg mencorakkan personaliti seseorang individu. Mesti semua tertanya-tanya, apa kaitan benda yg aku bebel ne dengan hidup tak selalu indah kan.. Meh sini aku jelaskan dengan lebih lanjut lagi. 

     Honestly, aku rasa tahun 2012 ne la tahun paling mencabar setakat ne dalam hidupku. Aku kehilangan banyak benda dan dalam masa yg sama juga, aku dapat tahu kebenaran yg sangat menyakitkan. Kali ne aku betul-betul rasa macamana keadaannya bila apa yg kita beri selama ne tak pernah dihargai walau seinci pun. Orang selalu cakap, perkara paling menyakitkan yg biasa terjadi ialah bila kita kehilangan orang yg kita sayang. Yes, yg tu aku akui. Tapi lagi menyakitkan bila kita kehilangan orang yg kita sayangi sebab kita sendiri yg buang orang tu dari hidup kita. Bukan atas sebab lain.Kita buat kerana terpaksa, sebab tak mahu d kecewakan lagi.

     Bunyi macam kejam jak Myn. Maybe bagi sesetengah orang, apa yg aku buat ne sangat kejam & tak berhati perut, tapi aku buat macam ne ada sebabnya. Apa yg aku rasa baru-baru ne, sangatlah menyakitkan. Selama ne, aku rasa hidupku sudah cukup bahagia sebab d kelilingi oleh kawan yg sangat aku percayai & menganggap diorang semua paham plus terima aku seadanya sepertimana aku terima diorang. Aku rasa, apapun rintangan & cabaran sepanjang menuntut ilmu d perantauan mampu aku hadapi dengan adanya diorang.

     Bila kita terlalu yakin & terlalu sayang, inilah jadinya. Walaupun hal yg berlaku adalah sekecil kuman atau bakteria (pada anggapan orang lain), ia boleh memberi kesan yg sangat mendalam. Tak, actually bagi aku hal ne cukup besar. Orang lain takkan paham perasaanku sebab aku yg laluinya. Punca aku jadi down sebegini cuma satu sebabnya, iaitu, persahabatan yg aku jalinkan selama ini adalah atas dasar keikhlasan. Aku dah cuba memberi semampu yg mungkin walaupun aku tahu yg aku takkan terima sama banyak macam yg aku berikan. 

     Ini bukan soal terlalu baek, tapi disebabkan kasih sayang terhadap kawan-kawan yg memang tak berbelah bagi. Bila berkawan, aku memang akan berusaha utk melakukan yg terbaik supaya kawan-kawan d sekeliling gembira & berasa d hargai. Bila tengok diorg gembira, itu sudah cukup utk memuaskan hati sendiri. Akhirnya, sakit yg aku dapat. Its really hurt when someone which is you love and take care the most betrayed you by do something which is too ridiculous. Di mana aku tak terfikir langsung yg dea akan cakap & buat begitu pada aku yg d anggapnya sebagai sahabat. Aku tak tahu apa maksud 'sahabat' pada dea. At least please ask me & dont make ur own assumption. 

    Seseorang yg cukup aku percayai, sangat aku fahami, yg sentiasa buat aku risau dengan keadaannya setiap hari & buat aku gigih berfikir tentang cara utk buat dea happy selalu telah buat aku terluka. Its not about forgive, but its about forget. Alangkah bestnya if aku tak tahu kebenaran. Biarlah orang cakap or anggap aku d perbodohkan semata-mata, as long as aku tak sakit bila tahu kebenarannya. 

    Aku bukanlah seorang yang sempurna. Aku tak nafikan aku juga banyak buat kesilapan & banyak kelemahan. Tapi, tak bermaksud aku boleh d perlakukan sewenang-wenangnya. Terus terang aku cakap, aku tak tahu d mana silapku sampai hal begini boleh terjadi. I cant think. Down & sangat sedih. Now im realized theres so much i dont know bout them. First thing first, when they say something which is cant be accepted. Second, when they forget what they've done before & third, when theres no seriousness in apologizing. 

    Kini, barulah aku sedar akan kebenaran d sebalik penyataan "give & take should be balance, otherwise u'll be suffer". Thats the point actually. Aku bagi peluang pada orang lain utk perlekehkan diriku, biar diorang pijak kepala hingga respect tu dah hampir tak ada, privacyku d perkotak-katikkan. And now barulah aku sedar, bila keadaan sudah terlambat, bila nasi sudah menjadi bubur. However, aku tak menyesal pon sebab aku boleh jadikan ini sebagai pengajaran d masa depan agar tak silap memilih kawan. Dalam masa yg sama, takkan pernah buat expectation yg terlalu tinggi lagi sampaikan aku yg terluka sendiri.

    Sedihnya bukan kepalang. Hilang selera makan berhari-hari. Nasiblah perut pandai lapar, if rasa lapar tu tak wujud, aku rasa mungkin aku dah off sebab tak makan. Its really disappointed you know. Im really upset. And now, theres no turn back, i'll keep it as a memory. Sustained the sweetness and throw away the bitter. I'll live happily ever after, I can do it. Aaminn..












     

    

Wednesday, December 5, 2012

Hobi Prof FEP

     Assalamualaikum wbt...Hai semorang. Once again..update entry..hehe. Well, hari ne sepatutnya jadi hari yg agak busy untuk aku, tapi memandangkan aku tak pegi kelas ganti pepagi buta tadi plus kelas kul 11 plak tetiba cancel, maka aku jadi xbusy mana pon.hehe. So, hari ne jadi hari berthesis.

     Okayy, sepanjang pukul 2.30 sampailah pukul 5 petang tadi aku duk di Pusat Sumber FEP semata-mata untuk finish-up bab 2 tesis. And my job was done. Yeee.. Then aku pon rajinkan diri pegi bilik Prof. Madya Ahmad Yusof, nak tanya dea bila free sebab aku 'xsabar' nak buat spesifikasi model. Ohmaii. Part yg paling susah..ever...dalam proses membuat thesis. Masa aku terjah dea tu, dea tengah syok hadap youtube, dengar ceramah agama. haha. Mula-mula, aku syak dea hadap ceramah UAI, tapi bukan. Tak tahu ustaz apa. Aku tak kenal. 

     Aku pon tanyalah, kalau nak buat kajian lepas tuh, aku kena cari jurnal rujukan yg buat kajian atas pembolehubah yg sama macam aku buat jugak ka ataupon xyah. Then Prof cakap tak semestinya, kalau laen lagi bagus. Aku pon tersenyum bangga kejap tapi aku baru tersedar, if aku orang pertama yg buat, maknanya sejuta kali lebih susah ! huwarrrggggggghhhhh.. Prof kata xpa, dea kan ada. Yes Prof, anda ada bersama saya, akan tetapi saya yg akan membuat analisis data semua tuh, bukan anda, anda cuma akan menilai. huhu.

     
     Think positive Myn, thesis kau boleh siap sem ne jugak. Trust yourself. Yeah ! I can do it babe ! Then pastu, aku pon tanya dea lagi, bila agknya dea free tuk buat spesifikasi model tu. Dea tak jawab langsung soalan aku . Dea cuma cakap nak buat sekarang pon boleh. Masa tuh dah pukul 5 lebih, ohmaii. Dasyatnya Prof ne. Aku xready apa2 lagi ne haa. Jadual pon aku tak buat lagi, yes data suma dah ada tapi aku tak kuarkan lagi. Aku betul-betul terkejut. Agaknya hobi Prof is buat spesifikasi model. Dea plak yg excited nak buat. Aku pon bagi alasan ada lagi data yg tertinggal, esok-esok saya datang lagi ya Prof.hehe. Saya balek dulu.


     Sebelum aku lupa, aku nak ceta gak. Masa otw g kelas kul 11 yg lecturer tetiba cancel tu, aku hampir-hampir di langgar oleh sebuah motor 500cc. Hisy, aku geram betul. Masa tuh aku tengah berjalan depan fak. And tiba-tiba motor tuh kuar dari kawasan park keta lecturer FEP. Honestly aku terkejut giloss and engatkan akulah yg salah, tapi bila aku tersedar, aku berdiri atas petak kuning, which is petak park keta di kawasan tu. Menyirap darah aku rasanya. Hello, motor jak pon, bukannya keta kebal, apsal lahh ko guna space luas sangat sampai masuk ke area parking keta. 


     Kalau kau langgar aku macamana?  Aku tak grad lagi ne, tak balas jasa mak bapak aku lagi, xyah jauh-jauh dulu Myn, thesis aku tak siap lagi, tempat praktikal aku tak dapat lagi, pas dah grad aku tak fikir lagi kat mana aku nak keja. Geram tau. Mentang-mentanglah motor besar gedabak, sukati jak ikut laluan mana. Yang paling tak boleh blah, senyum kat aku. Tak mintak maaf pon. Geramnya lahh!! Disebabkan perasaan terkejut yg membuak-buak, aku tak sempat pon tengok no.flat motor tuh. Takpa, next week aku g cari kau di hari & waktu yg sama. Nak sangat tau sapa orangnya yg berani betul mengancam keselamatan pelajar macam aku ne. Sekali tengok hensem. kahkahkahkah..tak jadi plak aku nak marah nanti, paling2 malu sendiri pastu blah. Xpalah derr. Aku xdendam. Aku halalkan jelah. =.=


     Sebelum menamatkan catatanku pada kali ini.hehe. Aku nak share something. Actually, before ne aku xminat pon dengan jaket macam ne. Tapi bila aku try kat Romp arituh, masa aku g Midvalley dengan Coursemate aku, saja-saja nak trylahh kononnya, aku pon terjatuh hati dengan jaket ne. Free size & sangat padan dengan aku sebab saiznya yg agak kecil. Sayangnya aku tak beli sebab aku dah plan perbelanjaan tuk bulan tu..dan..jaket ne memang kompemlah takda dalam list. Pastu, bila aku g usha balek, dah xda. sob..sob.. Bagi aku jaket ne cantek. Dont know why, padahal besa-besa jak pong. Kaler pon hijau rumput semacam. Nasib baek sempat snap pic, so, dapatlah aku abadikan sebagai kenang-kenangan. T_T





ROMP

Saturday, December 1, 2012

Fear Factor

      Assalamualaikum wbt.. Hai semorang. Semoga sihat-sihat sahaja hendaknya. Jom kita posa sunat minggu depan.hehe. As usual, posa sunat pada ari Isnin & Khamis. Kalau korang rasa larat, posa seminggu terus. Bak kata someone kat aku. Ehm2.. Senanya aku update entry sebab nak story sal presentation semalam tuk subjek Ekonomi Buruh. Subjek ne one of my major subject. 


    Mesti korang pelik kan, apa kaitan tajuk fear factor dengan presentation. Actually, presentation tuk eko buruh adalah yg paling menakutkan sekali sepanjang pengajianku di uKm tercinta. Why Myn ? Why ? Sebab utamanya ialah Prof aku, Prof Zul, di mana wajahnya seiras tapi tak serupa dengan Nasir Bilal Khan tu, adalah seorang pensyarah yg sangat menakutkan. Dea menakutkan bukan sebab dea garang atau panas baran. Tapi banyak soal. And  hampir semua soalan yg selalu dea tanya masa kuliah, aku dengan semua classmateku tak dapat jawab. 


     Aku risau kalau-kalau dea banyak tanya semasa aku, Lizza & Florand membentang. Macam yg kami jangka, dea memang tanya pon. And tak tahu nak jawab apa sebab dah terlalu risau plus memang kami takda jawapan untuk soalannya tuh. Prof..Prof..orangnya serius lawak sebab selalu menyindir via contoh yg dea kaitkan masa belajar. Especially bila kami dah hilang tumpuan dalam kelas. Dea memang one of the best lecturer i ever had.


    Honestly aku memang ada request ngan Ernie & Teha tuk support kami masa presentation tu. Siap komen kat fB kekonon aku nak diorang bawak banner atau sepanduk. Tapi..itu cuma sekadar memain. Bukan betul-betul. Yg sadisnya, diorang buat betul-betul. And itu sangat mengganggu tau.haha. Tengah syok membentang, dua-dua sekali angkat kertas tuh dengan senyuman sinis lebar sampai ke telinga. Aku pantang bila diorang dah start buat keja-keja gini. Memang tak menahan, situ jugak aku dgn Lizza gelak. 


     Taulah yg Prof hadap kami kat depan. Kemain lagi korang dua orang buat onar kat belakang Prof. Walaupon macam tuh, serius aku terharu.hehe. Ada jugak kenangan. Siaplah korang, aku buat lagi special & mantap bila sampai giliran kamu nanti.hehehe. Masa present tuh aku tak dapat snap pic diorang berdua tgh gigih mengangkat sepanduk. Bila kuliah dah abes, pas aku & Lizza paksa barulah diorang mengalah.





omey kan ? haha..memang takda apalagi yg aku
nak dalam hidup ne selain dari kawan macam ne. They completed my life.